Nemanja Matić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nemanja Matić
Nemanja Matic'14.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuhNemanja Matić[1]
Tarikh lahir (1988-08-01) 1 Ogos 1988 (umur 30)[2]
Tempat lahirUb, SFR Yugoslavia
Ketinggian1.94 m (6 ft 4 in)[3]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniMUFC
Nombor31
Kerjaya remaja
Jedinstvo Ub
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2005–2007Jedinstvo Ub16(0)
2007–2009Košice70(4)
2009–2011Chelsea2(0)
2010–2011Vitesse (pinjaman)27(2)
2011–2014Benfica56(6)
2014–Chelsea121(4)
Pasukan kebangsaan
2008–2010Serbia B2111(2)
2008–Serbia31(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Mei 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 24 Mac 2017

Nemanja Matić (Serbia Cyril: Немања Матић; sebutan Serbia: [nɛmaɲa matit͡ɕ][lacks tonal diacritics]; lahir 1 Ogos 1988) merupakan pemain bola sepak Serbia yang bermain di kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United F.C. dan untuk pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.[4]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Košice[sunting | sunting sumber]

Matić menandatangani kelab Košice pada 2007 dan bersama kelab tersebut sehingga musim panas 2009. Ketika hidup di Slovakia, beliau memiliki kewarganegaraan Slovak.[5]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Ogos 2009, Matić menandatangani kelab Chelsea dari MFK Košice dengan bayaran sebanyak sekitar £1.5 juta untuk kontrak empat tahun.[6][7] Beliau telah diberi jersi bernombor 24 dari Chelsea tetapi beliau tidak membuat debutnya kerana memasuki kejohanan bawah-21 2009. Beliau hanya duduk di bangku simpanan ketika Piala Liga Inggeris menentang Queens Park Rangers pada 23 September 2009, Chelsea menang 1-0. Matić membuat debut Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea pada 21 November sebagai pemain gantian menggantikan Florent Malouda pada minit ke-69 ketika menentang Wolverhampton Wanderers, Chelsea menang 4-0.[8] Pada 23 Ogos 2010, Matić berpindah ke kelab Belanda, Vitesse dalam pinjaman selama setahun bersama rakan sepasukan Slobodan Rajković dan Matej Delač.[9]

Benfica[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2011, Matić berpindah ke kelab gergasi Portugal, Benfica dengan bayaran €25 juta (£21M) dalam perjanjian pertukaran pemain Brazil, David Luiz.[10] Di bawah pengurus Benfica Jorge Jesus, Matić ditukar dari bermain sebagai playmaker ke pertahanan pemain tengah (DMC).[11]

Pada 14 April 2012, Matić memulakan kerjayanya di Benfica ketika Perlawanan Akhir Taça da Liga 2012 menentang Gil Vicente di mana beliau memenangi trofi pertama bersama kelab Lisbon itu.[12]

Pada 13 Januari 2013, Matić menjaringkan gol pertamamya bersama Benfica dalam perlawanan O Clássico menentang musuh tradisi, Porto.[13] Sehari kemudian, beliau dikhabarkan telah dilanjutkan kontrak sehingga 2018 dengan bayaran €45 juta.[14]

Dalam perlawanan kedua pusingan ke-32 Liga Eropah menentang Bayer Leverkusen, Matić menjaringkan gol dengan menanduk masuk selepas Lima melakukan hantaran lintang tepat pada beliau ketika minit terakhir perlawanan, beliau membantu Benfica menang dalam agregat 3-1.[15] Matić merupakan skuad utama Benfica untuk menjuarai kempen Primeira Liga 2012–13 sejak kelab Lisbon itu memenangi sejak 2010.

On 15 May, Matić faced former employers Chelsea in the Europa League final in Amsterdam but was on the losing side as Benfica fell to a 2–1 defeat, courtesy of a last minute Branislav Ivanović header.[16] On 4 July 2013, he was named Primeira Liga Player of the Year, after having won the monthly award three times over the course of the season.[17][18] On 13 January 2014, Matić placed second in FIFA Puskás Award.[19]

Pada 15 Mei, Matić berhadapan dengan bekas kelabnya, Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Eropah di Amsterdam tetapi Benfica tewas 2-1 selepas tandukan Branislav Ivanović pada minit akhir perlawanan mengaburkan harapan Benfica untuk menang.[20] Pada 4 Julai 2013, beliau tercalon dalam Pemain Terbaik Primeira Liga.[21][22] Pada 13 Januari 2014, Matić menduduki tempat kedua dalam Anugerah Puskás FIFA di belakang Zlatan Ibrahimovic dari Sweden[23]

Kembali ke Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Januari 2014, Matić menyertai semula ke Chelsea dengan bayaran sebanyak £21 juta[24] dalam kontrak lima setengah tahun.[25] Beliau membuat debut kedua bersama kelabnya empat hari kemudian dengan menggantikan Willian dalam perlawanan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United.[26]

Pada 3 Februari, Matić membuat perlawanan Liga Perdana pertama bersama Chelsea menentang musuh utama Manchester City.[27] Beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh Sky Sports apabila Chelsea menumpaskan United 1-0.[28]

Gol pertamanya di Liga Perdana berlaku pada 30 Ogos 2014 dalam perlawanan menentang Everton, 6-3.[29] Sebulan kemudian, Matić menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea menentang Sporting CP dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Gol Matić menghancurkan rekod kebal Sporting yang tidak pernah kalah di laman sendiri dalam masa empat tahun[30]. Pada 5 November dalam kejohanan yang sama, beliau menjaringkan gol untuk Chelsea ketika seri 1-1 menentang NK Maribor.[31]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Debut Matić untuk pasukan bawah-21 Serbia berlaku ketika menentang came in a match against Denmark pada 11 Oktober 2008.[32] Selepas tiga perlawanan dan tiga gol untuk skuad bawah-21 Serbia, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior dan membuat debut untuk pasukan senior ketika perlawanan persahabatan menentang Poland oada 14 Disember 2008 di mana Serbia tewas 1-0.[33]

Matić mengambil bahagian dalam Kejohanan bawah-21 UEFA 2009 di mana beliau bermain selama 85 minit menentang Itali dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, seri 0-0. Dalam perlawanan, Matić telah tercedera selepas berlanggar dengan penyerang Itali, Sebastian Giovinco. Kaki kanan beliau telah retak dan terpaksa melakukan pembedahan.[34]

Pada Disember 2012, Matić mengumumkan beliau tidak akan bermain untuk pasukan kebangsaan Serbia ketika Siniša Mihajlović menjadi jurulatih. Alasan yang diberi ialah beliau tidak berpuas hati dengan jurulatihnya yang selalu memasukkan beliau di akhir perlawanan.[35][36] Pada 6 September 2013, Matić kembali kepada pasukan kebangsaannya dalam kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Croatia, beliau masuk kepadang pada minit ke-75.[37][38]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Oktober 2014.[39][40]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
MFK Košice 2006–07 14 1 0 0 0 0 14 1
2007–08 26 1 0 0 0 0 26 1
2008–09 29 2 0 0 0 0 29 2
2009–10 1 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 70 4 0 0 0 0 70 4
Chelsea 2009–10 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
Jumlah 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
Vitesse 2010–11 27 2 2 0 0 0 29 2
Jumlah 27 2 2 0 0 0 29 2
Benfica 2011–12 16 1 2 0 2 0 10 0 30 1
2012–13 26 3 6 1 1 0 13 1 46 5
2013–14 14 2 2 0 0 0 6 1 22 3
Jumlah 56 6 10 1 3 0 29 2 98 9
Chelsea 2013–14 17 0 2 0 0 0 19 0
2014–15 10 1 0 0 2 0 3 1 15 2
Jumlah 27 1 2 0 2 0 3 1 34 2
Jumlah kerjaya 182 13 15 1 5 0 32 3 234 17

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2008 1 0
2009 1 0
2010 0 0
2011 0 0
2012 3 0
2013 4 0
2014 8 0
Jumlah 17 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Košice
Chelsea
Benfica

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="Hugman2010-11">Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 282. ISBN 978-1-84596-601-0. 
  2. ^ name="Hugman2010-11"
  3. ^ "Player Profile: Nemanja Matić". chelseafc.com. 
  4. ^ "Nemanja Mátic". int.soccerway.com. 
  5. ^ http://sport.sme.sk/c/4033074/matic-so-slovenskym-obcianstvom-do-repre-az-o-tri-roky.html
  6. ^ "Chelsea confirm signing of Matic". BBC Sport. 18 August 2009. Dicapai 18 August 2009. 
  7. ^ "Nemanja Matić on trial at Middlesbrough". 14 February 2014. 
  8. ^ Lyon, Sam (21 November 2009). "Chelsea 4–0 Wolves". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai 21 November 2009. 
  9. ^ "Vitesse huurt drietal van Chelsea". nos.nl. 23 August 2010. 
  10. ^ "Chelsea break British record to land Torres". uefa.com. 1 February 2011. 
  11. ^ "Nemanja Matic: 'We spoke for one minute. I had no doubt in coming back'". The Guardian. 15 March 2014. 
  12. ^ name=interview
  13. ^ "Benfica 2:2 FC Porto" (dalam bahasa Portuguese). Zero Zero. 13 January 2013. Dicapai 5 July 2013. 
  14. ^ PortuGOAL: Matic handed new Benfica deal 14 January 2013
  15. ^ "Stylish Benfica put an end to Leverkusen". UEFA. 21 February 2013. Dicapai 5 July 2013. 
  16. ^ "Rafael Benitez's reign as Chelsea's interim manager will end in triumph after Branislav Ivanovic's injury-time header won the Europa League final against Benfica in Amsterdam". BBC Sport. 15 May 2013. Dicapai 5 July 2013. 
  17. ^ "Matic eleito melhor jogador do último campeonato, Vítor Pereira melhor treinador" (dalam bahasa Portuguese). A Bola. 4 July 2013. Dicapai 5 July 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  18. ^ "Matic foi o melhor jogador da época 2012/13" (dalam bahasa Portuguese). Record. 4 July 2013. Dicapai 5 July 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  19. ^ http://www.fifa.com/ballondor/puskasaward/index.html
  20. ^ "Rafael Benitez's reign as Chelsea's interim manager will end in triumph after Branislav Ivanovic's injury-time header won the Europa League final against Benfica in Amsterdam". BBC Sport. 15 May 2013. Dicapai 5 July 2013. 
  21. ^ "Matic eleito melhor jogador do último campeonato, Vítor Pereira melhor treinador" (dalam bahasa Portuguese). A Bola. 4 July 2013. Dicapai 5 July 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  22. ^ name="Ref1">"Matic foi o melhor jogador da época 2012/13" (dalam bahasa Portuguese). Record. 4 July 2013. Dicapai 5 July 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  23. ^ http://www.fifa.com/ballondor/puskasaward/index.html
  24. ^ "Nemanja Matic completes £21m Chelsea return". bbc.co.uk/sport. BBC Sport. 15 January 2014. Dicapai 15 January 2014. 
  25. ^ "Matic Signs". Chelsea FC. 15 January 2014. 
  26. ^ "Chelsea 3–1 Manchester United" BBC Sport. 19 January 2014. Retrieved 20 January 2014.
  27. ^ "Manchester City v Chelsea: player ratings". The Guardian. 3 February 2014. 
  28. ^ "Premier League: Ivanovic strike sees Chelsea beat title rivals Manchester City". BSkyB. 4 February 2014. 
  29. ^ "Everton 3–6 Chelsea". BBC Sport. 30 August 2014. Dicapai 30 August 2014. 
  30. ^ "Sporting 0–1 Chelsea". BBC Sport. 30 September 2014. Dicapai 30 September 2014. 
  31. ^ Sever, Grega (5 November 2014). "Handanovič helps Maribor to Chelsea draw". UEFA. Dicapai 5 November 2014. 
  32. ^ "UEFA stats for Denmark U21 vs. Serbia U21 game". 
  33. ^ "Matić debutoval v srbskom drese" (dalam bahasa Slovak). profutbal. 14 December 2008. 
  34. ^ "Broken bone robs Serbia of Matić". UEFA. 17 June 2009. Dicapai 6 July 2009. [pautan putus]
  35. ^ "Nemanja Matić: Dok ne ode Miha..." (dalam bahasa Serbian). RTS. 6 November 2012. Dicapai 30 May 2013. 
  36. ^ "Selector should be called players or they did?". reprezentacija.rs. 21 May 2013. Dicapai 30 May 2013. 
  37. ^ "Matic back for Serbia's crunch qualifiers". http://sports.yahoo.com. 6 September 2013. Dicapai 6 September 2013.  pautan luar dalam |work= (bantuan)
  38. ^ "Serbia 1–1 Croatia". FIFA. Dicapai 6 September 2013. 
  39. ^ "N.Matić". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai 13 January 2014. 
  40. ^ "Nemanja Matic". soccerbase.com. Soccerbase. Dicapai 15 January 2014. 
  41. ^ "Nemanja Matic". worldfootball.net. Dicapai 18 August 2014. 
  42. ^ name="PlayerOfTheMonth5">MATIC ELEITO O MELHOR DE DEZEMBRO/JANEIRO (Matic voted best player of December/January); SJPF, 1 February 2013 (Portugis)
  43. ^ name="PlayerOfTheMonth5"
  44. ^ MATIC ELEITO O MELHOR DE ABRIL (Matic voted best player of April)