Neon Genesis Evangelion
| Neon Genesis Evangelion | |
|---|---|
| Genre | |
| Pencipta | Gainax[a] |
| Pengarah | Hideaki Anno |
| Negara asal | Jepun |
| Bahasa | Bahasa Jepun |
| Bilangan episod | 26 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit |
|
Syarikat penerbitan | |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TXN (TV Tokyo) |
| Siaran asal | 04 Oktober 1995 – 27 Mac 1996 |
| Laman sesawang | |
Neon Genesis Evangelion (Jepun: 新世紀エヴァンゲリオン, Hepburn: Shinseiki Evangerion, har. Abad Baharu Evangelion dalam bahasa Jepun dan har. Permulaan Baharu Gospel dalam bahasa Yunani) ialah siri anime dan manga yang dikarang dan diterbitkan oleh Hideaki Anno. Anime ini, Neon Genesis Evangelion secara pertama kali diterbitkan oleh Gainax dan disiarkan di TV Tokyo dari 4 Oktober 1995 hingga 27 Mac 1996.
Anime ini diikuti dengan dua filem cereka, Death and Rebirth dan End of Evangelion, yang dikeluarkan pada tahun 1997. Death and Rebirth merangkumi keseluruhan siri ini, serta separuh pertama filem cereka End of Evangelion. End of Evangelion yang mengakhiri keseluruhan cerita, untuk menggantikan episod 25 dan 26 siri televisyen tersebut. Kedua-dua filem cereka telah disusun semula menjadi sebuah filem cereka tunggal bertajuk iaitu Revival of Evangelion.
Manga Neon Genesis Evangelion telah dilukis oleh Yoshiyuki Sadamoto dan diterbitkan oleh Kadokawa Shoten. Manga ini mengikuti jalan cerita yang sama seperti anime, dengan lebih menggunakan perspektif protagonis Shinji Ikari.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Berlatarkan tahun 2015, Bumi telah mengalami perubahan drastik akibat peristiwa bencana yang dipanggil "Second Impact". Peristiwa ini berlaku apabila sebuah meteor menghentam Bumi, menyebabkan paras laut meningkat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, naratif bahawa Second Impact disebabkan oleh meteor itu sebenarnya adalah propaganda untuk menyembunyikan fakta bahawa kejadian ini disebabkan oleh eksperimen pada makhluk bercahaya yang dikenali sebagai Angel pertama bernama Adam. Peristiwa ini juga secara tidak langsung telah mengakibatkan kepupusan beberapa negara pulau. Kesannya, iklim dunia berubah secara drastik.
Seorang remaja bernama Shinji Ikari telah tiba di Tokyo untuk memenuhi permintaan bapanya. Walau bagaimanapun, harapannya untuk diterima dan diakui oleh bapanya musnah apabila beliau mengetahui bahawa tujuannya dipanggil adalah semata-mata untuk mengawal EVA, makhluk biomekanikal humanoid yang digunakan untuk melawan Angel. Pada awalnya, Shinji enggan, kerana beliau tidak pernah mengawal EVA sebelum ini. Tambahan pula, beliau berada di sini bukannya untuk dieksploitasi oleh bapanya.
Hatinya luluh apabila melihat Rei Ayanami, yang terus berusaha untuk menjadi juruterbang walaupun cedera parah. Untuk melindungi orang lain dan menunjukkan kemampuan dirinya, Shinji menaiki makhluk (EVA-01) yang dapat dikuasainya dengan cepat. Ketika pertempuran pertamanya sebagai juruterbang, beliau dapat melihat sisi lain EVA, yang mampu mengamuk dan melawan musuhnya dengan kejam. Seiring perkembangan cerita, Shinji bukan sahaja mengawal EVA untuk menghadapi raksasa besar yang menyerang Bandar Tokyo. Beliau juga perlu melawan musuh terbesar yang ada dalam dirinya sendiri.
Juruterbang EVA pertama yang ditemuinya ialah Rei Ayanami, yang digelar The First Child (anak pertama), kemudian muncullah Asuka yang aktif, yang digelar The Second Child, manakala Shinji ialah The Third Child. Terdapat dua juruterbang lain, iaitu rakan sekolah Shinji sendiri, Toji, dan seorang remaja yang dihantar oleh SEELE, Kaworu Nagisa.
Perwatakan Shinji dalam versi manga dan anime sedikit berbeza. Di dalam anime, Shinji kelihatan muram dan tidak peduli dengan dirinya sendiri, apatah lagi orang di sekelilingnya. Manakala dalam manga, wataknya digambarkan sedikit lebih ceria.
Perbezaan dalam kedua-dua versi ini juga terletak pada kandungan manga yang tiada dalam anime. Potongan-potongan cerita yang hilang dalam anime itu sedikit sebanyak terjawab oleh manga tersebut. Contohnya ialah apa yang diimpikan oleh Shinji di mana beliau telah diserang oleh angel kelima bernama Ramiel, dan sebagainya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Creamer, Nick (10 Julai 2019). "Neon Genesis Evangelion – Review". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2019. Dicapai pada 28 Februari 2026.
- ^ "Neon Genesis Evangelion Platinum Complete Collection". ADV Films. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2007. Dicapai pada 28 Februari 2026.
- ^ Loo, Egan (8 September 2007). "Human-Sized Eva Spear Auctioned for 13.7 Million Yen". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2018. Dicapai pada 28 Februari 2026.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Neon Genesis Evangelion anime Diarkibkan 2009-04-30 di Wayback Machine
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan