Nasta'liq (seni khat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Panel Chalipa, Mir Emad ditulis dengan skrip Nasta'liq.
Contoh menunjukkan «خط نستعلیق» ("khat Nastaʿlīq") ditulis dengan skrip Nasta'liq.
Gambar rajah jantung dalam bahasa Parsi ditulis dengan skrip Nasta'liq.

Nasta'liq; (Bahasa Parsi: نستعلیق‎) ialah satu gaya utama dalam tulisan skrip abjad Parsi, dan secara tradisionalnya ialah skrip utama dalam seni khat Parsi.[1] Ia dibangunkan di kawasan Parsi (kini Iran) dalam abad kelapan dan kesembilan. Gaya khat ini juga dikenali sebagai Ta'liq dan digunakan secara meluas bagi menulis puisi dan sebagai bentuk seni di Iran, Pakistan dan Afghanistan.

Versi yang lebih ringkas lebih digemari bagi penulisan dalam bahasa Parsi, Kashmiri, Punjabi dan Urdu; dan sering digandingkan dengan skrip Naskh dalam Pashto. Dalam sejarah, Nasta'liq digunakan dalam penulisan Turki Uthmaniyyah was di mana ia dikenali sebagai taalik (tidak seharusnya dikelirukan dengan gaya Parsi berlainan yang juga disebut ta'liq. Untuk membezakannya, Turki Uthmaniyah memanggil ta'liq sebagai ta'liq-i qadim ["ta'liq tua"]).

Jurukhat Utmaniyah mengembangkan skrip-skrip gaya Diwani dan Ruq'ah daripada skrip Nasta'liq (di bawah nama Ta'liq). Nasta'liq ialah antara gaya yang paling gemalai di kalangan gaya khat. Ia memiliki garis tegak pendek tanpa serif (unjuran kecil yg menjulur daripada hujung coret sesuatu huruf), dan coret mendatar yang panjang.

Empayar Mughal menggunakan bahasa Parsi sebagai bahasa istana sepanjang pemerintahan mereka di Asia Selatan dan dalam masa ini Nasta'liq digunakan dengan meluas di Hind Barat, Afghanistan Hind (termasuk Bengal).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selepas penaklukan Islam ke atas Parsi, warga Iran mula mengguna pakai tulisan Parsi-Arab dan seni kaligrafi Parsi mula berkembang di kawasan bekas empayar Parsi. Nasta'liq dibangunkan oleh Mir Ali Tabrizi pada abad ke-14 melalui penggabungan dua seni khat - khat Naskh dan Taʿlīq.[2] Dengan ini, gaya khat ini pada awalnya disebut sebagai Nasḫ-Taʿlīq. Satu lagi teori mengatakan bahawa Nastaliq bererti "yang membatalkan (naskh) Taʿlīq".[3]

Tipografi moden[sunting | sunting sumber]

Tipografi Nasta'liq moden bermula dengan penciptaan Noori Nastaleeq yang dicipta sebagai fon digital pada 1981 melalui kolaborasi Mirza Ahmad Jamil (jurukhat) dan Monotype Imaging (sebelumnya Monotype Corp & Monotype Typography).[4] Walaupun ini ialah jalan penyelesaian yang menggunakan lebih daripada 20,000 ligatur (kombinasi watak ciptaan individu)[5] yang memberikan hasil yang baik dan membenarkan surat khabar seperti Daily Jang di Pakistan untuk menggunakan penetapan digital berbanding upahan jurukhat, terdapat dua masalah pada tahun 1990-an: ketiadaan sistem pada platform lazim seperti Windows atau Mac OS, dan sifat kemasukan teks yang tidak berasaskan sistem WYSIWYG.

Ahli khat Nasta'liq terkenal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Cambridge History of Islam, By P. M. Holt, et al. , Cambridge University Press, 1977, ISBN 0-521-29138-0, p. 723.
  2. ^ "Famous Calligraphers". Persian Calligraphy. Dicapai pada 12 Januari 2012.
  3. ^ "Iran Nastaʿlīq script - IRAN TRAVEL, TRIP TO IRAN". www.irangazette.com. Dicapai pada 2020-03-29.
  4. ^ Khurshiq, Iqbal (17 November 2013). "زندگی آگے بڑھنے کا نام اور جمود موت ہے: نوری نستعلیق کی ایجاد سے خط نستعلیق کی دائمی حفاظت ہوگئی". Express. Dicapai pada 24 November 2013.
  5. ^ How to bring a language to the future, 9 Februari 2021

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Habib-ollah Feza'eli, Ta'lim-e Khatt, Tehran: Sorush, 1977 (bahasa Parsi)
  • Sheila Blair, Islamic Calligraphy, Edinburgh: Edinburgh University Press, 2005.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]