Natural Born Teen Top

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NATURAL BORN TEEN TOP
Kulit album edisi "Passion"
EP oleh
Dilancarkan pada22 Jun 2015
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
GenreK-Pop, Hip hop, Tarian
Panjang19:41
BahasaKorea
SyarikatTOP Media
LOEN Entertainment
Ulasan profesional

Kronologi album Teen Top
20'S LOVE TWO EXITO
(2014)
NATURAL BORN TEEN TOP
(2015)
Single daripada NATURAL BORN TEEN TOP
  1. "Dari Pagi Ke Pagi [아침부터 아침까지 (ah-ah)]"
    Dikeluarkan: 22 Jun 2015
Kulit album alternatif
Kulit album edisi "Dream"
Kulit album edisi "Dream"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Natural Born Teen Top (digayakan sebagai NATURAL BORN TEEN TOP) merupakan album mini keenam daripada kumpulan muzik dari Korea Selatan, Teen Top. Ia dilancarkan pada 22 Jun 2015, dibawah syarikat rakaman TOP Media dan diedarkan oleh LOEN Entertainment.[4] Album mini ini terdiri daripada enam buah lagu, di mana empat daripadanya ditulis secara oleh ahli kumpulan Teen Top itu sendiri. Album Natural Born Teen Top berjaya menduduki di tangga teratas dalam beberapa carta muzik tempatan dan carta album mingguan Gaon.[5][6]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Jun 2015, TOP Media mengumumkan bahawa Teen Top akan melancarkan album mini terbaru yang berjudul Natural Born Teen Top pada 22 Jun 2015.[7][8] Sebelum itu, pihak syarikat juga telah mengeluarkan beberapa siri gambar teaser untuk album tersebut.[8] Pada 15 Jun, kumpulan muzik ini telah mendedahkan senarai runut untuk album tersebut[9] dan satu video teaser untuk runut utama album ini, "Dari Pagi Ke Pagi" (아침부터 아침까지) juga didedahkan.[10] Teen Top turut akan membuat kemunculan kembali di rancangan muzik yang dijadualkan bermula di M! Countdown pada 25 Jun.[11] Pada 18 Jun, satu video pratonton telah dikeluarkan dimana sedikit pendedahan mengenai album mini Natural Born Teen Top dipertontonkan kepada awam.[12] Pada 22 Jun, video muzik penuh untuk lagu "Dari Pagi Ke Pagi" dilancarkan[13] dan ia boleh ditonton di saluran YouTube dan Naver TVcast.

Versi[sunting | sunting sumber]

Album mini ini dilancarkan dalam dua edisi iaitu edisi Passion dan edisi Dream. Walaupun tiada sebarang perubahan dalam senarai runut, kedua-dua edisi tersebut didatangkan dengan kulit album, reka bentuk cakera fizikal, buku bergambar 80 halaman dan kad gambar rawak yang berbeza jenis.[14]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

※ Lagu yang digelapkan merupakan lagu utama bagi album itu.

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
Jumlah masa: 19:41


Carta[sunting | sunting sumber]

Carta album[sunting | sunting sumber]

Carta Gaon
Carta (2015) Kedudukan tertinggi Jualan Jumlah jualan Rujukan
Korea Selatan Carta album mingguan 1 N/A N/A [5]
Carta lain
Carta (2015) Kedudukan tertinggi Rujukan
Amerika Syarikat Carta album dunia Billboard 13 [15]

Carta lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu Carta Kedudukan tertinggi Rujukan
"Dari Pagi Ke Pagi"
[아침부터 아침까지 (ah-ah)]
Korea Selatan Carta mingguan Gaon
Carta digital 14 [16]
Carta muat turun 7 [17]
Carta penstriman 35 [18]
Carta BGM 50 [19]
Carta mudah alih 56 [20]
Carta sosial 5 [21]
Amerika Syarikat Carta Billboard
Carta lagu digital sedunia 20 [22]

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat/Pengedar Rujukan
 Korea Selatan 22 Jun 2015 Muat turun digital dan CD TOP Media
LOEN Entertainment
[4][23]
Jualan album di seluruh dunia Seluruh dunia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Korea) "앨범 정보: NATURAL BORN TEEN TOP". Melon. 22 Jun 2015. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  2. ^ (Korea) "NATURAL BORN TEEN TOP : 네이버 뮤직". Naver Music. 22 Jun 2015. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  3. ^ (Korea) "NATURAL BORN TEEN TOP". Olleh Music. 22 Jun 2015. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  4. ^ a b (Korea) "음반정보: 틴탑(Teen Top) - Natural Born Teen Top: Passion ED". Hanteo. 22 Jun 2015. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  5. ^ a b (Korea) "gaon chart: 2015년 27주차 Album Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 5 Julai 2015. line feed character in |title= at position 13 (bantuan)
  6. ^ (Inggeris) ehk38 (29 Jun 2015). "Teen Top Tops Domestic Music Charts with "Natural Born" in First Week of Release". Soompi. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  7. ^ (Inggeris) alim17 (8 Jun 2015). "TEEN TOP are 'Natural Born' teases as they prepare for June comeback". allkpop. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  8. ^ a b (Inggeris) Sylphid (9 Jun 2015). "Updated: Teen Top Reveals Their "Natural Born" Style for June Comeback". Soompi. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  9. ^ (Korea) Jang Yoon-jung (16 Jun 2015). "틴탑, 트랙리스트 공개…타이틀곡 '아침부터 아침까지'". Ajunews. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  10. ^ (Korea) Kwon Su-bin (16 Jun 2015). "(동영상) 틴탑 '아침부터 아침까지' 티저 공개 '일사불란 세련된 칼군무'". news1. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  11. ^ (Korea) "[공지] 'NATURAL BORN TEENTOP' 컴백 일정 안내". Laman sesawang rasmi Teen Top. 15 Jun 2015. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  12. ^ (Inggeris) elliefilet (18 Jun 2015). "TEEN TOP give a preview of their 'Natural Born' album!". allkpop. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  13. ^ (Korea) "'걸그룹 대전' 틴탑, '아침부터 아침까지' 뮤비 보니...2배속 스텝 안무 공개". Sports Chosun. 21 Jun 2015. Dicapai pada 5 Julai 2015.
  14. ^ (Inggeris) oliviaesc (22 Jun 2015). "[MV/Abum Review] TEEN TOP — Ah-Ah & 'Natural Born'". KPOPME!. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  15. ^ (Inggeris) "Chart Search | Billboard". Billboard. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  16. ^ (Korea) "gaon chart: 2015년 27주차 Digital Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  17. ^ (Korea) "gaon chart: 2015년 27주차 Download Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  18. ^ (Korea) "gaon chart: 2015년 27주차 Streaming Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  19. ^ (Korea) "gaon chart: 2015년 27주차 BGM Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  20. ^ (Korea) "gaon chart: 2015년 27주차 Mobile Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  21. ^ (Korea) "gaon chart: 2015년 27주차 Gaon Social Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 8 Julai 2015.
  22. ^ (Inggeris) "Chart Search | Billboard". Billboard. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  23. ^ (Melayu) "iTunes - Muzik - Natural Born Teen Top - EP". iTunes. 22 Jun 2015. Dicapai pada 6 Julai 2015.