Nasionalisme di Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemunculan nasionalisme di Thailand berbeza dengan nasionalisme di Asia Tenggara yang lain. Hal ini kerana nasionalisme di Thailand terbahagi kepada dua tahap. Tahap yang pertama merupakan rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Perkembangan sistem pendidikan barat telah mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuas hati. Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Panamyong dan Field Marshall Phibul Shongram pada 1932. Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada 1932 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina. Semasa Phibul Shongram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan orang Cina. Malah akhbar Cina dan sekolah Cina telah dibubarkan. Phibul Shongram juga telah menukarkan negara Siam kepada Thailand yang bermaksud "tanah bebas". Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya menyatukan wilayah-wilayahnya di IndoChina dan Tanah Melayu.