Neo soul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Neo soul ialah genre muzik yang merupakan gabungan dari muzik R&B kontemporari, muzik soul 1970-an, serta unsur-unsur hip-hop. Salah satu unsur yang membezakan neo soul dengan R&B kontemporari antara lain ialah penggunaan tema lirik yang mengekspresikan maksud dan pesanan yang lebih mendalam.[1]

Sejarah dan perkembangan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah genre muzik, neo soul muncul pada pertengahan tahun 1990-an melalui album Raphael Saadiq bersama kugiran Tony! Toni! Toné! serta album "Brown Sugar" yang merupakan album sulung penyanyi D'Angelo. Istilah neo soul sendiri diperkenalkan oleh Kedar Massenburg, penerbit rakaman Motown Records pada akhir tahun 1990-an, dengan album penyanyi Erykah Badu "Baduizm" yang dikeluarkan pada 11 Februari 1997. Album ini menjadi penanda penting dalam perkembangan genre neo soul kerana Badu mengekspresikan lirik mengenai perjuangan, hubungan, nilai-nilai keluarga, dan pencarian kebijaksanaan.[2]

Album "Baduizm" menduduki peringkat 2 di carta album Billboard 200 dan mencapai penjualan platinum tiga ganda. Selain itu Badu juga meraih Anugerah Grammy tahun 1997 untuk kategori Best R&B Female Vocal Performance (lagu “On & On”) dan Best R&B Album.[3][4]

Karya Lauryn Hill, baik melalui kumpulan The Fugees dan kemudian album solonya "The Miseducation of Lauryn Hill" yang dikeluarkan pada 1998 juga dipandang sebagai salah satu penanda penting dalam perkembangan genre muzik ini.[5][6]

Senarai artis neo soul[7][sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nero, Mark Edward (5 Mac 2011). "What Is Neo Soul". Dicapai pada 7 November 2011.
  2. ^ Okoth-Obbo, Vanessa (10 Februari 2017). "Where Neo Soul Began - 20 Years of Erykah Badu's Baduizm". Dicapai pada 7 November 2019.
  3. ^ "Erykah Badu Chart History". Dicapai pada 8 November 2019.
  4. ^ "40th Annual Grammy Awards 1997". Dicapai pada 8 November 2019.
  5. ^ Shand-Baptiste, Kuba (24 Ogos 2018). "The Miseducation of Lauryn Hill is 20 – and it's still one of the best albums of all time".
  6. ^ Richards, Chris (12 Februari 2015). "Lauryn Hill and Erykah Badu take the long road to neo-soul immortality". Dicapai pada 8 November 2019.
  7. ^ "Neo Soul Artists". Dicapai pada 7 November 2019.