Natasha Lyonne
Natasha Lyonne | |
---|---|
Kelahiran | Natasha Bianca Lyonne Braunstein 4 April 1979 New York City, A.S. |
Pekerjaan | Pelakon, Pengarah, Penerbit, Penulis |
Tahun aktif | 1986–kini |
Natasha Bianca Lyonne Braunstein (/liˈoʊn/;[1] lahir 4 April 1979[2]) ialah seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit Amerika Serikat. Beliau terkenal dengan memgang watak sebagai Nicky Nichols dalam siri Netflix Orange Is the New Black (2013–2019), dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy pada 2014, dan peranannya sebagai Jessica dalam siri filem American Pie (1999–2012). Beliau juga merupakan salah seorang pencipta, penerbit eksekutif dan penulis untuk siri Netflix 2019 Russian Doll, dimana beliau memegang watak utama Nadia Vulvokov. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Emmy kedua bagi watak tersebut pada 2019.
Lyonne telah muncul dalam lebih dari 50 filem, termasuk Everyone Says I Love You (1996), Slums of Beverly Hills (1998), Detroit Rock City, But I'm a Cheerleader (keduanya 1999), Scary Movie 2, The Grey Zone, Kate & Leopold (semuanya 2001), Party Monster, Die Mommie Die! (keduanya 2003), Blade: Trinity (2004), Robots (2005), All About Evil (2010), Sleeping with Other People, Hello My Name Is Doris, Addicted to Fresno (semuanya 2015), Yoga Hosers, Antibirth, The Intervention (semuanya 2016), Show Dogs (2018), dan Irresistible (2020)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Maron, Marc (October 14, 2013). "Episode 432 – Natasha Lyonne" (audio podcast). WTF Podcast. Dicapai pada March 1, 2014.
- ^ "Natasha Lyonne Biography". TVGuide.com. Dicapai pada August 26, 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Natasha Lyonne di Wikipedia: | |
Imej dan media dari Commons | |
Petikan dari Wikipetikan |