Pergi ke kandungan

Nazim Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nazim Othman
ناظم عثمان
Kelahiran
Nushrul Alif bin Othman

(1984-09-16) 16 September 1984 (umur 41)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif
  • 2003–2007
    (sebagai pramugara)
  • 2008–kini
    (sebagai pelakon)
Karya
Filemografi
PasanganBella Dally (k. 2016; c. 2018)

Nushrul Alif Othman atau lebih dikenali sebagai Nazim Othman (lahir 16 September 1984) ialah seorang pelakon, model, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada 2008. Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar. Dengan kerjaya lakonannya yang menjangkaui 15 tahun, Nazim diketahui banyak menumpukan perhatian kepada drama TV dan tidak memilih untuk berlakon dalam filem cereka.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 16 September 1984 di Labuan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.[2]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nazim Othman pernah bertugas sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia selama empat tahun.[3] Selepas meninggalkan kerjayanya di awan biru, Nazim mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Penampilan televisyen pertamanya ialah menerusi peranan kecil dalam drama Frontpage.

Pada tahun 2017, Nazim memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan merakamkan single pertama, "Kerana Cinta" hasil nukilan Hael Husaini. Ia dikeluarkan pada April 2017.[4]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nazim disahkan menghidap ketumbuhan dibahagian otak pada Mac 2015. Sebelum membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya.[5]

Beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun mengumumkan perceraian mereka pada 17 Mei 2018.[6][7][8]

Nazim ialah peminat tegar penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.[9]

Gempak Superstar

[sunting | sunting sumber]

Persembahan

[sunting | sunting sumber]

Nazim merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016.[10] Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Cindai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  2. Minggu 2: "Bahagiamu Deritaku" nyanyian asal Hafiz Suip
  3. Minggu 3: "Tentang Dia" nyanyian asal Melly Goeslaw
  4. Minggu 4: "All of Me" nyanyian asal John Legend dan "Pop Ye Ye" nyanyian asal VE
  5. Minggu 5: "Nakal" nyanyian asal Gigi
  6. Minggu 6: "Hati-Hati" nyanyian asal Amira Othman

Carta penyingkiran

[sunting | sunting sumber]
Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei) 5 (8/Mei) 6 (15/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
5 Nazim Kekal ke-2 ke-6 ke-4 Pertama Pemenang Tempat Kelima

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • "Cinta" (2011)
  • "Langit Menangis" (2012)
  • "Kerana Cinta" (2017)
  • "Cerita Kita" (2020)

Aktivisme

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2012, Nazim bersama-sama dengan Intan Ladyana, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."[11]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Melodi 2016 Personaliti Fesyen Melodi Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Fasha Sandha) Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2025 Anugerah Melodi Terhangat 2025 Selebriti Stailo Terhangat Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktor Pembantu TV Popular Menang
  1. ^ Nur Emira Saizali (6 Mac 2023). "Saya masih belum puas – Nazim Othman". Kosmo!. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Mei 2020). Nazim Othman pernah tidur di kaki lima KLCC Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (27 Ogos 2015). Nazim Othman jadi juruterbang? Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2015.
  4. ^ Zaidi Mohamad (16 Mac 2017). Lagu Nazim temui peminat awal April Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2017.
  5. ^ Nazim Othman kongsi saat dapat tahu hidap tumor otak Astro Awani (22 Februari 2019). Dicapai pada 18 Mei 2019.
  6. ^ Zaidi Mohamad (30 Disember 2016). Kahwin bukan tiket Nazim, Bella Dally dedah kisah peribadi Berita Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2017.
  7. ^ Zaidi Mohamad (17 Mei 2018). Nazim, Bella Dally bercerai Berita Harian. Diperoleh pada 18 Mei 2018.
  8. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (17 Mei 2018). "Nazim Othman, Bella Dally sah bercerai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018.[pautan mati kekal]
  9. ^ Zaidi Mohamad (13 April 2016). Ucapan Siti Nurhaliza bakar semangat Nazim Othman Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2016.
  10. ^ Zaidi Mohamad (7 April 2016). Nazim buang imej K-pop sebab sudah matang Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2016.
  11. ^ "Oxcell jelajah 33 bandar dedah potensi perniagaan kepada belia". Utusan Malaysia. April 7, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada April 7, 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]