Navarathri
| Navaratri Bahasa Sanskrit: नवरात्रि Tamil: நவராத்திரி Terjemahan Bahasa Melayu : Perayaan Dewi 9 Malam | |
|---|---|
Juga dikenali sebagai |
|
Diraikan oleh/di | Orang Hindu |
| Jenis | Hindu |
| Sambutan | 9 Malam |
| Upacara |
|
| Tarikh | berbilang hari |
| Kekerapan | Tahunan |
Berkaitan dengan | Vijayadashami, Dashain |
| Sebahagian siri mengenai |
| Agama Hindu |
|---|
Navaratri (Sanskrit: नवरात्रि, Dalam tulisan Rumi: Navarātri, Tamil: நவராத்திரி நோன்பு, Dalam tulisan Rumi: Navarāttiri) ialah perayaan Hindu tahunan yang diadakan bagi menghormati Dewi Durga, salah satu aspek Adi Parashakti, dewi agung. Perayaan ini berlangsung selama sembilan malam, pertama pada bulan Chaitra (Mac/April dalam kalendar Gregorian), dan sekali lagi pada bulan Ashvin (September–Oktober).[1] Ia diraikan atas sebab-sebab yang berbeza serta disambut dengan cara yang berlainan di pelbagai bahagian dalam lingkungan budaya Hindu India.[2]
Secara teori, terdapat empat musim Navaratri. Namun begitu, dalam amalam, perayaan yang paling utama ialah festoval musim luruh pasca-monsun yang dikenali sebagai Sharada Navaratri. Selain itu, terdapat juga dua Gupta Navaratri atau "Navaratri Rahsia", iaitu yang bermula pada Shukla Paksha Pratipada bulan Magha (Magha Gupta Navaratri) dan satu lagi bermula pada Shukla Paksha Pratipada bulan Ashadha
Etimologi dan nama
[sunting | sunting sumber]Perkataan Navarātram bermaksud "satu tempoh sembilan malam" dalam bahasa Sanskrit,di mana nava bererti "sembilan" dan ratri bererti "malam".[3]
Tarikh dan perayaan
[sunting | sunting sumber]Di negeri-negeri timur dan timur laut India, Durga Puja sinonim dengan Navaratri, di mana Dewi Durga bertempur dan muncul sebagai pemenang menentang raksasa kerbau Mahishasura bagi memuliakan dharma.[4] Di negeri-negeri selatan India, kemenangan Durga atau Kali diraikan. Sementara itu, di negeri barat Gujarat, perayaan Navaratri merangkumi aratikam, diikuti dengan tarian garba. Dalam semua keadaan, tema yang sama ialah pertarungan dan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan, berasaskan epik atau lagenda terkenal mengikut wilayah.[5][6]
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Perayaan Navaratri meramngkumi pemujaan sembilan dewi selama sembilan hari, hiasan pentas, pembacaan legenda, pementasan kisah, serta pembacaan kitab suci Hindu. Sembilan hari ini juga merupakan acara budaya musim menuai yang penting, seperti pertandingan mereka bentuk dan menghias pandal, lawatan keluarga ke pandal tersebut, serta sambutan umum tarian klasik dan rakyat dalam budaya Hindu. .[7][8][9] .Penganut Hindu lazimnya menyambut Navaratri dengan berpuasa. Pada hari terakhir,yang dikenali sebagai Vijayadasami, patung-patung sama ada ditenggelamkan ke dalam sumber air seperti sungai atau laut, atau patung yang melambangkan kejahatan dibakar dengan bunga api sebagai tanda pemusnahan kejahatan, Pada masa yang sama juga, persiapan dilakukan untuk Deepavali yang diraikan dua puluh hari selepas Vijayadasami. [10][11][12]
Tarikh
[sunting | sunting sumber]Menurut beberapa teks Hindu seperti Shakta dan Vaishnava Purana, Navaratri secara teorinya jatuh dua atau empat kali setahun. Daripada jumlah tersenut, Sharada Navaratri yang berlangsung berhampiran ekuinoks September (ekuinoks musim luruh pada September–Oktober) merupakan perayaan yang paling banyak diraikan, manakala Vasanta Navaratri berhampiran dengan ekuinoks Mac (ekuinoks musim bunga pada Mac–April)adalah yang no-2 paling penting. Dalam semua kes, Navaratri jatuh pada separuh terang (fasa bulan membesar) dalam bulan lunisolar Hindu. Sambutannya berbeza mengikut wilayah, bergantung kepada kreativiti dan kecederungan masyarakat Hindu.
Sharada Navaratri
[sunting | sunting sumber]Sharada Navaratri ialah yang paling diraikan daripada empat Navaratri, dinamakan sempena Sharada yang bermaksud musim luruh. Ia bermula pada hari pertama (pratipada) dalam separuh terang bulan lunar Ashvini. Perayaan ini berlangsung selama sembilan malam sekali setiap tahun dalam bulan tersebut, yang biasanya jatuh pada bulan September dan Oktober mengikut kalendar Gregorian. Tarikh sebenar perayaan ditentukan mengikut kalendar lunisolar Hindu, dan kadangkala perayaan mungkin berlangsung sehari lebih lama atau lebih singkat bergantung pada penyesuaian pergerakan matahari dan bulan serta tahun lompat. Di banyak daerah, perayaan ini berlangsung selepas musim menuai, dan di tempat lain, ia berlaku semasa musim menuai.
Jenis-jenis Navaratri
[sunting | sunting sumber]Perayaan ini tidak hanya terhad kepada Dewi Durga, tetapi juga merangkumi pelbagai dewi lain seperti Saraswati dan Lakshmi. Dewa-dewa seperti Ganesha, Kartikeya, Shiva, dan Parvati turut dihormati mengikut tradisi setempat. Sebagai contoh, salah satu tradisi pan-Hindu yang terkenal semasa Navaratri ialah pemujaan Saraswati, dewi pengetahuan, pembelajaran, muzik, dan seni, melalui Ayudha Puja. Pada hari ini (kebiasaannya hari kesembilan Navaratri), keamanan dan ilmu diraikan. Pahlawan menghias dan memuja senjata mereka, serta mempersembahkan doa kepada Saraswati. Pemuzik pula menjaga, memainkan, dan mendoakan instrumen muzik mereka. Petani, tukang kayu, pandai besi, tukang tembikar, peniaga, dan pelbagai golongan pekerja menghias serta memuja alatan kerja, mesin, dan perkakas mereka. Para pelajar pula mengunjungi guru, menunjukkan penghormatan, dan memohon restu. Tradisi ini sangat kuat di India Selatan, namun turut diraikan di tempat lain.
Chaitra Navaratri
[sunting | sunting sumber]Chaitra Navaratri, juga dikenali sebagai Vasantha Navaratri, merupakan Navaratri kedua paling diraikan, dinamakan sempena vasanta yang bermaksud musim bunga. Ia disambut pada bulan lunar Chaitra (Mac–April) dan dikhususkan kepada Dewi Durga, di mana sembilan bentuknya dipuja selama sembilan hari. Hari terakhir juga bertepatan dengan Rama Navami, iaitu hari kelahiran Rama, sebab itu ia juga dipanggil Rama Navaratri oleh sesetengah orang.
Di banyak tempat, perayaan ini jatuh selepas musim menuai musim bunga, dan di tempat lain, semasa musim menuai. Ia juga menandakan hari pertama kalendar lunisolar Hindu, iaitu Tahun Baru Lunar Hindu mengikut kalendar Vikram Samvat.
Chaitra Navaratri dikenali sebagai Navreh oleh masyarakat Kashmiri Pandit, Gudi Padwa di Maharashtra, dan Ugadi di Andhra Pradesh, Telangana, serta Karnataka.
Magha Navaratri
[sunting | sunting sumber]Magha Navaratri disambut pada bulan lunar Magha (Januari–Februari). Navaratri ini juga dikenali sebagai Gupt (rahsia) Navaratri. Hari kelima sering diraikan secara berasingan sebagai Vasant Panchami atau Basant Panchami, iaitu permulaan rasmi musim bunga dalam tradisi Hindu, di mana Dewi Saraswati dihormati melalui seni, muzik, penulisan, dan aktiviti seperti pertandingan layang-layang. Di beberapa daerah, Dewa Cinta Hindu, Kama, turut dipuja. Magha Navaratri diraikan secara setempat atau individu.
Ashada Navaratri
[sunting | sunting sumber]Ashada Navaratri, juga dikenali sebagai Gupta Navaratri, diraikan pada bulan lunar Ashadha (Jun–Julai), bertepatan dengan permulaan musim monsun. Seperti Magha Navaratri, ia diraikan secara setempat atau oleh individu tertentu.
Hidangan
[sunting | sunting sumber]Puasa adalah amalan biasa sepanjang sembilan hari Navaratri. Terdapat pelbagai jenis puasa seperti puasa hanya dengan air, hanya buah, atau makan sekali sehari sahaja. Ramai pengamal memilih hanya makan sayuran serta menghindari daging, telur, alkohol, bawang, bawang putih, tepung gandum, tepung beras, dan makanan dalam tin.
Sembilan Rupa Durga
[sunting | sunting sumber]Perayaan ini dikaitkan dengan pertempuran antara Dewi Durga dan raksasa Mahishasura, menandakan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Namun, ia bukan sekadar kisah mudah, tetapi penuh dengan simbolisme dan pengajaran moral. Sembilan hari ini didedikasikan sepenuhnya kepada Dewi Durga dan sembilan avatarnya yang dikenali sebagai Navadurga, sebagaimana dicatat dalam Devikavaca (bahagian dalam teks Devipurana). Setiap hari dikaitkan dengan satu penjelmaan dewi:
- Hari 1 – Shailaputri Inkarnasi Parvati sebagai “Anak Perempuan Gunung”. Warna: kuning.
- Hari 2 – Brahmacharini Parvati dalam bentuk pertapa muda, simbol ketenangan. Warna: putih (kadangkala jingga).
- Hari 3 – Chandraghanta Parvati selepas perkahwinannya dengan Shiva, melambangkan keberanian. Warna: kelabu.
- Hari 4 – Kushmanda Dikenali sebagai kuasa penciptaan alam semesta. Warna: hijau.
- Hari 5 – Skandamata Ibu kepada Skanda (Kartikeya), melambangkan kekuatan seorang ibu. Warna: hijau.
- Hari 6 – Katyayani Dewi pahlawan yang membunuh Mahishasura. Warna: merah.
- Hari 7 – Kalaratri Bentuk paling garang Durga, menghapuskan asura Shumbha dan Nishumbha. Warna: biru diraja.
- Hari 8 – Mahagauri Melambangkan kecerdasan dan kedamaian. Warna: merah jambu.
- Hari 9 – Siddhidatri “Pemberi Kesempurnaan” yang menganugerahkan sembilan siddhi (kuasa rohani). Warna: ungu.
Pada kebanyakan tempat di India, alatan dan senjata turut dipuja dalam upacara Ayudha Puja. Banyak perniagaan memberikan cuti kepada pekerja pada hari ini.
Hari ke-10 – Dussehra atau Vijayadashami
[sunting | sunting sumber]Vijayadashami disambut atas pelbagai sebab bergantung kepada wilayah. Di selatan, timur, timur laut, dan sebahagian utara India, ia menandakan berakhirnya Durga Puja, memperingati kemenangan Dewi Durga ke atas Mahishasura.
Dussehra pula memperingati kemenangan Rama (avatara Vishnu) ke atas raja raksasa Ravana yang menculik isterinya, Sita. Nama “Dussehra” berasal daripada perkataan Sanskrit dasha (sepuluh) dan hara (kalahkan). Ia menandakan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Dussehra diraikan pada hari ke-10 bulan Ashvina (September–Oktober), ketika bulan purnama, bersamaan penutup Navaratri dan kemuncak Durga Puja. Bagi ramai penganut, ia juga menjadi tanda permulaan persiapan untuk Diwali, yang jatuh 20 hari selepas Dussehra.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Navratri – Hindu festival". Encyclopedia Britannica. 21 February 2017. Archived from the original on 22 February 2017. Retrieved 21 February 2017.
- ^ Fuller, Christopher John (2004). The Camphor Flame: Popular Hinduism and Society in India. Princeton University Press. pp. 108–109. ISBN 978-0-69112-04-85. Archived from the original on 22 February 2017. Retrieved 22 February 2017.
- ^ James G. Lochtefeld (2002). The Illustrated Encyclopedia of Hinduism: N-Z. The Rosen Publishing Group. ISBN 0-8239-2287-1. Archived from the original on 28 December 2016. Retrieved 22 February 2017.
- ^ Celebrations: https://www.bhaktibharat.com/en/festival/durga-puja Diarkibkan 26 Mac 2022 di Wayback Machine
- ^ Encyclopedia Britannica 2015.
- ^ James G. Lochtefeld 2002, m/s. 468–469.
- ^ Rinehart, Robin (2004). Contemporary Hinduism: Ritual, Culture, and Practice. ABC-CLIO. m/s. 147–148. ISBN 978-1-57607-905-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2017. Dicapai pada 24 February 2017.
- ^ Penney, Sue (2008). Hinduism. Heinemann. m/s. 30–31. ISBN 978-1-4329-0314-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2017. Dicapai pada 24 February 2017.
- ^ Koskoff, Ellen (2008). The Concise Garland Encyclopedia of World Music: The Middle East, South Asia, East Asia, Southeast Asia. Routledge. m/s. 992, 1015–1016. ISBN 978-0-415-99404-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2017. Dicapai pada 24 February 2017.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFuller2004p108 - ^ Gall, Susan B.; Natividad, Irene (1995). The Asian-American Almanac. Gale Research. m/s. 24. ISBN 978-0-8103-9193-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2017. Dicapai pada 22 February 2017.
- ^ Singh, Rina (2016). Diwali. Orca. m/s. 17–18. ISBN 978-1-4598-1008-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2017. Dicapai pada 22 February 2017.