Nasoha Saabin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Profdr.jpeg
Professor Dr Nasoha Saabin adalah seorang ahli profesional dalam bidang akademik dan optometris. Beliau juga merupakan pendakwah, penulis buku.

Professor Dr Nasoha Saabin adalah seorang ahli profesional dalam bidang akademik dan optometrist. Beliau juga merupakan pendakwah, penulis buku & lirik, pengamal perubatan holistik dan juga ahli blog.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Professor Dr Nasoha Saabin dilahirkan di Sungai Choh, Rawang, Selangor Darul Ehsan dan berketurunan Melayu Bengkulu.

Optometris[sunting | sunting sumber]

Melanjutkan pelajaran ke Australia dan merupakan anak melayu pertama yang menjadi Optometrist mendapat kelulusan dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia pada tahun 1978 dan beliau merupakan anak melayu pertama yang mendapat kelulusan Master dalam bidang Optometri. Beliau antara pengasas awal Jabatan Optometri di Malaysia yang pada masa itu berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dimana beliau bertugas sebagai pensyarah di universiti tersebut.

Kemudian beliau membuka praktis optometri di Medan MARA dan merupakan anak melayu pertama yang membuka praktis sendiri.

Ahli akademik dan penceramah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981 menjadi tenaga pengajar di UKM di Jabatan Optamologi. Sekarang beliau merupakan Dekan Fakulti Optometri di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd.

Bermula April tahun 2011, bulan beliau dijemput khas oleh salah satu badan Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, YPKT dalam program kemasyarakatan iaitu Membina Keluarga Bahagia melalui Terapi Minda. Dalam program ini, beliau akan menerangkan kepada rakyat Terengganu dalam ceramahnya bagaimana ibu bapa mendidik dan membimbing anak-anak menjadi cemerlang dan terampil menggunakan kaedah Terapi Minda. Terapi Minda yang dicipta khas oleh beliau sendiri bakal digunakan di setiap Taman Asuhan kanak-kanak di bawah kelolaan YPK.

Pengamal perubatan holistik[sunting | sunting sumber]

Professor Dr Nasoha Saabin sangat berminat dalam bidang kesihatan secara holistik beliau telah menjalankan penyelidikan dan akhirnya mengasaskan serta mengendalikan perubatan merawat tekanan dan rawatan badan di klinik Integrative Holistic Wellness Centre, IHWC . Beliau percaya bahawa kesihatan manusia secara menyeluruh hanya dapat dicapai apabila kesihatan itu merangkumi kesihatan badan, mental dan roh. Beliau percaya bahawa kesihatan adalah dipengaruhi oleh gaya hidup manusia. Gaya hidup manusia dipengaruhi oleh fikiran dan keyakinan manusia dan keyakinan dan pemikiran manusia dipengaruhi oleh percakapan manusia. Kajian beliau didalam bidang ini telah membawa beliau kepada penemuan satu terapi yang terunggul didunia untuk mengubah gaya hidup atau perangai manusia. Beliau menghasilkan Terapi Minda berbentuk audio untuk semua peringkat umur bermula dari bayi baru lahir, kanak-kanak, remaja dan untuk orang dewasa. Antaranya ialah

Terapi untuk menjana anak bestari yang terdiri daripada;

  • Taska Bestari
  • Sekolah Rendah Bestari
  • Sekolah Menengah Bestari

Beliua juga mencipta Terapi untuk Pelajar Bestari, Terapi untuk Ibu Bapa Bestari, Terapi untuk Pekerja Bestari dan juga Terapi untuk pelbagai masalah dan tekanan manusia.

Terapi ini menghilangkan tekanan dan mengubah perangai manusia apabila diambil berulang-ulang kali seperti yang disyorkan dan ia seterusnya menyembuhkan kesihatan manusia secara holistik iaitu merawat tekanan manusia menggunakan terapi dan merawat badan manusia menggunakan ubatan yang membekalkan keperluan nutrien dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Penulis buku[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menulis sebuah buku dalam bahasa Inggeris mengenai kesihatan ini dan masih dalam proses penerbitan yang beliau namakan I’m Healthy, I’m Wealthy (Saya Sihat Saya Kaya) terbitan PTS Publication Malaysia 2008. Beliau menulis beberapa buah buku berkenaan agama dan kemasyarakatan, antaranya ialah;

  • Mengendalikan Urusan Suami Isteri, PTS Publication, 2004
  • Memartabatkan Masjid, Utusan Publication, 2001 [1]
  • Bagaimana Imanku Hari Ini Lebih Baik dari Semalam, Era Ilmu, 2000

Penulis lirik[sunting | sunting sumber]

Beliau juga menulis lirik-lirik lagu berkonsepkan ketuhanan dan patriotik;

  • Album Tun Dr Mahathir, Jasamu Dikenang ~ dalam pasaran[2]
  • Album Penyesalan, Radzi Melissa ~ dalam pasaran
  • Album Lagu Patriotik ~ dalam pembikinan dan

Pendakwah[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif menjalankan kerja dakwah dan mengajar bagaimana menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar terhadap orang bukan islam dan orang islam di khariah masjid beliau, dalam negara dan juga di negeri jiran seperti Indonesia bersama ahli jemaah masjid beliau, Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Gombak , Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]