Natasha Elyzza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Natasha Elyzza
KelahiranNatasha Elyzza binti Rohishim
(1994-10-19) 19 Oktober 1994 (umur 25)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini

Natasha Elyzza binti Rohishim (lahir 19 Oktober 1994) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Petaling Jaya, Selangor.[1] Beliau mula berlakon pada 2013 dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam drama Duri Di Hati yang disiarkan di TV3.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Natasha Elyzza, mesra dengan panggilan Tasya membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di Slot Azalea TV3, kemudian diikuti oleh Bila Hati Perempuan Menjerit di Astro Prima.

Kerjaya filem beliau bermula pada 2017 apabila ditawarkan membintangi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang lakonan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong; menjayakan watak sebagai Yoo Ri. Filem ini ditayangkan pada 30 Mac 2017.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Natasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan isu video aksi 'panas' membabitkan wanita mirip pelakon Fathia Latiff. Beliau memohon maaf berhubung penyebaran rakaman itu melalui media sosial.[4][5]

Natasha bersama pelakon Mimi Lana dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Akibatnya, beliau dipenjarakan selama 11 hari. Natasha dibebaskan pada 29 September selepas hasil siasatan mendapati dadah berkenaan bukan milik beliau.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2017 Kimchi Untuk Awak Yoo Ri Michael Ang Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Duri Di Hati TV3 Slot Azalea
Bila Hati Perempuan Menjerit Astro Prima
2013-2014 Projek Memikat Suami Astro Ria
2014 Selamat Pengantin Madu Nabila TV3
Astana Cinta Aleesa TV9 Penampilan khas
2015 Dunia Generasi Baru Siska TV9 Slot Aurora
Isteri Separuh Masa Mai Astro Ria
M.A.I.D Astro Ria
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Astro Bella
2016 Isteri vs Tunang Sara Astro Ria
Cinta Roller Coaster Athirah TV3 Slot Dahlia
2017 Papa Ricky Fifi Astro Prima
Megat Extend Niki Astro Warna
2018 Rahsia Hati Perempuan Suri/Ibu Mikael Astro Ria
Terima Aku Seadanya Vanes ntv7
Aku Cinta Dia Ariana TV3
2019 Setelah Terlafaznya Akad Yana Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Swadee Thirat TV1
Payung Emas TV AlHijrah
2019 Boyfriend Aku Dari Neraka Nadia TV1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Natasha Elyzza Azhan.co. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  2. ^ Ifqdar Rahman (18 Februari 2014). Natasha Elyzza demand? Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  3. ^ Nan Hidayat Nan Azmee (2 April 2017). "Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar". Kosmo!. Dicapai 13 April 2017. 
  4. ^ Feride Hikmet Atak (18 September 2017). Mohon maaf isu video Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2017.
  5. ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 April 2018). Natasha Elyzza: Sungguh, saya menyesal Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  6. ^ Kenangan raya paling syahdu Utusan Malaysia (5 Julai 2016). Dicapai pada 11 Oktober 2016. "Natasha pernah beraya sebagai tahanan, sesuatu yang cukup menginsafkan".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]