Neoarkean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Neoarchean)
Neoarkean
2800 – 2500 Ma
</noinclude>
Rekonstruksi benua-benua Bumi sewaktu pertengahan era Neoarkean, sekitar 2.65 Ga.
Kronologi
Skala masa grafik era Neoarkean
lihat • bincang • sunting
-2800 —
-2780 —
-2760 —
-2740 —
-2720 —
-2700 —
-2680 —
-2660 —
-2640 —
-2620 —
-2600 —
-2580 —
-2560 —
-2540 —
-2520 —
-2500 —
Mikrob prokariot wujud di daratan
Peristiwa pada era Neoarkean.
Skala paksi: jutaan tahun dahulu.
Subbahagian yang dicadangkanTempoh Metana, 2780–2630 Ma

Gradstein et al., 2012
Tempoh Sideros, 2630–2420

Gradstein et al., 2012
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEra
Unit stratigrafiEratem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrif secara kronometri
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[perlu rujukan]
Takrif sempadan atasDitakrif secara kronometri
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991[perlu rujukan]

Neoarkean merupakan nama untuk era geologi terakhir di bawah Eon Arkean yang menjangkau 2800 hingga 2500 juta tahun dahulu, dan tempoh ini ditakrifkan secara kronometri dan tidak merujuk mana-mana lapisan keratan batuan geologi tertentu di Bumi. Era ini ditandakan dengan perkembangan besar kehidupan yang kompleks dan pembentukan benua.

Kehidupan kompleks[sunting | sunting sumber]

Graf separa logaritma menunjukkan peningkatan oksigen dalam atmosfera Bumi merentasi sejarah geologi Bumi

Era ini menyaksikan peningkatan oksigen di atmosfera selepas fotosintesis oksigen berkembang dalam sianobakteria seawal era Mesoarkean. Perubahan alam sekitar yang berlaku pada era Neoarkean seperti perkembangan kandungan bahan dalam atmosfera dan dalam tanah yang secara drastik membezakan era ini dengan yang lain. Hal ini kerana terdapat penggalakan metabolisme mikrob untuk berkembang dan mempelbagaikan jenisnya.[1] Era ini juga mungkin menyaksikan molekul organik prabiota dibawa ke Bumi melalui meteorit, komet, atau melalui tindak balas abiota. Perkembangan kerak benua muda serta permulaan tektonik plat pada eon Arkean membenarkan pengkolonian pelbagai jenis relung mikroorganisma yang lebih besar kepelbagaiannya, seperti yang ditunjukkan pada peningkatan bilangan jenis batu yang ada pada ketika itu, dan dengan itu juga terdapat peningkatan kepelbagaian kimia di permukaan.[1] Beberapa metabolisme yang terkenal dapat berkembang kerana perubahan dalam ketersediaan logam tertentu manakala beberapa jenis metabolisme yang lain pula terbantut, dan hal ini jelas ketara sewaktu era Neoarkean disebabkan oleh peningkatan kandungan unsur kuprum yang terdapat dalam persekitaran yang meningkatkan metabolisme aerob.

Fotosintesis oksigen mungkin terhad pada awal era Arkean disebabkan oleh kekurangan fosforus yang berpunca daripada pengitaran semula biologi yang lemah sewaktu keadaan anaerob. Isu ini telah dikurangkan pada era Neoarkean melalui bukti geologi batuan magma yang mengandungi kandungan fosforus yang tinggi. Pada waktu yang sama ditambah pula dengan perkembangan geodinamik lain seperti peningkatan pengebumian bahan organik dan keadaan pengoksidaan yang lebih tinggi dalam sulfur gunung berapi dan besi magma, maka akan menyumbang kepada pengumpulan oksigen yang besar di atmosfera, sehingga membawa kepada Peristiwa Pengoksidaan Besar pada era Paleoproterozoik.[1]

Bukti terawal pengoksidaan mikrob sulfur, bertarikh kira-kira 2.52 Ga, berasal daripada Bentukan Gamohaan di Afrika Selatan, mendedahkan bahawa bakteria pengoksidaan sulfur telah berkembang sebelum Peristiwa Pengoksidaan Hebat.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Lepot, Kevin (October 2020). "Signatures of early microbial life from the Archean (4 to 2.5 Ga) eon". Earth-Science Reviews. 209: 103296. Bibcode:2020ESRv..20903296L. doi:10.1016/j.earscirev.2020.103296. ISSN 0012-8252. Dicapai pada 22 January 2023. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Lepot2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Czaja, Andrew D.; Beukes, Nicolas J.; Osterhout, Jeffrey T. (1 December 2016). "Sulfur-oxidizing bacteria prior to the Great Oxidation Event from the 2.52 Ga Gamohaan Formation of South Africa". Geology. 44 (12): 983–986. doi:10.1130/G38150.1. Dicapai pada 22 January 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]