Need for Speed: Underground 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Need for Speed: Underground 2
Gambar kulit versi Amerika Utara
PembangunEA Black Box
PenerbitEA Games
KomposerTom Salta Sunting ini di Wikidata
SiriNeed for Speed
EnjinEAGL
PlatformWindows, PlayStation 2, Xbox, GameCube, GBA, NDS, Telefon bimbit
PelepasanAmerika Syarikat 15 November 2004
Eropah 18 November 2004
GenrePerlumbaan
ModPemain tunggal, berbilang pemain

Need for Speed: Underground 2 (NFSU2) adalah permainan perlumbaan yang diterbitkan serta dibangunkan oleh Electronic Arts. Dilancarkan pada tahun 2004, ia merupakan sambungan kepada permainan Need for Speed: Underground, serta sebahagian siri Need for Speed, didapati dalam platform GameCube, PlayStation 2, Xbox, Nintendo DS, Game Boy Advance dan Windows. Ia dibangunkan oleh EA Black Box.

Permainan ini berkisar kepada ubahsuai kereta bagi tujuan lumba haram, menyambung kisah permainan Need for Speed: Underground. Need for Speed: Underground 2 menyediakan beberapa ciri baru, seperti ubahsuai kereta lebih menyeluruh, cara baru untuk memilih perlumbaan, mod perayauan bebas (seperti di dalam Midnight Club, di sekitar bandar raya Bayview). Underground 2 juga memperkenalkan beberapa model SUV yang juga boleh diubahsuai sebagaimana kereta lain serta digunakan untuk perlumbaan SUV. Brooke Burke adalah pelakon suara Rachel Teller, gadis pemberi panduan sepanjang jalan cerita.

Di dalam versi Nintendo DS, pengguna boleh mereka sendiri corak pelekat bagi kegunaan mana-mana kereta yang digunakan.

Versi PSP dikenali sebagai Need for Speed: Underground Rivals.

Plot[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Need For Speed Underground 2 bertempat di Bayview selepas kisah Need for Speed: Underground. Cerita bermula dengan pemain memandu kereta Nissan Skyline R34 di Olympic City (walaupun babak perlumbaan sebenarnya di Bayview), bandar raya utama NFSUG. Pemain menang setiap perlumbaan dan dia terkenal di setiap majalah kereta. Dia kemudian menerima cabaran berlumba daripada seorang pelumba misteri yang menawarkannya tempat di dalam kumpulannya, tetapi "menolak jawapan 'tidak'." Pemain berlumba — walaupun diberi amaran oleh Samantha — sehinggalah dia mendapati pelumba tersebut melanggarnya sehingga remuk. Pemandu itu, yang mempunyai tatu sabit, membuat panggilan telefon mengesahkan kemalangan tersebut, dan imbasan semula tamat.

Kembali semula ke masa sekarang, di mana pemain tiba di Bayview menaiki kapal terbang, dengan nota daripada Samantha yang memperkenalkannya kepada sahabatnya Rachel Teller (pelakon: Brooke Burke), yang akan membantu pemain berlumba di situ. Pemain juga mempunyai kunci kereta Nissan 350Z milik Rachel, yang sedang menunggu di luar lapangan terbang. Pemain menaiki kereta tersebut ke kedai kereta, di mana Rachel membenarkan pemain memilih kereta pertama secara percuma, hasil daripada bayaran pampasan insurans bagi kereta Skylinenya yang sudah remuk.

Sebaik sahaja pemain berjaya membuktikan kehandalannya dalam beberapa perlumbaan terawal, pemain ditawarkan kontrak berlumba di mana Rachel bertindak sebagai ejen pemain. Di dalam setiap kontrak yang ditawarkan, pemain perlu berlumba sejumlah perlumbaan yang dikehendaki serta mengubahsuai kenderaan sehingga ke tahap yang dikehendaki. Kejayaan memenuhi syarat kontrak membolehkan pemain meneroka satu demi satu kawasan baru di Bandaraya Bayview.

Sepanjang permainan, pemain didedahkan mengenai sindiket mengawal perlumbaan haram bawah tanah yang dilakukan oleh seorang pelumba haram berbahaya, Caleb Reece serta geng Street Reapers pimpinannya. Caleb jugalah orang yang telah melanggar pemain dengan sebuah SUV pada awal permainan. Walau bagaimanapun, pemain tetap berjaya menumpaskan satu demi satu ahli-ahli Street Reapers, termasuklah Nikki Morris, pelumba haram kedua terhebat di dalam kumpulan tersebut. Setelah pemain berjaya menewaskan Nikki, Nikki terus berpaling tadah daripada kumpulannya dan seterusnya menyertai pemain.

Caleb semakin tertekan apabila semakin banyak syarikat penaja yang tidak lagi menyebelahinya, maka dia memutuskan untuk membuat perhitungan terakhir dengan pemain untuk memulihkan maruahnya namun akhirnya ditewaskan oleh pemain. Setelah berjaya menewaskan Caleb, pemain diangkat sebagai pelumba haram paling tersohor di Bayview.

Need for Speed: Most Wanted ialah sambungan permainan video ini

Bandaraya Bayview[sunting | sunting sumber]

Bayview adalah bandar raya fiksyen di mana pelumba berlumba haram atau sekadar merayau-rayau secara bebas. Ia terletak di kawasan pantai barat serta menampilkan pelbagai jenis perlumbaan mengikut lokasi daripada kawasan tanah tinggi sehinggalah ke kawasan perindustrian. Anda perlu mencari sendiri perlumbaan yang ditandakan di serata bandar raya ini yang biasanya ditandakan pada peta GPS, walaupun ada juga perlumbaan yang tersembunyi dan hanya boleh dicari secara sendirian. Sebaik sahaja pemain memenangi semakin banyak perlumbaan serta memperoleh reputasi semakin baik, semakin banyak alat ganti serta bahagian bandar raya dapat dicapai.

Selain perlumbaan, pelumba juga perlu mencari sendiri pelbagai jenis kedai alat ganti, daripada kedai cat sehinggalah kepada kedai peralatan prestasi. Jika pemain berjaya meneroka kedai baru, alatan baru akan dapat dicapai di samping kedai tersebut akan dipaparkan lokasinya di dalam peta GPS.

Bandar raya ini hanya boleh diterokai pada waktu malam. Ia mempunyai banyak bangunan pencakar langit, lampu neon serta pemandangan yang cantik. Pemain dapat meronda-ronda di sekitar bandar raya melalui jaringan jalan raya sejumlah lebih 200 km merangkumi lorong belakang sehinggalah ke lebuh raya. Terdapat tiga lebuh raya utama di Bayview iaitu Lebuhraya Lingkaran Luar (Lebuhraya 27), Lebuhraya Coal Harbor (Lebuhraya 7) serta Lebuhraya Lapangan Terbang (tiada kod lebuh raya).

Terdapat 5 daerah utama di Bayview iaitu Pusat Bandaraya, Beacon Hills, Jackson Heights, Coal Harbor, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayview.

Watak[sunting | sunting sumber]

Nama Huraian
Rachel Sahabat baik Samantha serta pembantu dan mentor kepada pemain. Rachel akan menghubungi pemain melalui SMS sepanjang permainan untuk memberitahu pemain mengetahui mengenai nyahkunci, naik taraf, serta tip perlumbaan. Dia memandu kereta Nissan 350Z
Caleb Pelumba haram berbahaya yang meranapkan kereta pemain serta ketua geng Street Reapers. Caleb mengawal kebanyakan perlumbaan bawah tanah di Bayview. Dia memandu kereta Pontiac GTO.
Nikki Ahli perempuan kumpulan Reaper yang berpaling tadah terhadap kumpulannya serta menyertai pemain sebaik sahaja pemain mengalahkannya di dalam perlumbaan URL.

Mod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Paparan permainan Need for Speed: Underground 2 yang hampir serupa dengan Underground serta masih berkisar mengenai budaya ubahsuai kereta.

Sebagai tambahan kepada mod perlumbaan di dalam permainan Underground (perlumbaan Litar, Sprint, Drag dan Drift), 4 jenis perlumbaan baru diperkenalkan di dalam Underground 2. Satu mod disingkirkan iaitu pertandingan Knockout. Sungguhpun demikian, pilihan Lap Knockout masih terdapat pede perlumbaan Litar di dalam perlumbaan bukar karier.

Litar[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan litar piawai melibatkan perlumbaan dengan sehingga 3 kereta AI di sepanjang litar yang ditentukan, dengan bilangan pusingan antara 2 hingga 4 pusingan.

Sprint[sunting | sunting sumber]

Sama seperti perlumbaan litar tetapi tidak membentuk bulatan sebaliknya perlumbaan antara 2 titik yang ditetapkan dengan bilangan maksimum kereta AI sehingga 3 buah.

Drift[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan drift ada kalanya boleh jadi yang paling mudah (bergantung pada tahap kesukaran) di dalam Need for Speed Underground 2. Salah satu perbezaan dengan Need for Speed Underground asal ialah anda berlumba drift dengan pemain lain pada masa yang sama. Pelumba berlumba dengan maksimum 3 pencabar. Markah diberikan kepada pemain yang berjaya menghasilkan gelinciran yang cantik tanpa melanggar tembok. Seperti Street X, Sistem Nitrus Oksida tidak dibenarkan.

Terdapat juga perlumbaan drift menuruni bukit, menyerupai perlumbaan sprint (titik ke titik). Tiada pencabar ditunjukkan di dalam perlumbaan tersebut, tetapi masih terdapat lalu lintas biasa. Pemain menambahkan mata dengan menggelungsur sambil mencelah kereta yang lalu lalang.

Drag[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan drag ialah perlumbaan titik ke titik yang memaksa pemain menggunakan transmisi manual sahaja. Kawalan stereng dipermudahkan untuk membolehkan pemain menukar lorong dengan mudah manakala pemain lebih tertumpu ke arah mengekalkan kelajuan optimum kereta. Takometer serta tolok nitrus oksida diperbesarkan dan ditempatkan masing-masing di bahagian kiri (bagi takometer) dan penjuru bawah kanan (bagi tolok nitrus oksida).

Outrun[sunting | sunting sumber]

Semasa meronda-ronda di sekitar bandar raya, pemain boleh mencabar pelumba berhampiran untuk berlumba satu lawan satu. Pendahulu bebas mementukan laluan sendiri dan mesti meninggalkan lawan dengan jarak melebihi 300 m untuk menang. Formula perlumbaan ini serupa dengan permainan video Tokyo Xtreme Racer dan Wangan Midnight, yang menggunakan bar nyawa selain jarak untuk menentukan pemenang. Setelah memenangi perlumbaan ini dalam jumlah yang tertentu, pemain akan dihadiahkan alat ganti unit secara percuma daripada pelumba lain.

SUV[sunting | sunting sumber]

Kenderaan utiliti sukan atau SUV adalah satu elemen baru dan eksklusif di dalam Need For Speed: Underground 2 serta tidak ditampilkan dalam mana-mana judul Need for Speed yang lain. Dalam mod ini, pemain boleh mengubahsuai, menala serta memandu SUV sebagaimana kereta biasa. Pemain boleh memilih untuk berlumba dalam acara melibatkan SUV sahaja ataupun bercampur dengan kereta lain.

Seperti kereta, pemain boleh menambah peralatan pada SUV untuk meningkatkan prestasi dan pengendalian, namun, berat tambahan SUV menjadikannya lebih sukar untuk dikendalikan terutamanya pada kelajuan tinggi.

Kenderaan tersebut ditampilkan:

Street X[sunting | sunting sumber]

Street X melibatkan perlumbaan yang rapat antara 3 pelumba lain di litar yang pendek dan kecil berasaskan litar perlumbaan drift dari Need for Speed: Underground, tetapi litar tersebut tidak menghasilkan gelinciran. Sebaliknya, mod ini menumpukan kepada penggunaan brek serta penukaran gear yang jitu di samping teknik mengambil selekoh tajam untuk memperoleh pusingan terpantas dan memenangi perlumbaan. Seperti drift, penggunaan Sistem Nitrus Oksida tidak dibenarkan.

Liga Perlumbaan Bawah Tanah (URL)[sunting | sunting sumber]

URL adalah set kejuaran perlumbaan yang diadakan di litar tertutup di luar jalan raya di sekitar bandar raya - sama ada di litar lumba sebenar ataupun di landasan kapal terbang. Kejuaraan URL biasanya terdiri daripada satu hingga tiga perlumbaan, dengan lima orang pencabar. Dalam kejuaraan dengan dua atau lebih perlumbaan, sistem mata digunakan. Pada penamat setiap perlumbaan, pelumba menerima sejumlah mata mengikut kedudukan. Jumlah mata pada akhir kejuaraan menentukan siapakah pemenang kejuaraan ini.

Permainan berbilang pemain atas talian[sunting | sunting sumber]

Need For Speed Underground 2 mempunyai keupayaan berbilang pemain pada versi PlayStation 2 dengan sambungan jalur lebar, manakala Xbox menggunakan Xbox Live. Pelayan atas talian bagi PlayStation 2 tidak lagi aktif, dan EA telah menutup pelayan bagi Xbox, melumpuhkan ciri tersebut.

Kereta[sunting | sunting sumber]

Seperti Need for Speed: Underground, Underground 2 terus menawarkan kenderaan serupa untuk dibeli serta diubahsuai, kebanyakannya daripada model buatan Asia, dengan beberapa model buatan Eropah dan Amerika. Tambahan pula, Underground 2 adalah satu-satunya judul siri Need for Speed setakat ini yang menawarkan tiga SUV sebagai kenderaan perlumbaan, yang boleh diubahsuai lebih ekstensif daripada kereta padat biasa. Sejumlah 29 model kenderaan boleh didapati dalam kedua-dua versi permainan serta dua kereta unik bagi setiap model, versi PAL pula menawarkan tambahan 2 kereta yang tidak didapati di dalam versi NTSC dan sebaliknya.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  1. Snoop Dogg featuring The Doors - "Riders On The Storm" (Fredwreck Remix)
  2. Capone - "I Need Speed"
  3. Chingy - "I Do"
  4. Sly Boogy - "That'z My Name"
  5. Xzibit - "LAX"
  6. Terror Squad - "Lean Back"
  7. Fluke - "Switch/Twitch"
  8. Christopher Lawrence - "Rush Hour"
  9. Felix da Housecat - "Rocket Ride" (Soulwax Remix)
  10. Sin - "Hard EBM"
  11. FREELAND - "Mind Killer" (Jagz Kooner Remix)
  12. Paul Van Dyk - "Nothing But You (Cirrus Remix)"
  13. Sonic Animation - "E-Ville"
  14. Killing Joke - "The Death & Resurrection Show"
  15. Rise Against - "Give it All"
  16. Killradio - "Scavenger"
  17. The Bronx - "Notice of Eviction"
  18. Ministry - "No W"
  19. Queens of the Stone Age - "In My Head"
  20. Mudvayne - "Determined"
  21. Septembre - "I am Weightless"
  22. Helmet - "Crashing Foreign Cars"
  23. Cirrus - "Back on a Mission"
  24. Spiderbait - "Black Betty"
  25. Skindred - "Nobody"
  26. Snapcase - "Skeptic"
  27. Unwritten Law - "The Celebration Song"

Penerimaan dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Sejumlah 9 juta naskhah permainan ini sudah terjual di seluruh dunia,[1] menjadikannya antara "permainan terlaris" bagi setiap konsol (Permainan paling hit PS2, Hit Platinum Xbox dan Pilihan Pemain GameCube).

Rata-rata reviu adalah positif,[2] tetapi terdapat beberapa elemen yang dikritik, antaranya termasuklah pemain terpaksa memandu jauh untuk ke perlumbaan tertentu,[3] lakonan suara yang kurang berkesan[4] serta penglibatan berlebihan produk syarikat yang tidak ada kena-mengena dengan perlumbaan bermotor, seperti menyepadukan logo Cingular, syarikat telekomunikasi wayarles Amerika Syarikat, di dalam sistem pesanan ringkas permainan serta memaparkannya untuk kebanyakan jalan cerita permainan.[5] Versi GameCube pula dihentam kerana kadar bingkai yang tidak stabil serta grafik yang teruk.[6] Istilah slanga hip-hop yang digunakan oleh watak utama (seperti memanggil wang sebagai "bank") serta video klip gaya komik turut dikritik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]