Nasir Safar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Datuk Nasir Safar (61) merupakan bekas pegawai penerangan khas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor. Di peringkat politik, beliau adalah timbalan ketua Umno Tanjung Piai, Johor.[1]

Latar belakang peribadi[sunting | sunting sumber]

Nasir Safar adalah anak seorang penanam nanas di Kampung Parit Selangor, Pontian dan pernah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. Beliau menceburi perniagaan nurseri bunga-bungaan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Nasir bukan orang baru dalam politik. Dia pernah menjadi ADUN Johor kawasan Pulai Sebatang pada 1986 menggantikan Khatijah Md Som yang bertanding di Sungai Benut . Kemudian kerusi Pulai Sebatang diserahkan kepada MCA.

Dia juga pernah menjadi ketua pemuda UMNO Pontian 1986-1991 , ketua pemuda UMNO Johor sekitar 1980-an. Kini dia adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai, Pontian,Johor. Dalam politik Johor, pesaing beliau ialah Datuk Md Othman Yusof. Othman berjaya menjadi YB Kukup menggantikan Jamilah Endan.

Kontroversi ucapan perkauman[sunting | sunting sumber]

Beliau mencetuskan kontroversi perkauman tatkala Perdana Menteri mewarwarkan gagasan 1Malaysia. Pada 4 Januari 2010, demi menjaga perasaan MCA dan MIC dan mahu menjaga tunas 1Malaysia, Nasir Safar terpaksa meletakkan jawatan.

Dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka,Melaka Datuk Nasir Safar telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia. Dia tidak berniat untuk membuat kenyataan berbaur perkauman atau menghina mana-mana kaum. Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat sebaliknya dan dia telah meminta maaf atas ketelanjuran itu.[2]

Kononnya, mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM, akan ditarik kerakyatan. Ucapan itu bertentangan dengan dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.[3] Kononnya pendatang awal India menjadi pengemis dan pendatang Cina menjadi pelacur.

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa turut memberi ceramah dalam siri kempen 1 Malaysia sebegini. Datuk Fuad Hassan bertindak sebagai penganjur Rapat 1Malaysia itu . Selaku pegawai penerangan khas, Nasir telah mengendalikan 60 ceramah pada tahun 2009 dan 22 ceramah pada tahun 2010. Setakat ini, tidak timbul sebarang kontroversi hingga pendengar keluar dewan.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Datuk Dr Teng Hock Nan dari parti Gerakan Pulau Pinang menggesa tindakan tegas diambil terhadap beliau. Sebelum ini Datuk Ahmad Ismail turut menimbulkan isu serupa dalam satu ucapan kempen pilihan raya di Pulau Pinang.Sebelum ini pembangkang menuduh UMNO sebuah parti perkauman.

Kedudukan bukan Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan orang Melayu harus menerimanya serta tidak mengungkitnya kembali.Orang Cina dan India kini adalah generasi kedua serta ke atas, mereka bukan baru datang ke Malaysia.Bumiputera adalah penduduk asal di negara ini tetapi bukan bumiputera mempunyai hak kerakyatan.[4]

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan polis menerima 45 laporan polis yang tidak setuju dengsan ucapan Nasir Safar itu. Kertas siasatan dibuka dan polis akan menyiasat semua laporan. Beliau disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.Setiausaha Pemuda MIC Shivarraaj turut membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada 2 Februari 2010.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof menyatakan polis akan memulakan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948. 30 saksi dipanggil termasuk anggota Dewan Undangan Negeri, peserta kursus dan wartawan. [5]

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa isu itu tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri. Perletakan jawatannya diterima demi menjernihkan keadaan. [6] Nasir mengenali Perdana Menteri sejak 30 tahun lalu (1980).[7]

Timbalan Pengerusi Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Najieb Mokhtar berpendapat ucapan itu telah disalah tafsir. Seramai 20 orang wakil kelab itu berkumpul di hadapan pondok pengawal Jabatan Perdana Menteri bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Nasir Safar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]