Negeri Sembilan FA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Negeri Sembilan
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
GelaranSi Rusa (The Jangs)
Hoben Jang Hoben
Nama pendekPBNS
Diasaskan1923; 97 tahun yang lalu (1923)
StadiumStadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Negeri Sembilan
(Muatan: 45,000[1])
PresidenNegeri Sembilan Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri
PengurusMalaysia Mohd Khairollah Abdul Latif
JurulatihMalaysia Sazali Saidon
LigaLiga Premier Malaysia
2019Ke-6
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan atau Negeri Sembilan FA merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga teratas dalam Liga Malaysia namun tersingkir ke saingan Liga Premier Malaysia bermula musim 2019.

Nama Pasukan[sunting | sunting sumber]

  • 1923–2007: Negeri Sembilan FA
  • 2006: Negeri Sembilan Naza
  • 2009–2014: Negeri Sembilan FA
  • 2015: Negeri Sembilan Matrix[2]
  • 2016–kini: Negeri Sembilan FA

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah bola sepak Negeri Sembilan dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Tumku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) yang baharu bagi tempoh 2018-2021 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres PBNS Ke-86, di Klana Resort. Beliau mendapat sokongan padu ahli gabungan persatuan selepas menunjukkan minat mendalam untuk menjawat jawatan Presiden PBNS selepas peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada hujung Mei 2018.

  • Dato' Wan Salaidin

Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS pertama semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam yang terletak di Paul Street.

Tan Sri Dr Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya Menteri Besar menjadi presiden PBNS sehinggalah sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.

Tan Sri Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.

Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.

Bawah kepimpinan beliau, skuad Negeri Sembilan berubah wajah. Dengan pelbagai program akar umbi yang dilakukan, beliau berjaya menghasilkan skuad yang bermutu dengan mengambil jurulatih berkaliber seperti Wan Jamak Wan Hasan dan Azraai Khor Abdullah. Hasilnya, Negeri Sembilan menjadi sebuah pasukan yang elit dalam Malaysia dengan merangkul semula Piala FA pada 2010, dan berjaya mara 3 tahun berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia dengan memenangi 2 daripadanya. Selain itu, program yang beliau lakukan berjaya menghasilkan pemain seperti kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta pemain sayap lincah Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan.

Identiti Pasukan[sunting | sunting sumber]

  • Lambang Pasukan

Lambang pasukan ini diambil daripada jata negeri. Dengan mengekalkan sembilan batang padi dan tiga warna dalam jata negeri. Selain itu, bintang pecah sembilan digantikan dengan dua bekas keris dan tulisan jawi pada jata negeri sembilan digantikan dengan singkatan PBNS. Sebilah keris dan sarungnya dibuang dan lambang itu dibentuk seperti perisai seperti lambang kelab-kelab di Eropah

  • Warna

Sejarahnya pasukan ini menggunakan warna merah sebagai warna rasmi. Namun selepas menjuarai Piala Malaysia pada 2009, warna kuning diraja dipilih sebagai warna rasmi kerana semasa perlawanan tersebut, N.Sembilan mengenakan Jersi kedua yang berwarna kuning ketika menentang Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior yang mengenakan jersi berwarna merah. Warna kuning itu telah dianggap membawa tuah.

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Tempoh Pengeluar kit Penaja
2005 Itali Lotto TM Net
2005/06 TM
Naza
2006/07
2007/08
2009 Itali Kappa TM
2010
2011 Itali Lotto -
2012 Matrix Concept
2013
2014 Korea Selatan Kika
2015 Itali Kappa
2016 Jepun Mizuno
2017
2018 Malaysia AL Sports
2019 England Rhino Matrix Concept
Visit Negeri Sembilan
SALAM Medical Centre
Negeri Roadstone Sdn Bhd
2020 England Admiral Visit Negeri Sembilan
Matrix Concept

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad Utama[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Januari 2020
No. Posisi Pemain
1 Malaysia GK Hamka Daud
3 Malaysia DF Adam Othman Arfah
4 Malaysia MF Halim Zainal
5 Malaysia DF Norhafiz Zamani Misbah (Kapten)
6 Malaysia DF Kalaiharasan Letchumanan
7 Jepun MF Shunsuke Nakatake
8 Malaysia MF Asraf Roslan
9 Brazil FW Almir Neto
11 Malaysia MF Dzulfahmi Hadi
12 Malaysia GK Kaharuddin Rahman
13 Malaysia MF Ridzuan Abdunloh
14 Malaysia MF Danial Hadri Effendi Jagan
15 Malaysia DF Danish Haziq Saipul Hisham
16 Malaysia MF Durrkeswaran Ganasan
17 Malaysia FW Izuan Salahuddin
No. Posisi Pemain
19 Malaysia MF Aiman Khalidi
21 Malaysia FW Fauzi Latif
22 Malaysia GK Fadzley Rahim
23 Malaysia DF Izaaq Izhan Yuswardi
30 Brazil DF Matheus Vila
32 Malaysia MF Farouq Adam Khan U21
60 Brazil FW Igor Luiz
Malaysia DF Shahrom Kalam
Malaysia MF Shahurain Abu Samah
Malaysia MF Che Safwan Hazman
Malaysia FW Arip Amiruddin
Malaysia FW Nazrul Kamaruzaman
Malaysia MF Shamie Iszuan
Malaysia MF Azriddin Rosli

Bawah 21 tahun[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
1 Malaysia GK Amirul Asyraf Abdul Rahman
2 Malaysia DF Mohd Shahir Saffie
3 Malaysia MF Mohd Fauzan Nazhif Zulkifli
4 Malaysia FW Muhd Zaraen Yami
5 Malaysia DF Pavithran a/l Selladorai
7 Malaysia DF Muhammad Fauzan Mohd Fauzi
8 Malaysia MF Muhammad Shazrul Ashraf Mathews
9 Malaysia FW Sean Eugene Selvaraj
10 Malaysia MF Muhammad Nizam Ruslan
11 Malaysia FW Mohd Rahizi Mohd Rasib
12 Malaysia MF Ahmad Ashraf Razmi
13 Malaysia DF Mohd Khamarool Mazlan
No. Posisi Pemain
14 Malaysia DF Muhd Iqbal Na'im Tony Rosdin
15 Malaysia DF Gopinath a/l Ragenderan
16 Malaysia MF Aroon Kumar a/l Ramaloo
17 Malaysia FW Muhammad Nurzaidi Bunari
18 Malaysia MF Suresh a/l Selvathura
19 Malaysia MF Mohd Fauzi Abdul Latif
20 Malaysia MF Muhamad Syahrizal Shaharin
21 Malaysia GK Muhammad Azwan Alimi
22 Malaysia GK Ezad Ariff Jamaludin
23 Malaysia DF Mohd Nurzaidi Mohd Jais
24 Malaysia DF Muhd Zufril Haidy Mazlan
25 Malaysia MF Thanabalan a/l Nadarajah

Pencapian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Domestik[sunting | sunting sumber]

  • Piala Malaysia
    • Simple cup icon.svg Juara (3): 1948, 2009, 2011
      • Naib Juara (3): 2000, 2006, 2010

Pencapaian Belia[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Asia[sunting | sunting sumber]

Peringkat Kumpulan: 2004, 2007
Mengundur diri: 2010

Rekod Kelab[sunting | sunting sumber]

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan

      1 atau Juara       Ke-2 atau Naib-juara       Ke-3       Promosi       Tersingkir

Musim Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B Pts Ked Sumbangsih Malaysia FA Cabaran Kejohanan Keputusan
2004 Liga Premier 24 10 8 6 45 35 38 ke-4 Naib-juara Suku-akhir Suku-akhir Piala AFC Peringkat kumpulan
2005 Liga Premier 21 16 1 4 45 19 49 1 Peringkat kumpulan Pusingan 1
2005-06 Liga Super 21 12 4 5 26 14 40 1 Naib-juara Separuh-akhir
2006–07 Liga Super 24 6 6 12 29 46 24 ke-11 Suku-akhir Pusingan 2 Piala AFC Peringkat kumpulan
2007–08 Liga Super 24 14 6 4 48 30 48 ke-2 Peringkat kumpulan Pusingan 2
2009 Liga Super 26 11 5 10 44 35 38 ke-7 Juara Separuh-akhir
2010 Liga Super 26 11 5 10 40 31 38 ke-6 Naib-juara Naib-juara Juara
2011 Liga Super 26 8 8 10 29 32 32 ke-8 Juara Pusingan 2
2012 Liga Super 26 10 7 9 41 38 38 ke-6 Juara Suku-akhir Pusingan 1
2013 Liga Super 22 1 7 14 11 28 10 ke-12 Peringkat kumpulan Suku-akhir
2014 Liga Premier 22 8 6 8 26 28 30 ke-6 Kelayakan Pusingan 1
2015 Liga Premier 22 8 8 6 33 28 32 ke-6 Kelayakan Pusingan 2
2016 Liga Premier 22 9 8 5 40 26 35 ke-4 Suku-akhir Pusingan 3
2017 Liga Premier 22 11 8 3 37 24 41 ke-5 Peringkat kumpulan Separuh-akhir
2018 Liga Super 22 4 3 15 27 47 15 ke-12 Pusingan 2 Peringkat kumpulan
2019 Liga Premier 20 8 5 7 29 25 4 ke-6 Peringkat kumpulan Pusingan 2
2020 Liga Premier

Source:[3][4]

Bekas Pemain[sunting | sunting sumber]

Bekas Pemain Ternama[sunting | sunting sumber]

Pemain luar negara
  • Australia Gustavo Carlos Cerro
  • Argentina Jose Iriarte
  • Australia Scott Ollerenshaw
  • Kenya Harrison Eric Muranda
  • Nigeria Abdulrazak Ekpoki
  • Cameroon Effa Owona
  • Nigeria Abdul Lateef Seriki
  • Cameroon Christian Bekamenga
  • Nigeria Udo Fortune
  • Sierra Leone Lamine Conteh
  • Slovakia Marian Juhas
  • Slovakia Miroslav Bozik
  • Slovakia Robert Bozik
  • Slovakia Marian Valach
  • Croatia Marko Simic
  • Australia Curran Ferns
Pemain tempatan

Organisasi Pasukan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Presiden Negeri Sembilan Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri
Timbalan Presiden Malaysia Dr. Razali Bin Abdul Malik
Naib Presiden 1 Malaysia YB Haji Mohamad Taufek Bin Abdul Ghani
Naib Presiden 2 Malaysia Dato Mohammed Najeeb Bin Abdullah
Naib Presiden 3 Malaysia Saaran Nadarajah
Pengurus Malaysia Mohd Khairollah Bin Abdul Latif
Ketua Jurulatih Malaysia Sazali Saidon
Pembantu Ketua Jurulatih Malaysia Haji Mohamad Zaki Bin Sheikh Ahmad
Pembantu Jurulatih Malaysia Mohd Shafiq Jonny Bin Abdullah
Jurulatih Penjaga Gol Malaysia Azhar Bin Dol
Jurulatih Kecergasan Malaysia Mohd. Kuizwan Bin Mohd. Johari
Doktor Pasukan Malaysia Dr. Rozaiman Bin Ebrahim
Fisioterapi Malaysia Mohd Syaiful Bin Sabtu
Masseur Malaysia Mohd Aim Fazli Bin Abdul Rahim
Kitman 1 Malaysia Shahrizal Bin Mat Sah
Kitman 2 Malaysia Mahathir Bin Mustapa
Pengurus U21 Malaysia Bachik Bin Osman
Ketua Jurulatih U21 Malaysia Sazali Bin Saidun
Pembantu Ketua Jurulatih U21 Malaysia Ahmad Bin Osman
Jurulatih Penjaga Gol U21 Malaysia Ismadi Bin Ismail
Jurulatih Kecergasan U21 Malaysia Khairal Afiq Jamal Bin Abdul Haziq
Fisioterapi U21 Malaysia Muzammil Bin Zaharudin
Kitman U21 Malaysia Afi Bin Mohd Zulkafulee
Pengurus U19 Malaysia Azmi Bin Selamat
Ketua Jurulatih U19 Malaysia Adnan Bin Md. Din
Pembantu Ketua Jurulatih U19 Malaysia Noorisham Bin Kamarudin
Jurulatih Penjaga Gol U19 Malaysia Fadli Bin Mohd Faksi @ Mohd Fausi
Jurulatih Kecergasan U19 Malaysia Shafib Salmi Muda
Kitman U19 Malaysia Jefri Bin Jaafar

Ketua Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih Kejuaraan
1981-1982 Malaysia Tony Chia
1983-1984 Malaysia Zainudin Husin
1985-1986 Malaysia Tony Chia
1987-1988 Brazil Santos
1989-1990 Malaysia Zainudin Husin
1991-1993 Slovakia Josef Herel Liga Semi-Pro Divisyen 2 1991
1994-1998 Malaysia M. Karathu
1998-1999 Malaysia Irfan Bakti Abu Salim
2000-2002 Malaysia Mohd Zaki Sheikh Ahmad
2003-2006 Malaysia K. Devan Piala FA Malaysia 2003
Liga Super Malaysia 2005-06
2006-2007 Tunisia Hatem Souissi
2007-2011 Malaysia Wan Jamak Wan Hassan Piala Malaysia 2009
Piala FA Malaysia 2010
2011-2012 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah Piala Malaysia 2011
Piala Sumbangsih 2012
2013 Portugal Divaldo Alves
Mei 2013 Malaysia Ridzuan Abu Shah Ambil alih
2014-2015 Singapura V. Sundramoorthy
2015-2017 Malaysia K. Devan
2017 Malaysia Mohd Asri Ninggal
2018 Jerman Jorg Steinebrunner
2018 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah
2018 Portugal Mario Lemos
2019 Malaysia Mat Zan Mat Aris
2019 Malaysia Mohd Zaki Sheikh Ahmad Ambil alih
2020 Malaysia Sazali Saidon

Persatuan yang Menyelia[sunting | sunting sumber]

Kelab Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Capacity of Tuanku Abdul Rahman Stadium". Worldstadiums.com.
  2. ^ "Pasukan NS dikenali NS Matrix musim depan". The Rakyat Post. Malaysia. 6 Disember 2015.
  3. ^ "Summary - Liga Premier - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
  4. ^ "Malaysia 2016".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]