Pergi ke kandungan

Naufal Azrin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naufal Azrin
Nama lahirAhmad Naufal bin Azrin
Kelahiran (1998-09-07) 7 September 1998 (umur 25)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Beegood Music
Pengkarya berkait
Zayne, Nuha Bahrin

Ahmad Naufal Azrin (lahir 7 September 1998) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau ialah ahli kumpulan nasyid, Zayne yang ditubuhkan pada 2019,[1] namun meninggalkan kumpulan itu pada 2022 untuk meneruskan kerjaya solo. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi lagu "Casablanca", gandingannya bersama Nuha Bahrin.[2][3]

Naufal mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak berusia 9 tahun dengan memilih genre nasyid sebagai muzik dendangan.

Pada tahun 2019, beliau menyertai kumpulan nasyid Zayne yang ditubuhkan sebagai anak didik kumpulan Inteam. Selain Naufal, Zayne turut dianggotai oleh Furqan Fawwaz, Mateen Yaaqub dan Abdul Basit. Kumpulan ini meraih kejayaan komersial menerusi single bertajuk "Ya Badratim", "Rindu" dan "Kaulah Cinta", di samping merakamkan lagu-lagu saduran bersama dengan rakan penyanyi tempatan.

Akan tetapi pada 2022, Naufal mengambil keputusan untuk meninggalkan Zayne dan meneruskan kerjaya muzik secara solo.[4] Sebagai penyanyi solo, Naufal paling dikenali menerusi gandingannya bersama Nuha Bahrin menerusi lagu "Casablanca".[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Naufal dibesarkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di Maahad Tahfiz Imam Syafie di Hulu Kelang, Selangor.[5]dan Maahad Tahfiz At-Tijarah di Selayang,Selangor

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Tahun
"Casablanca" (duet bersama Nuha Bahrin) 2022

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
  1. ^ Fatin Nurain (6 Julai 2022). "Rupanya Pemuda Kacak Ini Anggota Kumpulan Nasyid… Jom Kenali Naufal Azrin, Penyanyi Lagu Casablanca!". XTRA. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
  2. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (4 Julai 2022). "Angkat tema cinta". Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  3. ^ Padin (4 Julai 2022). "Lagu Irama Arab 'Denyut Jantungku Berdebar' Viral Di TikTok… Casablanca Temukan Nuha Bahrin & Naufal Azrin". XTRA. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  4. ^ Zaidi Mohamad (7 September 2022). "Naufal 'terpesong' selepas tinggalkan nasyid?". Berita Harian. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
  5. ^ Fatin Nurain (7 Julai 2022). "Cari Rezeki Untuk Keluarga Jadi Keutamaan, Naufal Azrin Teringin Nak Sambung Belajar". XTRA. Dicapai pada 22 Oktober 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]