Pergi ke kandungan

Nasry Asfura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasry Asfura
Asfura, 2020
Presiden Honduras
Dijangka mula menjawat
27 Januari 2026
Naib PresidenMaría Antonieta Mejía
Carlos Flores Guifarro
Diana Herrera
MenggantikanXiomara Castro
Presiden Parti Nasional
Menyandang jawatan
24 Mei 2025
Didahului olehDavid Chávez
Datuk Bandar Tegucigalpa
Dalam jawatan
25 Januari 2014 – 25 Januari 2022
Timbalan Datuk BandarJuan García
Didahului olehRicardo Álvarez Arias
Digantikan olehJorge Aldana [es]
Ahli
Kongres Nasional Honduras
for Francisco Morazán
Dalam jawatan
25 Januari 2010 – 25 Januari 2014
Pengarah Dana Pelaburan Sosial Honduras
Dalam jawatan
25 Januari 2010 – 10 September 2011
PresidenPorfirio Lobo Sosa
Didahului olehCarlos Banegas
Digantikan olehGunther von Wiese
Ahli Majlis Tegucigalpa
Dalam jawatan
2006–2010
Maklumat peribadi
Lahir
Nasry Juan Asfura Zablah

(1958-06-08) 8 Jun 1958 (umur 67)
Tegucigalpa, Honduras
Parti politikNasional
PasanganLissette del Cid
Anak3
KediamanTegucigalpa, Honduras
Tempat belajarInstituto San Francisco [es]

Nasry Juan Asfura Zablah[a] (lahir 8 Jun 1958) yang juga dikenali sebagai Tito Asfura ialah ahli perniagaan dan ahli politik Honduras yang juga Presiden Honduras yang akan mengambil alih jawatan pada Januari 2026. Sebagai ahli Parti Nasional Honduras (PNH), beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Tegucigalpa dari 2014 hingga 2022.[1][2]

Sebagai tokoh industri pembinaan, beliau juga menjadi timbalan dalam pejabat Francisco Morazán sebagi ahli Kongres Nasional Honduras dari 2010 hingga 2014 Asfura bertanding dalam Pilihan raya umum Honduras 2021 tetapi kalah kepada Xiomara Castro dari parti Liberty and Refoundation. Selepas menjadi Presiden PNH, beliau bertanding sekali lagi dan memenangi Pilihan raya umum Honduras 2025, mengalahkan Salvador Nasralla dari Parti Liberal Honduras. Ketika musim kempen, beliau menerima sokongan daripada presiden A.S. Donald Trump.[3]

Kehidupan awal dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Nasry Juan Asfura Zablah dilahirkan pada 8 Jun 1958 di Tegucigalpa, Honduras. Beliau merupakan cucu kepada pendatang Kristian Palestin.[4] Beliau lulus dari sekolah menengah di Institut San Francisco dan belajar kejuruteraan awam di Universiti Autonomi Nasional Honduras tetapi berhenti kursus untuk sebaliknya mengejar kerjaya dalam industri pembinaan.


Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding dalam Pilihan raya Honduras 2009 dan dilantik sebgai ahli Kongres Nasional Negara mewakili jabatan Francisco Morazán. Beliau berkhidmat dalam posisi tersebut dari 2010 hingga 2014. Ketika itu, beliau meninggalkan posisi tersebut untuk menjadi Datuk Bandar ibu negeri Honduras, Tegucigalpa. Sepanjang tempohnya sebagai datuk bandar, Asfura terkenal dengan projek jalan infrastrukturnya.[5] Beliau memegang jawatan tersebut sehingga 2022. Pada Mei 2025, Asfura menjadi Presiden Parti Nasional, mendahului David Chávez.

Kempen presiden 2021

[sunting | sunting sumber]

Asfura dicalonkan sebagai wakil Presiden 2021 bagi Parti Nasional.[6][7] Beliau mengalahkan Mauricio Oliva dalam pemilihan utama parti. Pada awal kempen, tinjauan menunjukkan perlumbaan yang sengit antara Asfura dan lawannya dari parti kanan Xiomara Castro yang merupakan ketua LIBREdan isteri kepada bekas presiden Manuel Zelaya. Walau bagaimanapun, Xiomara berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan margin yang selesa.[8][9]

  1. ^ Arab: نصري خوان عصفورة زبلح
  1. ^ "'Mi Victoria es por trabajo': Nasry 'Tito' Asfura". es. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2013. Dicapai pada 19 June 2013.
  2. ^ "Nasry Asfura virtual ganador de la alcaldía capitalina". Proceso Digital. 24 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2013. Dicapai pada 6 December 2013.
  3. ^ Gonzalez, Marlon; Janetsky, Megan (24 December 2025). "Trump-backed candidate Nasry Asfura declared winner of Honduras' presidential vote". Associated Press. Dicapai pada 24 December 2025.
  4. ^ González, Anabella (24 December 2025). "¿Quién es y qué propone Nasry Asfura, el empresario y exalcalde declarado ganador de la elección presidencial en Honduras?". CNN (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 27 December 2025.
  5. ^ "64% de capitalinos satisfechos con inversión de AMDC". El Heraldo. 6 May 2015. Dicapai pada 3 November 2021.
  6. ^ Palencia, Gustavo (26 November 2021). "Honduran ruling party hopeful Asfura faces uphill climb". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 November 2021.
  7. ^ Lopez, Oscar (28 November 2021). "What's at Stake in the Honduran Presidential Election?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 28 November 2021.
  8. ^ "'She's the only option': Hondurans hope Xiomara Castro can lead the nation in a new direction". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 24 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  9. ^ García, Jacobo (28 November 2021). "Los modelos antagónicos de Xiomara Castro y Asfura se enfrentan en las urnas de Honduras". El País (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 28 November 2021.