Negeri-Negeri Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Negeri-negeri Melayu adalah sekumpulan sembilan buah negeri di Malaysia (semuanya terletak di Semenanjung Malaysia) yang mengamalkan dasar pewarisan atau lebih dikenali sebagai monarki iaitu Raja berkuasa mutlak. Pemerintah-pemerintah ini kebanyakannya menggunakan gelaran "Sultan" kecuali Perlis (Raja) dan Negeri Sembilan (Yang di-Pertuan Besar dan Undang). Mereka semua adalah ketua dan ketua agama bagi negeri masing-masing dan mengamalkan dasar raja berperlembagaan. Kesemua mereka melantik Yang di-Pertuan Agong di kalangan mereka iaitu sembilan orang Raja Melayu secara sistem penggiliran.

Sistem beraja yang diamalkan di Malaysia dilihat sangat unik kerana Pemerintah dipilih secara bergilir daripada sembilan orang Raja daripada sembilan buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, dan Perak. Pemerintah daripada negeri-negeri tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak tidak berpeluang untuk dicalonkan atau berpeluang menjadi Yang Di-Pertuan Agong.[1]

Asal negeri Melayu[sunting | sunting sumber]

Sebelum tercadangnya Onn Jaafar pada tahun 1946 ataupun lebih tepat lagi sebelum Perang Dunia II, negeri-negeri Melayu ini terbahagi kepada dua, iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berada dinasihat oleh Residen British. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan, manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor.

Walaupun Pulau Pinang dan Melaka tidak mempunyai sultan tersendiri, mereka tetap dianggap sebagai sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia[sunting | sunting sumber]

Selain daripada negeri-negeri Melayu di Malaysia, terdapat wilayah-wilayah di negara-negara lain yang dianggap sebagai Negeri Melayu. Antaranya ialah wilayah-wilayah di selatan Thailand seperti Wilayah Pattani, Wilayah Yala, dan Wilayah Narathiwat, Singapura (pada asalnya dimonopoli oleh orang Melayu sebelum kedatangan British), Brunei, wilayah di Indonesia (juga boleh dianggap sebahagian daripada negeri-negeri Melayu), dan selatan Filipina (Mindanao).