Neil Taylor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Neil Taylor
Neil Taylor vs Arsenal (cropped).jpg
Taylor bermain untuk Swansea City pada tahun 2011
Maklumat peribadi
Nama penuhNeil John Taylor[1]
Tarikh lahir (1989-02-07) 7 Februari 1989 (umur 30)
Tempat lahirRuthin, Wales
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)
Posisi permainanPertahanan kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniSwansea City
Nombor3
Kerjaya remaja
1998–2005Manchester City
2005–2007Wrexham
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2007–2010Wrexham75(3)
2010–Swansea City115(0)
Pasukan kebangsaan
2005–2006Wales B1710(0)
2006–2007Wales B195(0)
2007–2010Wales B2113(0)
2009Semi-Pro Wales1(0)
2010–Wales22(0)
2012Great Britain5(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17 Mei 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22:00, 12 Jun 2015 (UTC)

Neil John Taylor (lahir 7 Februari 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Wales yang bermain untuk Swansea City dan pasukan kebangsaan Wales di posisi pertahanan.

Dia merupakan bekas pemain belia Manchester City sebelum memulakan karier bersama Wrexham pada tahun 2007 dan berpindah ke Swansea dengan yuran £150,000 pada tahun 2010.

Taylor membuat penampilan penuh antarabangsa pertamanya untuk Wales pada tahun 2010, dan sejak itu telah membuat lebih daripada 20 penampilan. Dia juga mewakili Great Britain ketika Sukan Olimpik 2012 di London.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Wrexham[sunting | sunting sumber]

Taylor memulakan kariernya di Manchester City, tetapi meninggalkan kelab itu ketika berumur 15 tahun.[2] Dia kemudiannya berpindah ke Wrexham ketika berumur 16 tahun dan bermain untuk pasukan belia kelab itu,[3] sebelum menandatangani kontrak profesional pada bulan Julai 2007.[4] Dia berjaya menembusi pasukan utama Wrexham ketika musim 2007–08 dimana dia membuat 27 penampilan dalam liga dan piala.[5] Dia melanjutkan kontraknya pada bulan Mac 2008, mengekalkannya di Wrexham sehingga tahun 2010.[6]

Swansea City[sunting | sunting sumber]

Pada akhir musim 2009–10, Taylor menyertai kelab Football League Championship, Swansea City secara perpindahan percuma.[2] Bayaran sebanyak £150,000 ditambah 10% daripada keuntungan masa hadapan telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab sebelum memasuki jawatankuasa tribunal pampasan pemain bola sepak profesional pada 30 September 2010.[7][8] Dia membuat penampilan sulungnya untuk Swans masuk menggantikan Albert Serrán ketika kekalahan kepada Norwich City. Taylor bermain 15 perlawanan liga, sebelum mengalami kecederaan dan penggantungan. Dia terseliuh buku lalinya ketika menentang Reading pada 1 Januari 2011. Taylor kembali beraksi sebulan kemudian pada 19 Februari ketika menentang Doncaster Rovers. Pada minggu yang sama, dia dan kapten pasukan, Garry Monk menjadi bapa. Pada 12 Mei 2011, dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir play-off Championship menentang Nottingham Forest, Taylor dibuang padang selepas 53 saat kerana kekasarannya terhadap Lewis McGugan. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan 0–0.

Persembahan cemerlangnya menarik minat Newcastle United yang membuat bidan £1j-tambahan untuknya pada musim panas itu, tetapi dia memberi komiten untuk Swansea dan melanjutkan kontraknya.[9] Keputusan itu kemudiannya berbaloi untuknya dan kelab selepas dia sekali lagi mempunyai musim yang cemerlang dan membantu Swans menduduki tempat ke-11 dalam musim Liga Perdana Inggeris pertama mereka.

Taylor dan Nathan Dyer bersaing dengan pemain Arsenal, Robin van Persie pada tahun 2011

Taylor patah buku lali ketika menentang Sunderland pada 1 September 2012 selepas terjatuh dan kemudiannya tidak beraksi sehingga musim berakhir.[10] Pada 14 Disember 2012, Taylor menandatangani kontrak baru tiga tahun setengah bersama Swansea yang akan tamat pada tahun 2016.[11]

Pada lewat bulan Februari, Taylor kembali menjalani latihan selepas enam bulan terkeluar akibat kecederaan.[12] Tidak lama selepas dia kembali, Swansea City memenangi Piala Liga Inggeris selepas kemenangan 5–0 ke atas kelab League Two, Bradford City.[13] Pada lewat bulan April, dia bermain 80 minit untuk pasukan Swansea City B21 sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.[14] Taylor membuat penampilan senior pertamanya sejak kembali daripada kecederaan masuk menggantikan Ben Davies ketika kekalahan 2–0 kepada Chelsea pada 28 April 2013.[15] Selepas perlawanan itu, dia menyatakan kelegaannya untuk kembali ke pasukan utama.[16]

Selepas Taylor kembali, pengurus Swansea, Michael Laudrup mengambarkan persaingan untuk posisi pertahanan kiri diantara Taylor dan Davies sebagai “masalah yang bagus untuk dihadapi oleh pengurus”.[17] Susulan perpindahan Davies ke Tottenham Hotspur pada tahun 2014, Taylor kembali menjadi pemain pertahanan kiri pilihan utama untuk Swansea. Taylor menandatangani kontrak baru selama empat tahun pada bulan Jun 2015, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2019.[18]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Wales[sunting | sunting sumber]

Taylor bermain untuk Wales pada tahun 2011

Pada asalnya boleh beraksi sama ada untuk Wales atau India, Taylor membuat penampilan sulungnya untuk Wales pada 23 Mei 2010 ketika menentang Croatia di Stadion Gradski vrt. Dia bermain empat kali dalam perlawanan kelayakan Euro 2012.

Pada 9 September 2014, ketika perlawanan pertama Wales dalam pusingan kelayakan UEFA Euro 2016, dia memberi penalti kepada Andorra pada minit kelima, yang kemudiannya dijaringkan oleh Cristian Martínez, tetapi Wales berjaya bangkit untuk menang 2–1.[19]

Great Britain[sunting | sunting sumber]

Stuart Pearce menamakan Taylor dalam skuad 18-pemain untuk Sukan Olimpik 2012 di London sebagai salah seorang daripada tiga pemain Swansea City.[20] Dia bermain perlawanan pertamanya untuk Great Britain semasa perlawanan persahabatan menentang Brazil di Stadium Riverside.[21] Dia kemudiannya beraksi dalam kesemua perlawanan di peringkat kumpulan dan membantu mereka layak ke peringkat kalah mati.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Ruthin, Denbighshire,[22] Taylor merupakan kacukan Wales-India. Ibunya berasal dari Kolkata, India.[23]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan pada 17 Mei 2015.
Club statistics
Kelab Musim Liga Piala FA Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Wrexham 2007–08[24] League Two 26 0 0 0 1 0 0 0 27 0
2008–09[25] Conference Premier 26 2 2 0 6[a] 0 34 2
2009–10[26] Conference Premier 23 1 2 0 1[b] 0 26 1
Jumlah 75 3 4 0 1 0 7 0 87 3
Swansea City 2010–11[27] Championship 29 0 0 0 2 0 1[c] 0 32 0
2011–12[28] Liga Perdana Inggeris 36 0 1 0 1 0 38 0
2012–13[29] Liga Perdana Inggeris 6 0 0 0 0 0 6 0
2013–14[30] Liga Perdana Inggeris 10 0 3 0 1 0 6[d] 0 20 0
2014–15[31] Liga Perdana Inggeris 34 0 0 0 2 0 36 0
Jumlah 115 0 4 0 6 0 6 0 1 0 132 0
Jumlah 190 3 8 0 7 0 6 0 8 0 219 3
  1. ^ Dua penampilan dalam Conference League Cup, empat dalam FA Trophy
  2. ^ Penampilan dalam FA Trophy
  3. ^ Penampilan dalam play-off Championship
  4. ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan pada 12 Jun 2015.[32]
Statistik antarabangsa
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Wales 2010 1 0
2011 7 0
2012 2 0
2013 4 0
2014 6 0
2015 2 0
Jumlah 22 0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 1 February 2013. m/s. 33. Dicapai 24 June 2013. 
  2. ^ a b "Swans agree terms with Neil Taylor". Swansea City A.F.C. 30 June 2010. Dicapai 2010-07-01. 
  3. ^ "Neil Taylor". Wrexham F.C. Dicapai 2008-06-07. 
  4. ^ "Neil Taylor". Soccerbase. Racing Post. Dicapai 2008-06-07. 
  5. ^ "Games played by Neil Taylor in 2007/2008". Soccerbase. Racing Post. Dicapai 2008-06-07. 
  6. ^ "Wrexham rookies sign new deals". BBC Sport. 13 March 2008. Dicapai 2008-06-07. 
  7. ^ "Wrexham FC want compensation tribunal after Neil Taylor signs for Swansea City". Daily Post. 1 July 2010. Dicapai 2010-07-01. 
  8. ^ "Swansea agree Neil Taylor compensation". BBC Sport. 30 September 2010. Dicapai 2010-10-01. 
  9. ^ "Swansea City turn down £1 million Newcastle bid for Neil Taylor – Football News – Football". WalesOnline. Dicapai 2012-08-18. 
  10. ^ "Swansea defender Taylor out for rest of the season with broken ankle". Goal.com/en. Dicapai 2012-09-02. 
  11. ^ "Neil Taylor signs fresh Swansea deal". BBC Sport. 14 December 2012. 
  12. ^ "Manager Michael Laudrup sets Swansea Premier League target". BBC Sport. 1 March 2013. Dicapai 28 May 2013. 
  13. ^ "Bradford City 0–5 Swansea City". BBC Sport. 24 February 2013. Dicapai 28 May 2013.  horizontal tab character dalam |title= di kedudukan 18 (bantuan)
  14. ^ "Michael Laudrup says Neil Taylor is close to first-team return". Sky Sports. 4 April 2013. Dicapai 28 May 2013. 
  15. ^ "Chelsea 2–0 Swansea". BBC Sport. 28 April 2013. Dicapai 28 May 2013. 
  16. ^ "Swansea City star Neil Taylor relieved to finally end eight-month injury nightmare". Wales Online. 29 April 2013. Dicapai 28 May 2013. 
  17. ^ "Swansea City rivalry between Neil Taylor and Ben Davies 'a beautiful problem'". Wales Online. 24 May 2013. Dicapai 28 May 2013. 
  18. ^ "Neil Taylor signs new contract with Swansea City". BBC Sport. 1 June 2015. 
  19. ^ "Gareth Bale double rescues feeble Wales from embarrassment in Andorra". The Guardian. Press Association. 9 September 2014. Dicapai 10 September 2014. 
  20. ^ "London 2012 Olympics: Stuart Pearce names Team GB football squad". Telegraph. Dicapai 2012-08-18. 
  21. ^ Fletcher, Paul (20 July 2012). "BBC Sport – Team GB suffer defeat by Brazil". Bbc.co.uk. Dicapai 2012-08-18. 
  22. ^ Rollin, Glenda; Rollin, Jack, para penyunting (2012). Sky Sports Football Yearbook 2012–2013 (edisi 43rd). London: Headline. m/s. 540. ISBN 978-0-7553-6356-8. 
  23. ^ "Football in India is growing – Swansea City's Neil Taylor". Goal.com. 17 February 2012. Dicapai 22 May 2012. 
  24. ^ "Games played by Neil Taylor in 2007/2008". Soccerbase. Dicapai 6 February 2014. 
  25. ^ Williams, Tony; Wright, James, para penyunting (2009). Non-League Club Directory 2010. Tony Williams Publications. m/s. 156–157. ISBN 9-781869-833664. 
  26. ^ Williams, Tony; Wright, James, para penyunting (2010). Non-League Club Directory 2011. Tony Williams Publications. m/s. 154–155. ISBN 9-781869-833688. 
  27. ^ "Games played by Neil Taylor in 2010/2011". Soccerbase. Dicapai 6 February 2014. 
  28. ^ "Games played by Neil Taylor in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai 6 February 2014. 
  29. ^ "Games played by Neil Taylor in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai 6 February 2014. 
  30. ^ "Games played by Neil Taylor in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai 6 February 2014. 
  31. ^ "Games played by Neil Taylor in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai 25 May 2015. 
  32. ^ (Inggeris) Neil Profil Neil Taylor pada National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]