Nea Salamis Famagusta FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nea Salamis
Logo Nea Salamina
Nama penuhNea Salamis Famagusta FC
Bahasa Yunani: Νέα Σαλαμίνα Αμμοχώστου
Diasaskan7 Mac 1948; 70 tahun yang lalu (1948-03-07)
StadiumStadium Ammochostos, Cyprus
(Muatan: 5,500)
PengerusiCyprus Andreas Paraskeva
PengurusCyprus Neophytos Larkou
LigaDivisyen Pertama Cyprus
2013–14Ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
Third
ketiga
Musim terkini
Penyokong Nea Salamis Famagusta FC

Nea Salamis Famagusta FC atau Nea Salamina Famagusta FC (Bahasa Yunani: Νέα Σαλαμίς Αμμοχώστου) ialah sebuah kelab bola sepak di Ammochostos (juga dikenali dengan nama Romawinya, Famagusta), Cyprus. Ia merupakan kelab pelarian semenjak penjajahan Cyprus oleh Turki dalam tahun 1974, apabila Turki menduduki bahagia utara pulau itu. Kelab terletak di Larnaca buat sementara waktu.

Pencapaian-pencapaian utama Nea Salamina adalah kemenangannya dalam Piala Cyprus dan Perisai FA Cyprus (Piala Super) dalam tahun 1990. tempat tertinggi yang dicapai kelab dalam Divisyen Pertama Cyprus adalah tempat ketiga. Pada masa lima tahun pertama (1948–1953), pasukan kelab menyertai kejohanan Persekutuan Bola Sepak Amatur Cyprus (Inggeris:Cyprus Amateur Football Federation). Dalam tahun 1953, kelab menyertai Persatuan Bola Sepak Cyprus (CFA), dan mengambil bahagian dalam kejohanan dan juga pertandingan piala persatuan. Kelab ini sudah mengambil bahagian dalam lebih daripada 50 musim Divisyen Pertama Cyprus, dengan pangkat ketujuh dalam jumlah penglibatan dalam Divisyen tersebut.

Pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan Eropah buat kali pertama dalam musim Piala Pemenang Piala Eropah tahun 1990, dan bermain dalam kejohanan Piala Intertoto UEFA 1995, 1997 dan 2000. Pasukan ialah sebahagian daripada kelab sukan Nea Salamina Famagusta, yang ditubuhkan dalam tahun 1984; kelab induk juga mempunyai pasukan bola tampar lelaki.