Pergi ke kandungan

Natsuo Yamaguchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Natsuo Yamaguchi
山口 那津男
Presiden Kōmeitō
Menyandang jawatan
8 September 2009
Didahului olehAkihiro Ota
Ahli Dewan Kaunselor Jepun
Menyandang jawatan
29 Julai 2001
Kawasan pilihan rayaTokyo
Ahli Dewan Perwakilan Jepun
Dalam jawatan
18 Februari 1990 – 20 Oktober 1996
Kawasan pilihan rayaDaerah Tokyo ke-10
Maklumat peribadi
Lahir (1952-07-12) 12 Julai 1952 (umur 72)
Nakaminato, Ibaraki, Jepun
Parti politikKōmeitō
Gabungan politik
lain
NFP (1994–1998, dibubarkan)
Soka Gakkai (pertubuhan agama)
KediamanKatsushika, Tokyo
Tempat belajarUniversiti Tokyo

Natsuo Yamaguchi (山口 那津男, Yamaguchi Natsuo, lahir 12 Julai 1952) ialah seorang ahli politik Jepun dari parti Komeito dan ahli Dewan Kaunselor dalam Diet Jepun (badan perundangan kebangsaan Jepun).

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Berasal dari Nakaminato (sekarang Hitachinaka), Ibaraki. Beliau dibesarkan di Hitachi dan lulus dari sekolah menengah awam. Ibunya ialah seorang guru sekolah rendah. Setelah menamatkan pengajian di Universiti Tokyo dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada 1978, beliau menjadi peguam pada 1982.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau terpilih ke Dewan Perwakilan untuk pertama kalinya pada 1990. Setelah kehilangan kerusi pada 1996, beliau tidak berjaya dalam bertanding di Dewan Perwakilan pada 2000. Pada 2001 dia terpilih menjadi anggota Dewan Kaunselor untuk pertama kalinya. Beliau menjadi pemimpin parti itu pada 8 September 2009 selepas parti itu mengalami kekalahan besar pada pilihan raya umum Jepun 2009. Komeito baru kehilangan sepuluh kerusi, termasuk ketua parti Akihiro Ota dan Setiausaha Agung Kazuo Kitagawa. Pada 8 September 2009, Yamaguchi menggantikan Ota sebagai Presiden Komeito Baru.[1]

Tempoh Yamaguchi sebagai pemimpin parti berakhir pada September 2012. Namun beliau dilantik semula tanpa bertanding selama dua tahun lagi pada 22 September 2012. Proses pengundian tidak diperlukan kerana beliau adalah satu-satunya calon.[2]

  1. ^ The Japan Times Ailing New Komeito taps policy chief as new boss. (dalam bahasa Inggeris) Diterbitkan 8 September 2009. Dicapai pada 8 Ogos 2012.
  2. ^ The Daily Yomiuri Yamaguchi gets nod for 3rd term as Komeito's chief representative. (dalam bahasa Inggeris) Diterbitkan 23 September 2012. Dicapai pada 26 September 2012.
  • "政治家情報 〜山口 那津男〜". ザ・選挙 (dalam bahasa Jepun). JANJAN. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2007. Dicapai pada 20 November 2007.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Unrecognised parameter
Didahului oleh
Yūichirō Uozumi
Sanzō Hosaka
Yasuo Ogata
Hideo Den
Ahli Kaunselor Daerah besar Tokyo
2001–
Berkhidmat bersama: Sanzō Hosaka, Kan Suzuki, Yasuo Ogata, Masako Ōkawara, Tamayo Marukawa
Pemegang jawatan kini
Unrecognised parameter
Didahului oleh
Yoshikatsu Takeiri
Hyōsuke Kujiraoka
Yoshinobu Shimamura
Rikyū Shibusawa
Sukehiro Satō
Wakil Daerah Tokyo ke-10 (ahli berganda)
1990–1996
Berkhidmat bersama: Rikyū Shibusawa, Yoshinobu Shimamura, Hyōsuke Kujiraoka, Sukehiro Satō, Ichirō Kamoshita, Rikukai Sasaki
Daerah dimansuhkan
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Akihiro Ota
Presiden Komeito
2009–
Pemegang jawatan kini