Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Negara persekutuan)
Peta yang memaparkan negara-negara persekutuan hari ini.

Persekutuan (Jawi: ڤرسكوتوان; [pĕr.sĕ.ku.tu.an]) atau federasi ([fé.dé.ra.si]; dari Latin: foeduratio bererti "perjanjian" terbitan kata foedus "ikatan" melalui Belanda: federatie[1]) ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu pemerintahan pusat. Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan/pemerintah pusat yang hanya menyebelahi satu pihak.

Bentuk pemerintahan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländernya merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu, sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan.

Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.

Senarai persekutuan di dunia[sunting | sunting sumber]

Kini[sunting | sunting sumber]

Persekutan Subdivisi utama Wilayah khusus
Amerika Syarikat
(lihat Negeri di Amerika Syarikat)
51 negeri 1 daerah persekutuan; 1 wilayah bergabung, 13 wilayah tidak bergabung
Argentina 23 wilayah 1 daerah persekutuan
Australia 6 negeri 1 daerah/wilayah persekutuan, 1 wilayah utama, beberapa wilayah kecil
Austria 9 Bundesländer
Belgium[2] 3 komuniti linguistik 3 rantau
Bosnia dan Herzegovina 2 entiti 1 daerah yang diselia oleh pihak antarabangsa
Brazil 26 negeri 1 daerah persekutuan dan 5,561 perbandaran
Comoros 3 pulau
Emiriah Arab Bersatu 7 emiriah
Habsyah 9 rantau 2 bandaraya berpiagam
Jerman 16 Länder atau Bundesländer
India 28 negeri 7 wilayah kesatuan
Iraq 18 gabenorat, termasuk 1 kawasan autonomi
Kanada 10 wilayah 3 jajahan
Malaysia
(lihat Senarai negeri-negeri Malaysia)
13 negeri 3 wilayah persekutuan
Mexico 31 negeri 1 daerah persekutuan
Micronesia 4 negeri
Nepal 14 zon 75 daerah
Nigeria 36 negeri 1 wilayah
Pakistan 4 wilayah 4 wilayah persekutuan
Rusia[3] 48 oblast, 21 republik, 10 okrug berautonomi, 7 kray, 2 bandaraya persekutuan
Saint Kitts dan Nevis 2 pulau/14 mukim
Sudan 26 negeri
Switzerland 26 kanton
Venezuela 23 negeri, 1 wilayah tanggungan 1 daerah persekutuan

Gelaran panjang[sunting | sunting sumber]

Tidak wujud lagi[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "federatie (bondgenootschap)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. Via Frans fédération ‘id.’ [14e eeuw; Rey] ontleend aan Latijn foederātiō ‘vereniging, verbond’, een afleiding van het werkwoord foederāre ‘verenigen, verbinden’ bij foedus (genitief foederis) ‘verbond, verdrag’.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ Sesetengah pengkaji melihat Belgium lebih menyerupai gabungan kerana autonomi yang jauh lebih luas dalam bidang-bidang berlainan.
  3. ^ Ada sesetengah pihak yang meragui sama ada Rusia merupakan sebuah persekutuan sebenar.
  4. ^ KRSS merupakan satu persekutuan menurut surat perlembagaannya, tetapi, sekurang-lurangnya sehingga tahun-tahun akhirnya pada lewat 1980-an dan awal 1990-an, pentadbirannya secara amali amat berpusat.
  5. ^ Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia diisytiharkan secara rasmi pada tahun 1963. Sebelum ini, negeri komunis Yugoslav ini dinamakan Persekutuan Demokratik Yugoslavia pada tahun 1943 dan kemudiannya Republik Rakyat Bersekutu Yugoslavia pada tahun 1946.
  6. ^ Persektutuan Imperial merupakan satu cadangan yang tidak menjadi kenyataan, yang diniatkan untuk menyusuli Empayar British, yang mana segala jajahan dan dominion akan diwakili oleh sebuah Parlimen Imperial tunggal dibawah Mahkota Diraja. Namun begitu, ide ini terkehadapan pada waktu itu lalu diganti oleh Negara-negara Komanwel.