Nazi Party Long Service Award

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nazi Party Long Service Award atau Anugerah Khidmat Lama Parti Nazi (NSDAP-Dienstauszeichnung), kadangkala dipanggil Anugerah Khidmat Lama NSDAP, ialah sejenis anugerah politik dalam bentuk lencana Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei, singkatan NSDAP), biasanya dikenali sebagai Parti Nazi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anugerah tersebut diberikan dalam tiga gred perkhidmatan iaitu 10 tahun, 15 tahun, dan 25 tahun. Pada bahagian belakang, setiap anugerah terpampang inskripsi, dalam bahasa Jerman: Treue für Führer und Volk ("Kesetiaan kepada Pemimpin dan Rakyat"). Reka bentuk ketiga-tiga kelas mempunyai lambang helang negara yang dikelilingi oleh kalungan bunga didalam salib empat penjuru (Ordenskreuz) berserta pancaran yang telah digantung dari reben 30mm. Pada 2 April 1939, Adolf Hitler mengarahkan pengzahirannya untuk ahli lelaki dan wanita Parti Nazi yang menepati kelayakan tertentu. Anugerah ini telah diberikan buat pertama kali pada 30 Januari 1940.[1]

Walaupun fakta keseluruhan pergerakan Nazi telah berusia lebih 25 tahun (1919-1945), anugerah tersebut telah dibuat dengan baik sebelum tahun sebenar perkhidmatan mencukupi. Ini kerana tempoh antara tahun 1925 dan 1933 telah dikenali oleh pihak Nazi sebagai Kampfzeit ("Masa perjuangan"). Masa perkhidmatan untuk anugerah ini telah dikira dua kali ganda daripada Februari 1925 sehingga Januari 1933. Khidmat didalam mana-mana organisasi atau formasi Parti dikira.[1] Masa perkhidmatan mestilah tidak putus-putus, dengan pengecualian bagi:

  • Perkhidmatan wajib tentera, tidak melebihi tempoh dua tahun.
  • Perkhidmatan tentera menentang Kerajaan Republikan dalam Perang Saudara Sepanyol (1936 to 1939).
  • Perkhidmatan tentera Jerman selepas September 1939.[1]


Anugerah 10 tahun[sunting | sunting sumber]

Anugerah khidmat 10 tahun adalah jenis kelas ke-3. Ia berupa medal gangsa yang berukuran 43mm dan telah digantung daripada reben warna perang berukuran 30mm yang mempunyai dua jalur putih pada setiap bahagian. Inskripsi bahagian belakang dibuat dengan huruf timbul.[1][2]

Anugerah 15 tahun dari perak

Anugerah 15 tahun[sunting | sunting sumber]

Anugerah khidmat 15 tahun adalah jenis kelas ke-2. Ia mempunyai reka bentuk yang sama seperti anugerah kelas ke-3 tetapi, telah dicelup logam perak dengan saduran enamel biru pada salib empat penjuru dan tengah kalungan daun oak. Inskripsi bahagian belakang dari perak dengan huruf enamel biru. Rebennya berukuran 30mm dan berwarna biru dengan jalur kembar berwarna perak kelabu pada setiap bahagian.[3][4]

Anugerah 25 tahun[sunting | sunting sumber]

Anugerah 25 Tahun dari emas

Anugerah khidmat 25 tahun adalah anugerah kelas pertama. Ia mempunyai reka bentuk sama seperti anugerah kelas ke-2 tetapi, dicelup emas dan mempunyai enamel putih pada salib empat penjuru dan tengah kalungan daun oak. Inskripsi bahagian belakang adalah emas dengan huruf enamel putih. Reben berukuran 30mm dan berwarna merah dengan jalur kembar warna putih pada setiap bahagian serta satu jalur emas diantaranya. Gred ini dikurniakan selepas mati, mengikut keadaan.[4][5]

Apabila salah satu anugerah ini diberikan kepada seseorang, ia mesti dipakai pada bar pingat poket dada kiri. Penerima wanita memakai anugerah ini sebagai darjah kalung atau medal kerongsang yang digantung dari reben berukuran 15mm. Semua tiga kelas anugerah ini dibenarkan dipakai pada masa yang sama.[6][7]

Schutzstaffel (SS) dan Polis Jerman mempunyai anugerah khidmat yang serupa. Anugerah Khidmat Lama SS diberikan dalam gred empat tahun, lapan tahun, 12 tahun, 25 tahun, dan 40 tahun (tidak pernah diberikan).[8] Anugerah Khidmat Lama Polis diberikan dalam gred lapan tahun, 18 tahun, 25 tahun, dan 40 tahun (tidak pernah diberikan).[9] Anugerah angkatan tentera Jerman, dikenali sebagai Anugerah Khidmat Lama Wehrmacht, telah dikeluarkan untuk empat tahun (kelas keempat), 12 tahun (kelas ketiga), 18 tahun (kelas kedua), 25 tahun (kelas pertama), dan 40 tahun (kelas khas 1939).[10][11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Angolia 1989, m/s. 216.
  2. ^ Ailsby 2003, m/s. 138.
  3. ^ Angolia 1989, m/s. 217.
  4. ^ a b Ailsby 2003, m/s. 139.
  5. ^ Angolia 1989, m/s. 217, 221.
  6. ^ Angolia 1989, m/s. 216, 219, 221.
  7. ^ Ailsby 2003, m/s. 139, 140.
  8. ^ Angolia 1989, m/s. 156–159.
  9. ^ Angolia 1989, m/s. 146, 150, 151.
  10. ^ Angolia 1987, m/s. 46, 49.
  11. ^ Ailsby 2003, m/s. 140, 141.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ailsby, Christopher (2003) [1994]. A Collector's Guide To: World War 2 German Medals and Political Awards. Ian Allan Publishing, Inc. ISBN 9780711021464.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Angolia, John (1987). For Führer and Fatherland: Military Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138149.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 978-0912138169.CS1 maint: ref=harv (link)