Negeri di Sudan Selatan
Negeri di Sudan Selatan نڬري د سودن سلاتن | |
---|---|
| |
Kategori | Negeri bersekutu |
Lokasi | Sudan Selatan |
Bilangan |
|
Kerajaan/pemerintah |
|
Subbahagian |
Negeri-negeri di Sudan Selatan terbentuk daripada tiga bekas wilayah iaitu Bahr el Ghazal (barat laut), Khatulistiwa (selatan) dan Nil Hulu Raya (timur laut). Negeri-negeri itu kemudiannya dibahagikan kepada 79 kaunti.
Pada Oktober 2015, satu dekri dikeluarkan oleh Presiden Sudan Selatan Salva Kiir Mayardit bagi menubuhkan 28 buah negeri daripada 10 yang telah tertubuh sebelumnya.[1] Dua tahun kemudiannya pada Januari, beliau sekali lagi mengeluarkan dekri untuk membahagikan lagi negara Sudan Selatan kepada 32 buah negeri.[2]
Hasil daripada persetujuan keamanan yang menamatkan perang saudara, Sudan Selatan kembali kepada 10 buah negeri, yang ditambah dengan dua kawasan pentadbiran dan satu kawasan berstatus pentadbiran khas pada Februari 2020.[3][4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kiir and Makuei want 28 states in South Sudan". Radio Tamazuj (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2015.
- ^ "South Sudanese President creates four more states – Sudan Tribune: Plural news and views on Sudan". www.sudantribune.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2017. Dicapai pada 1 Mac 2017.
- ^ "South Sudan Kiir agrees to re-establish the 10 states - Sudan Tribune: Plural news and views on Sudan". www.sudantribune.com (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 15 Februari 2020.
- ^ "Kiir agrees to relinquish controversial 32 states". Radio Tamazuj (dalam bahasa Inggeris). 15 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2020. Dicapai pada 15 Februari 2020.