Pergi ke kandungan

Neera Azizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Neera Azizi
نيرا عزيزي
Kelahiran
Nurazneera binti Azizi

(1998-07-11) 11 Julai 1998 (umur 28)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi, penyampai radio
Tahun aktif2016–kini
Karya
Filemografi
PasanganMuhammad Hafizi Mohd Noor (k. 2025)
KeluargaZeera Azizi (kakak)

Nurazneera Azizi (lahir 11 Julai 1998) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2016, dengan peranan televisyen termasuk Sayangku Kapten Mukhriz (2016), Miss Kapten Cikgu Waiz (2017), dan Melankolia (2018).[3][4] Beliau ialah adik kepada pelakon Zeera Azizi.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 11 Julai 1998 di Bandar Melaka, Melaka dan dibesarkan di Kuantan, Pahang.[5] Kakaknya, Nurazeera "Zeera" Azizi adalah seorang penyanyi dan peserta Dewi Remaja 2018/19.[6]

Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam kerjaya hiburan tanah air setelah dipilih menjayakan watak sebagai Dr. Anisa dalam drama adaptasi novel, Sayangku Kapten Mukhriz yang dibintangi oleh Raja Afiq dan Niena Baharun.[7]

Neera paling dikenali menerusi gandingannya bersama pelakon Singapura Erwin Dawson menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz arahan M. Hitler Zami yang mana beliau memegang watak sebagai Khalisha. Untuk drama ini, beliau mempelajari sistem kokpit pesawat.[8]

Beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Menatap Dalam Mimpi" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan "Bulan Bintang" nyanyian Izzmad Harun.[2] Neera merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[9]

Neera paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Sha, seorang pelajar Indonesia dalam drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020) yang memerlukan beliau untuk bertutur bahasa Indonesia.[10]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk
2018
"Rasa Hati"

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
  1. Kamarul Halim Kamal (15 Februari 2018). "Neera Azizi dari pelakon kini jadi penyanyi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2018. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  2. 1 2 Ridzuan Abd Rahman (18 Oktober 2016). ‘Tiada sebab nak berlagak’ - Neera Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  3. Najiy Jefri (13 Ogos 2017). Tarik nafas lega Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  4. Najiy Jefri (24 Februari 2018). Neera persiapkan diri Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  5. Aida Rismariza Kamaruddin (3 April 2018). "Kecaman tidak gugat Neera Azizi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2018. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  6. Sairul Zamri Misrani (22 Mac 2021). "Neera Aziz, ada di dalam tiada". Kosmo!. Dicapai pada 1 Mei 2021.
  7. Khadijah Ibrahim (19 September 2016). "Neera popular kerana doktor Anisa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2018. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  8. Wartawan Sinar Harian (27 Julai 2017). Neera Azizi luang masa pelajari sistem kokpit Sinar Harian. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  9. Khadijah Ibrahim (17 Ogos 2017). Neera Azizi penyokong pasukan bola sepak negara Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Julai 2018.
  10. Khadijah Ibrahim (5 Jun 2020). Neera jadi Minah Indon Bebas News. Dicapai pada 7 Julai 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]