Need for Speed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini tentang keseluruhan siri permainan video Need for Speed. Untuk judul asal siri ini, sila lihat The Need for Speed.

Need for Speed (NFS) adalah siri televisiyen & permainan komputer dan video yang berbentuk simulasi perlumbaan kereta. Ia diterbitkan oleh Electronic Arts yang dirilis pada 11 April 1989.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Siri Need for Speed asalnya dibangunkan oleh Distinctive Software, studio permain berpangkalan di Vancouver, Kanada. Sebelum Electronic Arts membeli syarikat itu pada tahun 1988, ia sudah pun mereka permainan perlumbaan popular seperti Stunts dan Test Drive II: The Duel. Setelah syarikat tersebut dibeli, syarikat tersebut ditukar nama kepada Electronic Arts Canada. Syarikat tersebut menggunakan pengalamannya dalam bidang permainan perlumbaan semasa mula membangunkan siri Need For Speed pada lewat 1989.


Need For Speed pertama kali dibentuk siri televisiyen pada 11 April 1989 hingga kini

.

Electronic Arts Canada terus membangunkan serta mengembangkan francais Need For Speed selama bertahun-tahun. Pada tahun 2002, sebuah lagi syarikat permainan video berpangkalan di Vancouver, iaitu Black Box Games, diberi kontrak bagi membangunkan permainan Need for Speed: Hot Pursuit. Black Box Games kemudian dibeli oleh Electronic Arts sebaik sahaja sebelum permainan tersebut diterbitkan dan syarikat tersebut dinamakan semula sebagai Electronic Arts Black Box serta menjadi sebahagian EA Canada. Sejak itu EA Black Box menjadi pembangun primer bagi siri NFS.

Siri Need For Speed Franchais[sunting | sunting sumber]

  • Need For Speed (1989-1999)
  • Need For Speed 2007 (2007-2009)
  • Need For Speed 2009 (2009-2010)
  • Need For Speed 2010 (2010-2011)
  • Need For Speed 2013 (2013)
  • Need For Speed 2014 (2014)
  • Need For Speed 2016 (Desember 2015-Sekarang)

Siri Need For Speed[sunting | sunting sumber]

Masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Presiden EA Games Frank Gibeau telah mengesahkan judul Need for Speed seterusnya, Need for Speed: Undercover, sedang dalam pembikinan. Beliau juga menyatakan bahawa disebabkan jualan ProStreet tidak memenuhi harapan EA, judul seterusnya akan kembali ke "akarnya" (permainan berasaskan lumba haram) dengan beberapa ciri baru, termasuklah perlumbaan dunia terbuka serta mod pertarungan lebuh raya.[1]

Adalah dijangkakan permainan baru itu akan menggunakan mekanisme serta baru dengan gaya permainan "ala-Most Wanted". Pengumuman rasmi akan dibuat paling awal pada bulan Julai.[2] Undercover mempunyai kitar pembangunan yang lebih panjang daripada judul-judul sebelumnya[3].

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Need For Speed 2016 merupakan siri baru yg dirilis 2016 & sekaligus merupakan hadiah ulang tahun ke-26 Need For Speed pada April 2015 lalu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Brendan Sinclair (2008-02-12). "New Burnout, Skate on the way". Gamespot. Diperoleh pada 2008-02-12. 
  2. Avinash Bali (2008-03-08). "New NFS and Skate Announcements Soon?". Tech2.com India. Diperoleh pada 2008-03-09. 
  3. Mark Androvich (2008-06-18). "Riccitiello: We were torturing Vancouver studio". Gamesindustry.biz. Diperoleh pada 2008-06-18.