Nayland Blake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nayland Blake (dilahirkan pada 1960 di Bandaraya New York, New York) ialah seniman yang karya media campurannya telah diperikan berbagai-bagai seperti membimbangkan, mengelak-elak, menyeksa, jahat, kejam, malahan lembut, serta juga menimbulkan kemarahan dan histeria.[1][2][3] Karyanya sering menggabungkan tema masokisme.[4] Blake diwakili oleh Galeri Matthew Marks dan kini tinggal serta bekerja di Bandaraya New York.

Karya[sunting | sunting sumber]

Karya Blake yang termasyhur termasuk:

  • Gorge (1998: Melahap) ialah sebuah video yang menampilkan dirinya duduk tanpa baju dan diberi sangat banyak makanan selama satu jam dari belakang oleh seorang lelaki hitam yang juga tak berbaju.[4] Pada 2009, satu versi Gorge dipersembahkan di hadapan penonton, dengan penonton memberi makanan kepadanya.[4] Gorge menonjolkan dua ciri utama karya Blake, iaitu warisan dwiras (bapanya orang hitam) dan kepanseksannya.[5]
  • Feeder 2 (1998: Pemberi Makanan 2), sebuah pondok kayu balak yang diperbuat daripada kek halia empat segi yang dipasang pada bingkai keluli. Sewaktu karya itu dipamerkan di Tang Teaching Museum and Art Gallery (Muzium Pengajaran dan Galeri Seni Tang), pelawat mencuit-cuit dinding dalaman pondok itu secara bersenyap-senyap, sementara bau kek halia membanjiri galeri.[6]
  • Starting Over (2000: Memulakan semula), sebuah video yang menampilkan dirinya menari tarian tap dalam pakaian arnab yang beratnya sama dengan kendaknya, Philip Horvitz. Pakaian itu sangat berat sehingga beliau hampir tidak dapat bergerak sewaktu diarahkan oleh Horvitz di luar pentas.[7]

Blake pernah menganjurkan pameran muzium solo di Pusat Tang dan juga menyertai Dwitahunan Whitney 1991 serta pameran Black Male: Representations of Masculinity in Contemporary American Art (Lelaki Hitam: Perlambangan Kelelakian dalam Seni Amerika Sezaman) yang termayshur di muzium itu pada 1994.[8] Antara akhir 2008 hingga awal 2009, Maura Riley menganjurkan "Behavior" (Tingkah Laku), pameran retrospektif 30-tahun tentang seni Blake, di Lokasi Satu, Bandaraya New York.[9] Antara lain, karya Blake terangkum dalam koleksi:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Valdez, Sarah: Nayland Blake at Matthew Marks; Art in America, 2004 September
  2. ^ Rush, Michael: Nayland Blake at Mattche Marks; Art in America, 2000 September
  3. ^ Davies, Lillian: Nayland BlakePDF; Artforum, 20 July 2006
  4. ^ a b c Altman, Joshua (January 2009), "Nayland Blake @ Location One", Whitehot magazine of contemporary art
  5. ^ Johnson, Paddy: The Guys We Would Fuck: An Interview with Nayland Blake; Art Fag City, 24 June 24 2008
  6. ^ Blake, Nayland (2003-01). Some Kind of Love: Performance Video 1989-2002. Frances Young Tang Teaching Museum. ISBN 978-0970879097. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Carr, C. (2000-04-18), "Bunny Hop", Village Voice, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-18, dicapai pada 2009-09-28
  8. ^ Hood, Carra Leah: Nayland Blake’s ‘Invisible Man’; Yale Journal of Criticism vol. 8, no. 2 (1995), pp. 131-147
  9. ^ Hirsch, Faye (February 2009), "Nayland Blake: Location One", Art in America

Pautan luar[sunting | sunting sumber]