Naver

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Naver
Naver Logotype.svg
Laman sesawangwww.naver.com
Pengiklanan?Ya
Jenis lamanEnjin carian
PendaftaranPilihan
PemilikNaver Corporation
Dilancarkan pada1999; 20 tahun yang lalu (1999)[1]
Kedudukan Alexa 38 (Setakat 14 Mei 2019 (2019-05-14))[2]

Naver (Hangul: 네이버) ialah platform dalam talian Korea Selatan yang dikendalikan oleh Naver Corporation. Ia dimulakan pada tahun 1999 sebagai portal web pertama di Korea yang membangun dan menggunakan enjin carian sendiri. Ia juga merupakan operator pertama di dunia untuk memperkenalkan ciri carian komprehensif yang mennyusun hasil carian dari pelbagai kategori dan membentangkannya dalam satu halaman. Sejak itu, Naver telah menambahkan banyak perkhidmatan baru dari ciri-ciri asas seperti e-mel dan berita sehingga ke platform Q&A dalam talian pertama yang dikenali sebagai Knowledge iN.

Sehingga September 2017, enjin carian mengendalikan 74.7% daripada semua carian web di Korea Selatan dan mempunyai 42 juta pengguna terdaftar. Lebih dari 25 juta orang Korea mempunyai Naver sebagai laman permulaan pada pelayar lalai mereka dan aplikasi mudah alih mempunyai 28 juta pengunjung setiap hari. Naver juga sering disebut sebagai 'Google Korea Selatan'.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Naver telah diwujudkan pada Jun 1999 sebagai laman web portal Korea Selatan yang pertama yang menggunakan enjin pencarian tersendiri. Pada bulan Ogos 2000, Naver memulakan perkhidmatan 'pencarian komprehensif', yang membolehkan pengguna memperoleh pelbagai hasil daripada carian pada satu halaman, yang diaturkan mengikut jenis, termasuk blog, laman web, imej, kafe, dan sebagainya. Ini adalah lima tahun sebelum Google melancarkan perkhidmatan yang sama dengan fungsi 'carian universal'.

Pada masa awal operasi Naver, terdapat kekurangan relatif laman web yang terdapat dalam bahasa Korea. Untuk mengisi kekosongan ini, Naver menjadi perintis awal dalam kandungan dijana pengguna melalui penciptaan perkhidmatan 'Knowledge iN (Hangul: 네이버 지식인)' pada tahun 2002. Dalam Knowledge iN, pengguna boleh menimbulkan persoalan mengenai sebarang subjek dan memilih antara jawapan yang disediakan oleh pengguna lain, memberikan mata kepada pengguna yang memberikan jawapan yang terbaik. Knowledge iN dilancarkan tiga tahun sebelum Yahoo! melancarkan perkhidmatan 'Yahoo! Answers', [4] dan kini mempunyai pangkalan data lebih daripada 200 juta jawapan.

Selama bertahun-tahun, Naver terus mengembangkan perkhidmatannya. Ia melancarkan perkhidmatan komik web yang dikenali sebagai 'Webtoon' pada tahun 2004 dan perkhidmatan blog peribadi pada tahun 2005. Dari 2005 hingga 2007, Naver memperluaskan perkhidmatan carian multimedia, termasuk carian muzik dan video serta carian mudah alih.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Naver.com WHOIS, DNS, & Domain Info - DomainTools". WHOIS. Dicapai 2016-08-17. 
  2. ^ "naver.com Site Info". Alexa Internet. 
  3. ^ "Naver's new format hits newspapers". Koreatimes.co.kr. 2012-05-24. Diarkibkan daripada asal pada 2014-03-28. Dicapai 2013-04-11.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ "Yahoo! Answers has app babby and calls it Answers Now". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-12-13. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]