Nature (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nature
Dari kiri ke kanan: Uchae, Lu, Sunshine, Saebom, Sohee, Chaebin, Haru, Loha (Aurora tiada dalam gambar)
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2018 (2018)–sekarang
Syarikat rakaman
Korea Selatan n.CH Entertainment
Jepun Pony Canyon
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi Korea
Laman sesawang rasmi Jepun
Ahli
  • Sohee
  • Saebom
  • Aurora
  • Lu
  • Chaebin
  • Haru
  • Loha
  • Uchae
  • Sunshine
Bekas ahli
  • Yeolmae
  • Gaga

Nature (Hangul: 네이처: digayakan sebagai NATURE) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh n.CH Entertainment pada tahun 2018.[1] Kumpulan ini debut pada 30 Jun 2018 dengan album single pertama mereka Girls and Flowers dengan single utama "Allegro Cantabile". [2] Kumpulan ini telah dibahagikan kepada tiga sub-unit - Charming, Twinkle dan Cutie.[3][4][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2018, n.CH Entertainment, syarikat pengeluar & bakat Korea Selatan yang diasaskan & diketuai oleh bekas eksekutif SM Entertainment Jung Chang-hwan, mengumumkan bahawa ia akan mendebutkan kumpulan wanita sendiri, NATURE, pada bulan Ogos.[6]

2018: Debut dengan Girls and Flowers, Loha menyertai kumpulan & Some & Love[sunting | sunting sumber]

Nature membuat debut mereka pada 3 Ogos dengan album single pertama mereka Girls and Flowers dengan single utama "Allegro Cantabile".[7] [8] Video muzik itu menampilkan 9 orang ahli, termasuk bekas ahli Yeolmae, yang meninggalkan kumpulan ini sebelum debut. Lagu-lagu tersebut dirakam semula untuk hanya menampilkan 8 orang ahli semasa dan video muzik itu disusun semula untuk hanya merangkumi close up ahli semasa dan Yeolmae hanya hadir di segmen koreografi. Single utama "Allegro Cantabile" adalah pembuatan semula lagu pembukaan untuk Nodame Cantabile, anime popular yang sebelum ini dirakam oleh Suemitsu & the Suemith.[9] Kumpulan ini telah menyanyikan lagu melalui persembahan busking, serta pada pelbagai program muzik, termasuk MBC TV, Music Bank (rancangan TV), Inkigayo, Arirang TV dan Mnet di mana mereka kerap mempersembahkan lagu tersebut sejak 4 Ogos.[10] Pada 24 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan Latihan Tarian "Allegro Cantabile".[11] Nature memenangi anugerah pertama mereka "New Artist of the Year", pada 30 Ogos, di Soribada Best K Music Awards. Pada 3 September, sebulan selepas perilisan album, kumpulan ini mengumumkan di laman Facebook rasmi mereka bahwa Video Muzik "Allegro Cantabile" telah mencapai lebih dari pada 2 juta tontonan di Youtube.[12]

Menjelang akhir bulan Ogos, kumpulan ini memulakan satu projek istimewa yang dipanggil "Pop Cover Project", di mana mereka mengcover lagu-lagu popular & melakukan sambil menari. Projek ini mempunyai 5 buah cover.
- Video pertama dikeluarkan pada 28 Ogos. Ia adalah "Walk Like An Egyptian" oleh The Bangles. [13]
- Video kedua dikeluarkan pada 8 September. Ia adalah "My Sharona" oleh The Knack. [14]
- Video ketiga dikeluarkan pada 13 September. Ia adalah "Shut Up & Let Me Go" oleh The Ting Tings. [15]
- Video keempat dikeluarkan pada 17 September. Ia adalah "Rhythm Nation" oleh Janet Jackson. [16]
- Video terakhir dikeluarkan pada 20 September. Ia adalah "Kiss" oleh Prince. [17]

Pada 4 November, ahli baru Loha diperkenalkan sebagai sebahagian dari pada kumpulan melalui V Live.[18] Keesokan harinya, kumpulan ini mula memberitahu tentang Album Single Kedua mereka di Facebook, "Some & Love (썸 & 러브)" yang akan dikeluarkan pada 22 November 2018.[19]. Pada 22 November, album single kedua mereka dengan single utama, "Some (You'll Be Mine)" dikeluarkan. [20] Video muzik Versi Persembahan mereka dikeluarkan pada 3 Disember.

2019: I'm So Pretty, Gaga meninggalkan kumpulan, Sohee menyertai kumpulan, Aurora hiatus & Nature World: Code A[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Januari, Nature telah mengeluarkan video muzik untuk lagu "Dream About You" daripada single kedua mereka sebelum ini Some & Love.[21] Video muzik ini memaparkan mereka sedang memakai baju tidur dalam persekitaran seperti mimpi dania menandakan kali pertama kumpulan ini memasukkan objek ke dalam koreografi mereka, yang merupakan tongkat bintang 'ajaib'. Versi Persembahan bagi video muzik ini telah dikeluarkan pada 25 Januari.[22]

Pada 24 Jun, telah disahkan bahawa Nature akan membuat comeback mereka pada 10 Julai dengan album mini pertama mereka I'm So Pretty. Gaga tidak akan terlibat kerana dia kini sedang sibuk memberi tumpuan kepada penlajarannya.[23] Video muzik untuk I'm So Pretty dikeluarkan pada 10 Julai 2019. Video muzik untuk Versi Persembahan telah dikeluarkan pada 24 Julai.[24]

Pada 8 Oktober, bekas peserta Produce 101 dan penyanyi solo Kim So-hee telah diperkenalkan sebagai ahli baharu selepas menandatangani kontrak dengan n.Ch Entertainment dan juga disahkan Gaga telah meninggalkan kumpulan ini untuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya.[25] n.CH Entertainment juga mengesahkan bahawa kumpulan itu sedang bersedia untuk comeback pada bulan November.[26] Ia kemudiannya disahkan bahawa kumpulan ini akan membuat comeback mereka pada 12 November dengan album mini kedua mereka Nature World: Code A. Aurora tidak terlibat kerana penyertaannya dalam rancangan realiti Cina Idol Producer (season 3).[27] Video muzik untuk Oopsie (My Bad) dikeluarkan pada 12 November.[28]

2020: Debut Jepun & kembali sebagai 7 ahli dengan Nature World: Code M[sunting | sunting sumber]

Nature menandatangani kontrak dengan Pony Canyon dan memulakan kerjaya di Jepun pada 12 Februari 2020 dengan versi Bahasa Jepun untuk single mereka "I'm So Pretty".[29] Pada 1 Jun, kumpulan ini disahkan akan membuat comeback pada 17 Jun dengan album single ketiga mereka Nature World: Code M. Loha tidak akan mengambil bahagian atas sebab kesihatan, manakala Aurora juga tidak akan turut serta.[30] Diumumkan pada 15 Jun bahawa Sunshine mengalami kecederaan kaki ketika membuat persiapan untuk album ini dan Sunshine tidak akan dapat tampil di pentas untuk promosi album kali ini.[31]

2022–sekarang: Kembali dengan Rica Rica dan Nature World: Code W[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2022, menerusi siri mockumentary mereka, NATURE Can't Go Down Like This, mereka mengumumkan bahawa mereka akan kembali dengan album istimewa Rica Rica pada 24 Januari. Sunshine tidak akan tampil untuk comeback kali ini kerana dia kini dalam keadaan hiatus.[32]

Pada 17 Oktober, gambar teaser untuk album mini ketiga mereka Nature World: Code W telah dimuat naik di media sosial mereka. Album mini ini ditetapkan untuk dikeluarkan pada 2 November.[33] Lu tidak akan sertai comeback ini kerana masalah kesihatan dan Sunshine juga tidak akan kembali dari hiatus.[34] Pada 31 Oktober, diumumkan bahawa perilisan album ini akan dipindahkan ke 6 November kerana tempoh berkabung nasional berikutan insiden rempuhan Halloween di Itaewon pada 29hb.[35]

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Sohee (소희)
  • Saebom (새봄)
  • Aurora (오로라)
  • Lu (루) - ketua
  • Chaebin (채빈)
  • Haru (하루)
  • Uchae (유채)
  • Sunshine (선샤인)
  • Loha (로하)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Yeolmae (열매)
  • Gaga (가가)

Sub unit[sunting | sunting sumber]

  • Unit Charming (Saebom, Aurora & LU)
  • Unit Twinkle (Chaebin & Haru)
  • Unit Cutie (Uchae & Sunshine)
  • Loha & Sohee (belum menyertai mana-mana unit lagi)

Garis masa[sunting | sunting sumber]

  • Biru mewakili perilisan

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[36]
I’m So Pretty
  • Dikeluarkan: 10 Julai 2019
  • Label: n.CH Entertainment, Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "I'm So Pretty" (내가 좀 예뻐; naega jom yeppeo)
  2. "Shup Up!"
  3. "Race" (달리기; dalligi; lit: Running)
  4. "I Wish" (행운을 빌어요; haeng-un-eul bil-eoyo); lit: Good Luck)
  5. "A Little Star"
13
Nature World: Code A
  • Dikeluarkan: 12 November 2019
  • Label: n.CH Entertainment, Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Oopsie (My Bad)"
  2. "Bing Bing" (빙빙; lit: Round And Round)
  3. "What's Up"
  4. "Drinkin'"
  5. "My Sun, My Moon, My Star" (해달별; hae-dal-byeol); lit: Sun, Moon, Star)
9
Nature World: Code W
  • Dikeluarkan: 2 November 2022
  • Label: n.CH Entertainment, Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Limbo" (넘어와; lit: Come Over)
  2. "I'm Done" (덤덤해; lit: Calm)
  3. "You Right" (인정; lit: Acknowledged)
  4. "Rica Rica"
  5. "Rainbow"
Akan diumumkan

Album single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[36]
Girls and Flowers (기분 좋아)
  • Dikeluarkan: 3 Ogos 2018
  • Label: n.CH Entertainment, Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Girls and Flowers" (기분 좋아; gibun joha; lit: Good Mood)
  2. "Allegro Cantabile" (너의 곁으로; neoui gyeoteuro; lit: By Your Side)
  3. "Girls and Flowers" (Inst.)
  4. "Allegro Cantabile" (Inst.)
34
Some&Love (썸&러브)
  • Dikeluarkan: 22 November 2018
  • Label: n.CH Entertainment, Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Some (You'll Be Mine)" (; sseom; lit: Something)
  2. "Dream About U" (꿈꿨어; kkumkkwosseo; lit: I was Dreaming)
  3. "La Historia" (별자리; byeoljari; lit: Constellation)
39
Nature World: Code M
  • Dikeluarkan: 17 Jun 2020
  • Label: n.CH Entertainment, Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Girls" (어린애; eorin-ae; lit: Child)
  2. "Dive"
  3. "B.B.B" (Never Say Good-Bye)
22
Rica Rica
  • Dikeluarkan: 24 Januari 2022
  • Label: n.CH Entertainment, Stone Music Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Rica Rica"
  2. "Dear Leaf" (버팀목; beotimmog; lit: Crutch)

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan[A] Album
KOR
[42]
JPN
[43]
"Allegro Cantabile" (기분 좋아) 2018 Girls and Flowers
"Some (You'll Be Mine)" () Some & Love
"Dream About U" (꿈꿨어) 2019
"I'm So Pretty" (내가 좀 예뻐)[B] [C] 21
  • JPN: 3,601(Phy.)[45]
I'm So Pretty
"Oopsie (My Bad)" [D] Nature World: Code A
"Girls" (어린애) 2020 Nature World: Code M
"Rica Rica" 2022 [E] Rica Rica
"Starry Night" [F] Trip: Tape #02
"Limbo" Akan diumumkan Nature World: Code W

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Album
"Hey Jude" 2019 Spring Turns to Spring
"Oh My Gosh" (소녀의 세계) 2020 The World of My 17
"Delivery" or "Closer to you" 2021 Delivery

Videografi[sunting | sunting sumber]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Pengarah
"Allegro Cantabile" 2018 Hong Won-Ki (Zanybros)[49]
"Some (You'll Be Mine)" Vikings League[50]
"Dream About U" 2019 Hong Won-Ki (Zanybros)[51]
"Oopsie (My Bad)" Vishop (Vikings League)[52]
"I'm So Pretty (Japanese ver.)" 2020 Vishop (Vikings League)[53]
"Oh my gosh" Tidak diketahui
"Girls"
"Girls (Uncensored Ver.)"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Nota Ref.
2019 We'll Make You Feel Better Mnet Ketiadaan Gaga [54]
2020 Nature LeaFresh Olleh TV Ketiadaan Aurora [55]
2022 Nature Can't Go Down Like This Studio LuluLala Ketiadaan Sunshine [32]

Anugerah dan percalonan[sunting | sunting sumber]

Asia Artist Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2021[56] Nature Female Idol Group Popularity Award Tercalon

Genie Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019[57] Nature The Top Artist Tercalon
The Female New Artist Tercalon
Genie Music Popularity Award Tercalon
Global Popularity Award Tercalon

Mnet Asian Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 [58] Nature Best New Female Artist Tercalon
Artist of the Year Tercalon

Soribada Best K-Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Nature New Artist of the Year[59][60] Menang
2019 Bonsang Award Tercalon
Music Star Award[61] Menang
Popularity Award (Female) Tercalon
2020 New K-wave Rising Star Award Menang

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angka jualan untuk trek adalah berdasarkan muat turun digital, kecuali dinyatakan.
  2. ^ "I'm So Pretty (Japanese ver.)" telah dikeluarkan pada 12 Februari 2020 sebagai single bahasa Jepun pertama mereka.
  3. ^ "I'm So Pretty" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul pada nombor 91 pada BGM component chart.[44]
  4. ^ "Oopsie (My Bad)" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 81 pada BGM component chart.[46]
  5. ^ "Rica Rica" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 89 pada Download component chart.[47]
  6. ^ "Starry Night" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 83 pada Download component chart.[48]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "네이처 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  2. ^ "걸그룹 네이처, 오늘(17일) 방송 데뷔…KBS2 뮤직뱅크 출연" (dalam bahasa Korea). Money S.
  3. ^ "NATURE, Girls From Nature, Charming Line" (dalam bahasa Korea). Youtube. June 24, 2018.
  4. ^ "NATURE, Girls From Nature, Twinkle Line" (dalam bahasa Korea). Youtube. June 25, 2018.
  5. ^ "NATURE, Girls From Nature, Cutie Line" (dalam bahasa Korea). Youtube. June 26, 2018.
  6. ^ "Multinational K-pop act Nature to debut". K-pop Herald (dalam bahasa Inggeris). June 21, 2018.
  7. ^ "신예 걸그룹 네이처, 데뷔앨범 '기분 좋아' 공식 발매" (dalam bahasa Korea). Naver. August 3, 2018.
  8. ^ ""Allegro Cantabile" MV". Youtube. August 3, 2018.
  9. ^ "걸그룹 네이처, 교사·국가대표 꿈 내려놓고 아이돌 도전" (dalam bahasa Korea). Naver. July 30, 2018.
  10. ^ "음악중심' 네이처, 상큼 발랄 '알레그로 칸타빌레' 데뷔 무대 [TV캡처]" (dalam bahasa Korea). Mstoo Asiae. August 18, 2018.
  11. ^ ""Allegro Cantabile" Dance Practice". Youtube. August 24, 2018.
  12. ^ "네이처, 데뷔곡 '알레그로 칸타빌레' MV 조회수 200만 돌파…신인 돌풍" (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. September 5, 2018.
  13. ^ "Nature Pop Cover Project #1 Walk Like An Egyptian MV". Facebook. August 29, 2018.
  14. ^ "Nature Pop Cover Project #2 My Sharona MV". Facebook. September 8, 2018.
  15. ^ "Nature Pop Cover Project #3 Shut Up and Let Me Go MV". Facebook. September 13, 2018.
  16. ^ "Nature Pop Cover Project #4 Rhythm Nation MV". Facebook. September 17, 2018.
  17. ^ "Nature Pop Cover Project #5 Kiss MV". Facebook. September 20, 2018.
  18. ^ "걸그룹 네이처, 새 멤버 로하(LOHA) V라이브를 통해 첫 인사" (dalam bahasa Korea). Naver. November 5, 2018.
  19. ^ "Nature The 2nd Single Album Image Teaser". Facebook. November 6, 2018.
  20. ^ ""Some (You'll Be Mine)" MV". Youtube. November 22, 2018.
  21. ^ ""꿈꿨어(Dream About U)" M/V". Youtube. January 15, 2019.
  22. ^ ""Dream About U" MV" (Performance Ver.)". Youtube. January 25, 2019.
  23. ^ "네이처, 첫 미니앨범 '아임 소 프리티'로 7월 10일 컴백". enews24 (dalam bahasa Korea). June 24, 2019.
  24. ^ "NATURE(네이처) "내가 좀 예뻐(I'm So Pretty)" M/V (Performance Ver.)". Youtube. July 24, 2019.
  25. ^ "네이처 측 "김소희 새 멤버 합류+가가 탈퇴→9인조 확정"(공식)" (dalam bahasa Korea). Naver. October 8, 2019.
  26. ^ "네이처 측 "김소희 새 멤버로 합류, 11월 컴백 준비 중" [공식]". Daum. October 8, 2019.
  27. ^ "'소희 합류' 네이처, 11월12일 두 번째 미니앨범 컴백 [공식]" (dalam bahasa Korea). Naver. October 25, 2019.
  28. ^ "'소희 합류' 네이처, 타이틀곡 'Oopsie (웁시)' MV 티저 2탄 공개" (dalam bahasa Korea). Naver. November 11, 2019.
  29. ^ "네이처, 2월 12일 日 데뷔…글로벌 활동 시작" (dalam bahasa Korea). Naver. January 20, 2020.
  30. ^ "네이처, 로하 제외 '7인 체제'로 17일 컴백 [공식]" (dalam bahasa Korea). Naver. June 1, 2020.
  31. ^ "네이처 측 "선샤인 다리 부상… '어린애' 6인 체제 컴백" [공식]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-06-15.
  32. ^ a b "NATURE COMMEMORATES COMEBACK WITH NATURE CAN'T GO DOWN LIKE THIS SERIES". Envi Media. January 13, 2022.
  33. ^ 네이처, 11월 2일 "NATURE WORLD: CODE W" 발매..10개월만 컴백. StarNews (dalam bahasa Korea). October 17, 2022. Dicapai pada October 17, 2022.
  34. ^ "Daum 카페". cafe.daum.net (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-10-24.
  35. ^ NATURE(네이처) on Twitter (October 31, 2022 tweet)
  36. ^ a b "Gaon Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart. "Nature World: Code M".
  37. ^ "2019년 07월 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  38. ^ "2019년 12월 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  39. ^ "2018년 08월 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  40. ^ "2018년 11월 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  41. ^ "2020년 06월 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  42. ^ "Gaon Digital Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  43. ^ "Oricon Singles Chart" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada February 19, 2020.
  44. ^ 2019년 28주차 BGM Chart (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  45. ^ Jualan kumalatif untik "I'm So Pretty (Japanese version)" :
  46. ^ 2019년 46주차 BGM Chart (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  47. ^ "Circle Chart" 2022년 05주차 Download Chart (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  48. ^ "Circle Chart" 2022년 15주차 Download Chart (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  49. ^ "NATURE 네이처 : Allegro Cantabile 너의 곁으로". Zanybros.
  50. ^ "네이처 - 썸 (NATURE - You'll be mine)". Vikings League.
  51. ^ "NATURE 네이처 : 꿈꿨어 Dream About U". Zanybros.
  52. ^ "네이처 - 내가 좀 예뻐 (NATURE - OOPSIE (My Bad))". Vikings League.
  53. ^ "NATURE - I'm So Pretty (Japanese Ver.)". Space Shower.
  54. ^ "네이처, 데뷔 첫 Mnet 단독 리얼리티 '기분 좋게 해드릴게요' 출연[공식입장]". OSEN (dalam bahasa Korea). May 10, 2019. Dicapai pada July 11, 2019.
  55. ^ "네이처, 새 리얼리티 '네이처 리프레시' 1월 7일 론칭" (dalam bahasa Korea). XportsNews. Dec 30, 2019.
  56. ^ "2021 Asia Artist Awards Vote". Asia Artist Awards. Dicapai pada October 17, 2021.
  57. ^ "[뮤직토픽] '2019 MGMA', 여자 신인상 후보에 아이즈원이 없는 것에 대한 의구심". Topstarnews (dalam bahasa Korea). June 21, 2019.
  58. ^ "네이처, '2018 MAMA(마마)' 여자 신인상 후보에 올라". Topstarnews (dalam bahasa Korea). November 2, 2018. Dicapai pada November 5, 2018.
  59. ^ "[2018소리바다어워즈] 더보이즈·스트레이키즈·네이처·아이즈, 신한류 루키 수상" (dalam bahasa Korea). Naver. August 30, 2018.
  60. ^ "Nature wins rookie award at 2018 Soribada Awards". The Korea Herald. August 31, 2018.
  61. ^ ""미나야, 상 3개나 받았다!"…트와이스, '올해의 뮤직상'까지 3관왕 영예 [2019 소리바다 어워즈](종합)" (dalam bahasa Korea). Naver. August 22, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]