Negeri lindungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Negeri lindungan ialah sebarang negeri yang mempunyai kewajipan bersama dengan negeri atau empayar yang lebih unggul, dalam status sama dengan sebuah abdi dalam sistem feudal di Eropah Zaman Pertengahan. Kewajipan tersebut biasanya termasuk sokongan ketenteraan sebagai tukaran hak istimewa tertentu. Dalam beberapa kes, kewajipan tersebut termasuk membayar ufti, tetapi negeri yang melakukan demikian lebih baik dipanggil negeri ufti. Kini, istilah yang lebih umum ialah negara boneka, negeri naungan, negara pelanggan, negara bersekutu atau negara satelit.

Contoh sejarah[sunting | sunting sumber]

Empayar Hittite[sunting | sunting sumber]

Troy merupakan negeri naungan Empayar Hittite, bersama dengan tanah Arzawa yahg lain.[1]

China Purba[sunting | sunting sumber]

Dari zaman Dinasti Zhou (1046–770 SM) hingga Dinasti Han (206 SM–220M), bilangan berbeza-beza negeri lindungan wujud di China purba.

Negeri ini berbeza-beza saiznya dari negera kota kecil hingga abdi yang mengawal jalur besar wilayah seperti Negeri Chu dan Qi. Salah satu negeri lindungan ini akan pergi menakluk China dan menyatukan negara di bawah maharaja pertama Qin Shi Huang.

Empayar Uthmaniyah[sunting | sunting sumber]

Negeri lindungan dan ufti Empayar Uthmaniyah pada tahun 1590

Empayar Uthmaniyah (1299–1923) mengawal sebilangan negeri ufti atau lindungan di kawasan pinggir wilayahnya. Jajahan takluk mengambil sebilangan bentuk yang berbeza dengan beberapa negeri dibenarkan melantik pemimpin mereka sendiri. Negeri-negeri lain membayar ufti untuk tanah mereka.

Semasa abad ke-18, Empayar Uthmaniyah mengawal banyak negeri lindungan dan ufti seperti kerajaan putera Wallachia dan Moldavia, atau Kekhanan Krimea.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bryce, Trevor (2005). The Trojans and their neighbours. Taylor & Francis. ISBN 9780203695340.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Autonomous types of first-tier administration


Templat:Government-stub