Nengō
Nengō (年号/ねんごう , "nama tahun") atau gengō (元号/げんごう ) merujuk kepada penandaan zaman pemerintahan seseorang Maharaja Jepun. Kaedah ini turut digunakan negara-negara dalam Alam Cina seperti China, Korea dan Vietnam ketika raja-raja masih memerintah negara-negara tersebut; namun Jepun masih menggunakan kaedah penandaan zaman sebegini sehingga hari ini dalam pentarikhan urusan rasmi kerajaan.
Zaman terkini menurut pentarikhan nengō ini dikenali sebagai "Reiwa" (令和 ) yang bermula sehari sejak penurunan takhta Maharaja Akihito pada 30 April 2019 menamatkan zaman Heisei yang sebelumnya.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Maharaja Kōtoku memulakan kaedah pentarikhan ini seperti yang diguna pakai di China pada 645 tahun Masihi. Zaman yang pertama dalam penandaan ini dinamakan zaman Taika (大化) sempena tindakan pembaharuan politik yang meluas hasil penggubalan undang-undang oleh baginda.
Tidak lama selepas pertabalan Putera Mustsuhito sebagai Maharaja Jepun pada 1867, suatu sistem "satu nama untuk satu zaman" (一世一元 , issei-ichigen) diguna pakai di mana nama zaman akan berubah sebaik sahaja seorang maharaja baharu menaiki takhtanya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Alat penukaran nengō Diarkibkan 2016-08-13 di Wayback Machine