Negara Merdeka Croatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai negara boneka semasa Perang Dunia II. Untuk negara yang mencapai kemerdekaan pada 1991, sila lihat Croatia.
Negara Merdeka Croatia
Nezavisna Država Hrvatska
Negara boneka Jerman Nazi (1941–45)
Negeri naungan Kerajaan Itali (1941–43)

1941–1945
Bendera Jata
Lagu kebangsaan
Lijepa naša domovino
Negara Merdeka Croatia pada 1942
Ibu negara Zagreb
Bahasa Croatia
Agama Roman Katolik dan Islam[1]
Kerajaan Fasis satu parti totalitarian kediktatoran
Raja
 •  1941–1943 Tomislav II[2]
Poglavnik
 •  1941–1945 Ante Pavelić
Perdana Menteri
 •  1941–1943 Ante Pavelić
 •  1943–1945 Nikola Mandić
Era sejarah Perang Dunia II
 •  Negara diisytiharkan 10 April 1941
 •  Penyerahan kalah Jerman 8 Mei 1945
Luas
 •  1941 115,133 km² (44,453 batu²)
Populasi
 •  1941 (anggr.) 6,966,729 
     Ketumpatan 60.5 /km²  (156.7 /batu²)
Mata wang NDH Kuna
Hari ini sebahagian daripada  Bosnia and Herzegovina
 Croatia
 Serbia
 Slovenia
*Aimone, Duke Spoleto menerima pelantikan pada 18 Mei 1941, turun takhta 31 Julai 1943 dan melepaskan semua tuntutan pada 12 Oktober 1943.[2][3][4][5] Selepas itu, negara ini bukan lagi beraja secara teknikal. Ante Pavelić menjadi ketua negara, gelarannya sebagai pemimpin pergerakan Ustaše yang memerintah, "Poglavnik", secara rasminya menjadi gelaran ketua negara NDH.
Warning: Value not specified for "continent"

Negara Merdeka Croatia (Bahasa Croatia: [Nezavisna Država Hrvatska, NDH] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); bahasa Jerman: Unabhängiger Staat Kroatien; bahasa Itali: Stato Indipendente di Croazia) adalah sebuah negara boneka fasis Jerman[6][7][8] dan Itali semasa Perang Dunia Kedua. Ia telah ditubuhkan di bahagian Yugoslavia yang diduduki pada 10 April 1941, selepas pencerobohan kuasa Paksi. Wilayahnya terdiri daripada kebanyakan Croatia moden dan Bosnia dan Herzegovina, serta beberapa bahagian Serbia moden dan Slovenia.[petikan diperlukan]

Semasa kewujudannya, NDH telah ditadbir sebagai sebuah negara satu parti oleh organisasi Ustaše fasis. Ustaše dipimpin oleh Poglavnik, Ante Pavelić.[note 1] Rejim ini mensasarkan bangsa Serbia, Yahudi dan Romani sebagai sebahagian daripada kempen genosid besar-besaran, serta anti-fasis atau penentang Croat dan Muslim.[9]

Antara tahun 1941–45, 22 buah kem tahanan wujud didalam wilayah yang dikawal oleh Negara Merdeka Croatia, dua di antaranya (Jastrebarsko dan Sisak) menempatkan kanak-kanak sahaja dan yang terbesar ialah Jasenovac.[9][10][11][12][13]

Negara ini secara rasminya menjadi pemerintahan beraja selepas menandatangani Undang-Undang Mahkota Zvonimir pada 15 Mac 1941.[14][15] Di tabalkan oleh Victor Emmanuel III dari Itali, Putera Aimone, Duke Aosta pada mulanya enggan menerima mahkota tersebut sebagai membantah pengilhakan Itali ke atas wilayah Dalmatia yang majoritinya diduduki orang Croat, diilhak sebagai sebahagian daripada agenda irredentis Itali mewujudkan Mare Nostrum ("Laut Kami").[16] Beliau kemudian secara singkat menerima takhta tersebut kerana mendapat tekanan dari Victor Emmanuel III dan diberi gelaran Tomislav II dari Croatia, tetapi tidak pernah berpindah dari Itali untuk menetap di Croatia.[2]

Dari penandatanganan Persetiaan Rome pada 18 Mei 1941 hingga penyerahan Itali pada 8 September 1943, negara merdeka croatia adalah kondominium jajahan Jerman dan Itali.[17][18][19][20] Dalam penghakimannya di Perbicaraan Tebusan, Tribunal Tentera Nuremberg menyimpulkan bahawa NDH bukan sebuah negara berdaulat. Menurut Tribunal, "Croatia was at all times here involved an occupied country".[21]

Pada tahun 1942, Jerman mencadangkan Itali mengambil alih semua kawalan tentera Croatia kerana keinginannya untuk mengalihkan tentera Jerman dari Croatia ke Barisan Timur. Itali bagaimanapun menolak tawaran itu kerana ia percayai tidak mampu mengurus sendiri situasi tidak stabil di Balkan.[22] Selepas penyingkiran Mussolini dan gencatan senjata Itali dengan pihak Sekutu, NDH pada 10 September 1943 mengisytiharkan bahawa Persetiaan Rome terbatal dan mengilhak bahagian Dalmatia yang sebelum ini diserahkan kepada Itali. NDH cuba mengilhak Zara, yang telah diakui wilayah Itali sejak tahun 1919 tetapi menjadi objek lama irredentisme Croatia, namun Jerman tidak membenarkannya.[16]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Poglavnik" was a term coined by the Ustaše, and it was originally used as the title for the leader of the movement. In 1941 it was institutionalized in the NDH as the title of first the Prime Minister (1941–43), and then the head of state (1943–45). It was at all times held by Ante Pavelić (1889 – 1959) and became synonymous with him. The translation of the term varies. The root of the word is the Croatian word "glava", meaning "head" ("Po-glav(a)-nik"). The more literal translation is "head-man", while "leader" captures a of the meaning of the term (in relation to the German "Führer" and Italian "Duce").

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramet 2006, m/s. 118.
  2. ^ a b c Rodogno, Davide; Fascism's European empire: Italian occupation during the Second World War; p.95; Cambridge University Press, 2006 ISBN 0-521-84515-7
  3. ^ Pavlowitch, 2008, p. 289
  4. ^ Massock, Richard G.; Italy from Within; p. 306; READ BOOKS, 2007; ISBN 1-4067-2097-6
  5. ^ Massock, Richard G. (1 March 2007). "Italy from Within". Read Books. Dicapai 2 September 2017 – melalui Google Books. 
  6. ^ "Independent State of Croatia", Britannica Online Encyclopedia; retrieved 8 September 2009.
  7. ^ "Croatia". Microsoft Encarta Online Encyclopedia; retrieved 8 September 2009.
  8. ^ "Yugoslavia", Holocaust Encyclopedia. United States Holocaust Memorial Museum; retrieved 8 September 2009. Archived 31 October 2009.
  9. ^ a b Fischer, Bernd J., penyunting (2007). Balkan Strongmen: Dictators and Authoritarian Rulers of South-Eastern Europe. Purdue University Press. m/s. 207–08, 210, 226. ISBN 978-1-55753-455-2. 
  10. ^ Listing of WWII concentration camps by country, Jewishvirtuallibrary.org; accessed 4 December 2015.
  11. ^ Concentration camps other than Jasenovac in the Independent State of Croatia, Holocaustresearchproject.org; accessed 4 December 2015.
  12. ^ "Jasenovac". Jewishvirtuallibrary.org. Dicapai 3 June 2011. 
  13. ^ Pavlowitch, Stevan K. (2 September 2017). "Hitler's New Disorder: The Second World War in Yugoslavia". Columbia University Press. Dicapai 2 September 2017 – melalui Google Books. 
  14. ^ Hrvatski Narod (newspaper)16.05.1941. no. 93. p.1., Public proclamation of theZakonska odredba o kruni Zvonimirovoj (Decrees on the crown of Zvonimir), tri članka donesena 15.05.1941.
  15. ^ Die Krone Zvonimirs, Monatshefte fur Auswartige Politik, Heft 6 (1941) pg. 434.
  16. ^ a b Jozo Tomašević. War and Revolution in Yugoslavia, 1941–1945: Occupation and Collaboration: 1941–1945: Occupation and Collaboration. Stanford University Press, 2001. pg. 300.
  17. ^ Tomasevich, 2001, p. 60. "Thus on 15 April 1941, Pavelić came to power, albeit a very limited power, in the new Ustasha state under the umbrella of German and Italian forces. On the same day German Führer Adolf Hitler and Italian Duce Benito Mussolini granted recognition to the Croatian state and declared that their governments would be glad to participate with the Croatian government in determining its frontiers."
  18. ^ Graubard, Stephen R. (1993). Exit from Communism. p. 153. Transaction Publishers; ISBN 1-56000-694-3
    "Mussolini and Hitler installed the Ustašas in power in Zagreb, making them the nucleus of a dependent regime of the newly created Independent State of Croatia, an Italo-German condominium predicated on the abolition of Yugoslavia."
  19. ^ Frucht, Richard C. (2005). Eastern Europe: An Introduction to the People, Lands, and Culture. p. 429. ABC-CLIO; ISBN 1-57607-800-0
    "The NDH was in fact an Italo-German condominium. Both Nazi Germany and fascist Italy had spheres of influence in the NDH and stationed their own troops there."
  20. ^ Banac, Ivo (1988). With Stalin Against Tito: Cominformist Splits in Yugoslav Communism. Cornell University Press, pg. 4; ISBN 0-8014-2186-1
  21. ^ Deutschland Military Tribunal 1950, m/s. 1302–03.
  22. ^ Jonathan Steinberg. All Or Nothing: The Axis and the Holocaust, 1941–1943, pg. 44.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]