Need for Speed (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Need for Speed
Need For Speed poster.jpg
Pengarah Scott Waugh
Penerbit
Lakon layar oleh George Gatins
Cerita oleh
  • George Gatins
  • John Gatins
Berdasarkan Need for Speed oleh
Electronic Arts
Dibintangi oleh
Muzik oleh Nathan Furst
Sinematografi Shane Hurlbut
Disunting oleh
Syarikat
produksi
Pengedar Walt Disney Studios
Motion Pictures
Mula ditayangkan
Mac 12, 2014 (2014-03-12)(UK)
Mac 14, 2014
Tempoh tayangan
130 minit[1]
Negara
  • Amerika Syarikat
  • Perancis
  • United Kingdom
  • Filipina
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $66 juta[2]
Box office $203.3 juta[3]

Need for Speed ialah filem aksi thriller Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Scott Waugh, ditulis oleh George Gatins dan John Gatins dan dihasilkan oleh DreamWorks Pictures. Berdasarkan permainan video oleh Electronic Arts, filem ini dibintangi Aaron Paul sebagai pelumba jalanan, Tobey Marshall.

Need for Speed ditayangkan oleh Touchstone Pictures pada Mac 14, 2014 di teater 3D, IMAX dan konvensional. Walaupun menerima ulasan negatif daripada pengkritik, filem ini mengutip $203.3 juta di seluruh dunia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Ditipu oleh bekas rakan kongsi untuk pembunuhan yang tidak dilakukannya, Tobey Marshall, seorang pembina kereta dan pelumba jalanan yang bergelut dengan kewangan menghabiskan dua tahun di dalam penjara. Selepas keluar daripada penjara, dia mendapatkan kereta terpantas yang pernah dibina dan dijual oleh bengkelnya dan berusaha untuk memasuki perlumbaan rahsia dan mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dikenali sebagai The DeLeon. Tujuannya untuk membalas dendam, mendapat pengiktirafan daripada dunia perlumbaan dan untuk menyelesaikan masalahnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Need for Speed mengadakan tayangan perdananya di Teater Cina TCL pada Mac 7, 2014.[4] Filem ini ditayangkan oleh Touchstone Pictures pada Mac 14, 2014 di teater 3D, IMAX dan konvensional 2D.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Need for Speed mengutip $43,577,636 di Amerika Utara dan $159,700,000 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $203,277,636.[3]

Respons kritikal[sunting | sunting sumber]

Need for Speed menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 22% pengkritik memberi filem ini ulasan positif berdasarkan 156 ulasan dengan purata skor 4.3 daripada 10.[5] Di Metacritic, ia mendapt skor 39 berdasarkan 38 ulasan.[6]

Sekuel[sunting | sunting sumber]

China Movie Channel, Jiaflix Enterprises dan 1905 Pictures bekerjasama bersama EA Games untuk menghasilkan sekuel dengan filem ini dijadual mengambil tempat dan menjalani pengambaran di China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Need for Speed (12A)". Entertainment One. British Board of Film Classification. February 11, 2014. Dicapai pada February 27, 2014. 
  2. ^ McClintock, Pamela (17 October 2013). "DreamWorks' Stacey Snider Reveals How Studio Slimmed Down to Stay Alive". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 9 December 2013. 
  3. ^ a b "Need for Speed (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada May 7, 2014. 
  4. ^ Bacardi, Francesca (7 March 2014). "Aaron Paul's Car Overheats at 'Need for Speed' Premiere (VIDEO)". Variety. Dicapai pada 15 March 2014. 
  5. ^ "Need for Speed (2014)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada August 12, 2014. 
  6. ^ "Need for Speed". Metacritic. Dicapai pada April 20, 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]