Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif (Jawi: نسرول علي حسن عبدال لطيف ; lahir pada 24 Julai 1991) berasal daripada Klang, Selangor dikenali dengan nama Nasrul Ali Hasan atau lebih mesra dipanggil dengan nama Nash, adalah seorang ahli politik di Malaysia. Anak bongsu daripada lima adik-beradik kepada pasangan Abdul Latif bin Sadeli dan Ramlah binti Mohamad Sharei ini dibesarkan di Kampung Seri Kenangan, Klang sebelum berpindah ke Taman Sentosa, Klang pada tahun 2003. Sejak kecil Nasrul dididik dengan penuh ketegasan dan disiplin yang tinggi khususnya dalam ilmu agama dan matematik.

Beliau merupakan salah seorang jawatankuasa penaja[1] Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) bersama-sama Dato' Paduka Dr. Ibrahim Ali, Tan Sri Haji Mohd Khalid Mohd Yunus dan Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz.

Beliau merupakan ketua sayap pemuda parti Putra atau dipanggil Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia yang pertama sejak 8 Mei 2019 (Rabu)[2][3] iaitu selepas penubuhan parti tersebut menerima kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Nasrul Ali Hasan juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pada Januari 2019 hingga Julai 2022.[4] Beliau juga telah dilantik menjadi Ketua Sayap Pemuda Gerakan Tanah Air yang pertama oleh YB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 Ogos 2022.[5]

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
نسرول علي حسن عبدال لطيف
NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF NASH KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA
Ketua Sayap Pemuda Pertama
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dan Gerakan Tanah Air
Butiran peribadi
LahirNasrul Ali Hasan bin Abdul Latif
(1991-07-24) 24 Julai 1991 (umur 32)
Klang, Selangor, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) (sejak 8 Mei 2019)
Sekutu gabungan
politik lain
Gerakan Tanah Air (sejak 4 Ogos 2022)
Alma materUniversiti Teknologi MARA
ProfesionAhli Politik | Penceramah Motivasi Kepemimpinan

Sejarah pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nasrul Ali Hasan telah mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Klang. Setelah tamat darjah enam, beliau telah menyambung peringkat pendidikan menengah di SMK Kampong Jawa, Klang, Selangor bagi Tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pada usia 15 tahun beliau kemudiannya telah dimasukkan ke sekolah asrama harian di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor dan telah menamatkan pelajaran sehingga Tingkatan Lima di sana. Beliau merupakan pelajar yang sangat aktif dalam aktiviti kepimpinan dan kebudayaan sejak dibangku sekolah serta pernah menerima Anugerah Tokoh Karisma pada tahun akhir. Antara aktiviti kokurikulum dan berpersatuan seperti Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia, Persatuan Dikir Barat, Pembimbing Rakan Sebaya, Kelab Sains dan Matematik, Kelab Pencak Silat dan banyak lagi. Beliau juga telah mewakili sekolah dalam banyak acara bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri, malah pernah mewakili negeri Selangor di peringkat kebangsaan dalam pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah dua tahun berturut-turut.

Seterusnya, dengan keputusan yang cemerlang, Nasrul Ali Hasan telah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Arau, Perlis pada tahun 2009 dalam bidang Diploma Sains Kuantitatif. Beliau masih bergiat aktif dalam aktiviti kepimpinan dan berpersatuan sepanjang menyambung pengajian di sana. Pada tanggal 23 November 2011, buat pertama kalinya Nasrul telah menjadi wakil delegasi Malaysia ke program Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle (IMT-GT) di Universitas Negeri Medan (UniMed), Indonesia.

Setelah menamatkan peringkat diploma, Nasrul Ali Hasan telah menyambung pengajiannya di UiTM Shah Alam pada tahun 2012 dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari pada tahun 2016. Sepanjang pengajian di Shah Alam beliau telah bergiat sangat aktif dalam bidang kepimpinan dan politik. Beliau telah dipilih menjadi Timbalan Presiden Institut Pemimpin Muda (IPM) UiTM Malaysia yang kedua bagi sesi 2013-2014. Setahun kemudian beliau telah diangkat untuk menjadi Presiden IPM Uitm bagi sesi 2014-2015. Dengan kesungguhan, komitmen dan sifat kepimpinan yang dipamerkan, Nasrul Ali Hasan telah dipilih oleh Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) UiTM untuk menyertai delegasi Malaysia bagi program di peringkat antarabangsa iaitu Asian University Student Symposium, University Scholars Leadership Symposium dan menjadi koordinator bagi Nusantara Leadership Camp (Malaysia-Indonesia-Thailand-Brunei-Singapura).

Ketika di Shah Alam, beliau telah terlibat banyak dengan aktiviti kepimpinan dan politik kepartian. Beliau bersama Mahasiswa Bersatu iaitu gabungan pemimpin mahasiswa dari universiti awam khususnya Lembah Klang yang Pro aspirasi kerajaan pada ketika itu. Menjelang Pilihanraya Umum ke-13, beliau telah bergiat aktif dalam politik atas platform Siswa4U di bawah Biro IPT UMNO. Beliau juga terlibat secara langsung dalam politik kampus.

Berteraskan prinsip hidup ‘Kebijaksanaan Dalam Perjuangan’, beliau mengorak langkah menceburi bidang keusahawanan sosial menerusi satu projek iaitu Majlis Amal 1 Ringgit (MA1R) dan kemudian diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai projek #SinggitJe dengan tema ‘Mampu Mengubah’. Kejayaan ini telah mendorong Nasrul untuk menubuhkan Pertubuhan Aktiviti Keusahawanan Sosial Malaysia (PAKSI) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun 2014, sehingga melayakkan beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Pemimpin Kelab/Persatuan Terbaik UiTM Malaysia 2014, Tokoh Kepimpinan UiTM Malaysia 2014, dan Anugerah Tokoh Siswa Ketegori Pemimpin Kelab/Persatuan Terbaik 2014 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Setahun Kemudia beliau telah dianugerahkan Anugerah Nadi Negara 2015 oleh Biro Pengajian Tinggi Wanita UMNO Malaysia.

Seterusnya, Nasrul Ali Hasan telah menyambung pengajian ke peringkat seterusnya dalam bidang Ijazah Sarjana Sains Kuantitatif di Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam. Beliau telah menerima Ijazah Sarjananya pada 20 Oktober 2018. Sepanjang tempoh tersebut beliau tetap aktif berpersatuan dan telah dipilih menjadi Presiden bagi Persatuan Pascasiswazah Sains Statistik dan Sains Pemutusan (PPSSP) UiTM Shah Alam.

Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Sosial dan Tingkah Laku dan dijangka tamat pengajian sekitar tahun 2025.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manzaidi Mohd Amin (9 May 2019). "Ibrahim Ali terajui parti Putra". MalaysiaGazette. Dicapai pada 19 August 2022.
  2. ^ Nizam Zain (22 May 2019). "Putra umum barisan kepimpinan tertinggi". MalaysiaGazette. Dicapai pada 19 August 2022.
  3. ^ Zainal, Hanis (2019-05-09). "Ibrahim Ali unveils new party, Putra, to fight for race and religion". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-10.
  4. ^ "Rombakan besar-besaran kepimpinan Perkasa". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-19. Dicapai pada 2019-09-10.
  5. ^ Maisarah Sheikh Rahim (18 August 2022). "GTA guna logo Tanah Air, daftar RoS minggu depan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 August 2022.