Natasha Liana Hudson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Natasha Hudson)
Jump to navigation Jump to search
"Natasha Hudson" dilencongkan di sini.
Natasha Hudson
KelahiranNatasha Liana binti Mohd Redzuan
(1982-09-09) 9 September 1982 (umur 36)
Ipoh, Perak, Malaysia
WarganegaraMalaysia-Australia
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penulis
Tahun aktif1990–2013
PasanganKhalid Kamal (berkahwin 2012)[1]
Anak3
SaudaraTania Hudson (adik)

Natasha Liana Hudson atau lebih dikenali sebagai Natasha Hudson (lahir 9 September 1982) ialah seorang bekas model, pelakon, penulis, pengacara TV dan humanis Malaysia, berketurunan Melayu-Australia. Sebagai penulis, beliau menerbitkan beberapa buku antaranya Puisi Indah Si Pari-Pari (2006) dan My Heart My Soul My Passion (2007). Adiknya, Tania Hudson juga pelakon.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Natasha berkahwin sebanyak 3 kali. Perkahwinan pertama beliau bertahan selama 4 bulan, diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari juga tidak bertahan lama. Beliau berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza yang juga bekas penyanyi kumpulan Phlowtron pada 15 April 2012. Dari tiga perkahwinannya, Natasha dikurniakan tiga anak—Nessa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah.[3]

Pada 2012 juga, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah sekaligus meninggalkan bidang seni yang diceburi. Natasha yang kini tampil berpurdah pada Disember 2016.[4] Dalam satu temu bual bersama IKIM.fm pada 2017, Natasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk berjumpa dengan keluarga bukan beragama Islam termasuk bapanya sambil mendakwa layanan dari keluarganya amat berbeza.[5] Beliau turut mendakwa digelar Wahabi setelah berhijrah.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2007 Chermin Nasrin
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Sara
2007 Sumolah
2011 Halilintar
2013 Langgar Amanda
Lemak Kampung Santan Sofia
2014 Mamak Cupcake Kak Teh

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2011 Antara Keju dan Belacan
Bait Cinta
Deru Ombak
2012 Andai Ku Tahu
Cinta Luar Biasa
Tudung
Pulau

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2008 Ibu Zain
2009 Gamat

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV
2005 Fesyen TV Astro Ria
2018 Hadith Open Mic Astro Oasis

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Puisi Indah Si Pari-Pari (2006)
  • My Heart My Soul My Passion (2007)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Harapan Wanita Chermin Menang
Pelakon Wanita Terbaik Chermin Dicalonkan
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Lemak Kampung Santan Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nikah bukan alasan bertudung - Natasha Kosmo! Online (15 April 2012). Dicapai pada 15 April 2012.
  2. ^ Izwan Mohd Isa (26 September 2017). Natasha Hudson masih mahu berlakon Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  3. ^ Aida Sue (16 April 2012). Majlis nikah sederhana Natasha Hudson & Carleed Khaza Wanista. Diperoleh pada 6 Julai 2012.
  4. ^ Azwa Rahman (6 Disember 2016). "Natasha Hudson Tampil Dengan Imej Berniqab". Rojak Daily. Dicapai 11 Disember 2016. 
  5. ^ Siti Zurina Mat Saman (13 Jun 2017). "Kisah Natasha Hudson Tak Diberi Makanan Halal Oleh Keluarga & Cintanya Pada Quran Buat Hati Sebak!". Karangkraf. Dicapai 1 Disember 2017. 
  6. ^ "Digelar Wahabi Kerana Berniqab, Natasha Hudson Kongsi Suka Duka Kisah 'Hijrah'nya". Oh Bulan!. 6 Disember 2016. Dicapai 11 Disember 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]