Naughtius Maximus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naughtius Maximus
Juga dikenali sebagai
Nottimax
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreRap, hip hop
Tahun aktif1994–1999
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Innuendo, Too Phat
Bekas ahli
  • Albert Chong (Albert)
  • Ismail Mat Aris (Mail)
  • Ramesh Anthony (Ramesh)
  • Azrin Ishak (Ain)
  • Hiresh Das (Fresh)
  • Calvin Choi (Illegal)
  • Nicholas Choong (Nicky C)
  • Remy Kalia Perumal (Mi'Sta Rem)
  • Azhar Majid (Dyze)
  • Zushahron Dina Zulkernain (Lady D)
  • Nor Azhar Shaari (Spit)
  • Jerry Francis Jesudas (Jungle Jerry)
  • Moses Chan (G-Soul)

Naughtius Maximus (juga dikenali sebagai Nottimax) merupakan kumpulan hip hop Malaysia yang meraih kejayaan dalam tempoh singkat antara 1994 dan 1999. Ditubuhkan menerusi penggabungan daripada empat kumpulan hip hop berbeza, ahli kumpulan ini ialah seramai 13 orang dan telah diuar-uarkan sebagai kumpulan hip hop genuin pertama Malaysia.[1][2] Biarpun satu persatu ahli meninggalkan Naughtius Maximus menjelang 1996, mereka masih terus aktif sehingga pembubaran mereka pada 1999.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Naughtius Maximus ditubuhkan pada 1994 menerusi penggabungan empat kumpulan hip hop berbeza – Whyness, Deceased, Under Pressure dan Reffugeez.[1][3] Pada tahun itu, Whyness melancarkan demo pertama mereka yang memuatkan enam lagu – yang membawa kepada penubuhan kumpulan ini.[1] Tidak lama kemudian, ahli kumpulan Reffugeez bertemu dengan ahli-ahli kumpulan Deceased dan Under Pressure di kelab DV8.[3]

Ahli kumpulan Naughtius Maximus terdiri seramai 13 orang – Albert Chong (Albert), Ismail Mat Aris (Mail), Ramesh Anthony (Ramesh), Azrin Ishak (Ain), Hiresh Das (Fresh), Calvin Choi (Illegal), Nicholas Choong (Nicky C), Remy Kalia Perumal (MiSta Rem), Azhar Majid (Dyze), Zushahron Dina Zulkernain (Lady D), Nor Azhar Shaari (Spit), Jerry Francis Jesudas (Jungle Jerry) dan Moses Chan (G-Soul).[1][4] Naughtius Maximus mencipta sejarah apabila muncul sebagai kumpulan hip hop Malaysia yang mempunyai ahli paling ramai sebelum kehadiran K-Clique.

Album sulung senama kumpulan ini dilancarkan pada 1 Julai 1995 oleh Articulate Sound Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada Januari 1995.[1][5][6] Dirakamkan dalam tempoh empat bulan di Digitron Studio, album ini mengandungi 13 lagu dengan tiga lagu dari Whyness, dua dari Deceased, Reffugeez dan Under Pressure, dan empat lagi oleh Naughtius Maximus.[1]

Tidak lama selepas dikeluarkan, 9 daripada 13 lagu dalam album Naughtius Maximus telah diharamkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1][7] Punca pengharaman yang diberikan ialah "terlalu kebaratan".[1][3][7][8] Menjelang 1996, sebahagian besar daripada ahli Naughtius Maximus meninggalkan kumpulan itu kerana terikat dengan komitmen pelajaran dan kerjaya masing-masing.[1] Illegal dan G-Soul kemudian mencipta nama sebagai komposer dan penerbit rakaman hip hop tempatan, Lady D pula menubuhkan kumpulan Emberz of Soul,[9] sementara Jungle Jerry dan Nicky C mencipta nama sebagai DJ.[1]

Pada tahun 1998, kumpulan ini, yang ketika itu hanya dianggotai oleh Spit, Mista Rem dan DJ Jungle Jerry, muncul dengan album kompilasi yang bertajuk Tricks & Tales yang antara lain, menampilkan Ferhad, Poetic Ammo dan Innuendo. Naughtius Maximus menyumbangkan dua lagu, iaitu "M.V.P. (Most Valuable Player)", menampilkan duet bersama Innuendo dan "Born Ready".[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Naughtius Maximus
  • Dikeluarkan: 1 Julai 1995
  • Label: Articulate Sound
  • Format: CD, kaset

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Tricks & Tales
  • Dikeluarkan: 22 Disember 1998
  • Label: Positive Tone
  • Format: CD, kaset

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Here Comes Trouble" 1995
"M.V.P. (Most Valuable Player)" 1998
"Born Ready"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j "This Incomplete History of Malaysian Hip Hop" [Sejarah Tidak Lengkap Muzik Hip Hop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Documentist Ride. 9 April 2010. Dicapai pada 14 Disember 2014. An East Coast hip-hop-inspired group, Whyness released a six-track self-titled demo in 1994 - and the same demo led to the formation of arguably Malaysia's first ever genuine hip hop collective, Naughtius Maximus. Apart from members from Whyness [...] the 13 member squad was also made up of three other different groups, Deceased, Under Pressure and Reffugeez.
  2. ^ Syanty Octavia Amry (24 Januari 2015). "Hip hop diiktiraf". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 18 Disember 2015. Antara artis hip hop dan rap tempatan .......... Naughtius Maximus.
  3. ^ a b c "10 moments that defined urban Malaysian music" [10 detik yang merubah muzik Malaysia urban] (dalam bahasa Inggeris). JUICE Online. 29 Ogos 2009. Dicapai pada 17 Disember 2018. Formed in early 1994, Naughtius Maximus was Malaysia’s first English hip hop collective with members from diverse backgrounds and former groups Ruffugeez, Whyness, Deceased and Under Pressure. Ruffugeez members met other NM founding-members in the now-defunct DV8 club, and then met Jungle Jerry at Monkey Bar when he was a resident DJ there.
  4. ^ Siti Nurbaiyah (1 September 1995). "Making waves at Fire Disco" [Mencipta gelombang di Fire Disco] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  5. ^ "These five Malaysian hip hop albums will give you a crash course on its evolution" [Lima album hip hop Malaysia ini pasti membuatkan anda tidak senang duduk]. MTV Asia. 14 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2020. Dicapai pada 18 Disember 2018. Widely recognized as Malaysia's first-ever real hip-hop album, with tracks from some of the most influential local trailblazers at the time — crews like Whyness, Reffugeez, Under Pressure, and Deceased — Naughtius Maximus changed the game forever just by existing.
  6. ^ Zainal Alam Kadir (13 Julai 1995). "The A to Z of music" [Muzik A sampai Z] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 11 Oktober 2020. ...and a combination of four rap groups in an album titled Naughtius Maximus. The latter's album is produced and distributed by the newly formed ART Records.
  7. ^ a b Saniboey Mohd Ismail (17 Julai 1995). "Naughtius Maximus berharap". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020. Walaupun sembilan daripada 13 lagu kumpulan rap, Naughtius Maximus digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan alasan terlalu kebaratan, mereka tetap menaruh harapan agar album sulung yang dipasarkan sejak 1 Julai lalu mendapat tempat di hati peminat.
  8. ^ Shaha Al-Fayed (18 Mac 2018). "Sejarah lagu 'diss track' dalam industri muzik negara". The Vocket. Dicapai pada 20 Disember 2018. Naughtius Maximus atau lebih dikenali sebagai Notimaxx merupakan gabungan daripada empat buah kumpulan rap berbeza iaitu kumpulan Ruffugeez, Whyness, Deceased dan Under Pressure. Antara nama-nama besar dalam gabungan ini ialah Spit, Mista Rem, Lady D, Illegal, G-Soul dan DJ Jungle Jerry. Keempat-empat kumpulan ini bergabung dan menerbitkan sebuah album bersama dan menampilkan lagu Here Comes Trouble sebagai single pertama mereka.
  9. ^ Azman Daud (30 Mei 1999). "Soulful Emberz members" [Ahli kumpulan Emberz yang berjiwa besar] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 16 November 2020.
  10. ^ Reeta Sidhu (25 Januari 2018). "It's a growing scene but where is the hip-hop industry in Malaysia heading?" [Ia merupakan satu kancah yang berkembang namun di mana industri hip-hop di Malaysia berkembang?] (dalam bahasa Inggeris). asia.eonline.com. Dicapai pada 25 Disember 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]