Neontologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Neonatologi.

Neontologi ialah bahagian daripada biologi yang, berlawanan dengan paleontologi, berkenaan dengan organisma hidup (atau, lebih umumnya, lebih kini). Neontologi merupakan kajian bagi takson ekstan: takson (seperti spesies, genus, dan keluarga) dengan anggota yang masih hidup, dan tidak pupus semuanya. Contohnya

  • Elk (Alces alces) ialah spesies ekstan, dan dodo (Raphus cucullatus) pula ialah spesies pupus.
  • Dalam kelompok moluska yang dikenali sebagai sefalopod, setakat 1987 ada kira-kira 600 spesies ekstan dan 7,500 spesies pupus.[1]

Takson dapat dikelaskan sebagai pupus jika ada persetujuan atau pengesahan luas bahawa tidak ada anggota daripada kelompok berkenaan yang masih hidup. Secara berlawanan pula, takson pupus dapat dikelaskan semula sebagai ekstan jika ada penemuan baharu bagi spesies ekstan ("spesies Lazarus"), atau jika spesies ekstan yang pernah diketahui dikelaskan semula sebagai anggota bagi takson tersebut.

Kebanyakan ahli biologi, ahli zoologi, dan ahli botani pada amalannya merupakan ahli neontologi, dan istilah "ahli neontologi" digunakan secara meluas oleh ahli paleontologi untuk merujuk yang bukan ahli paleontologi. Stephen Jay Gould berkata tentang neontologi:

Terjemahan: Semua profesion mengekalkan parokialisme, dan saya yakin bahawa para pembaca bukan paleontologi akan mengampuni manifestasi besar kami. Kami ahli paleontologi, maka kami memerlukan nama untuk membezakan diri kami dengan semua orang yang mengkaji organisma moden pada zaman manusia atau masa ekologi. Maka, anda menjadi ahli neontologi. Kami memang mengiktiraf tabiat tidak seimbang dan sempit bagi pembahagian dikotomi ini.[2]

Biologi evolusi neontologi mempunyai perspektif masa antara 100 hingga 1000 tahun. Dasar asasi neontologi bergantung pada model-model pemilihan semula jadi serta penspesiesan. Kaedah-kaedah neontologi, apabila dibandingkan dengan paleontologi evolusi, mempunyai penegasan lebih besar terhadap uji kaji. Ada lebih ketidaksinambungan lebih kerap yang hadir dalam paleontologi berbanding dengan dalam neontologi, kerana paleontologi melibatkan takson pupus. Neontologi mempunyai organisma yang sebenarnya hadir dan tersedia untuk disampelkan dan dikenakan penyelidikan.[1] Kaedah penyelidikan neontologi menggunakan kladistik untuk memeriksa morfologi dan genetik. Data neontologi mempunyai lebih penegasan terhadap data genetik dan struktur populasi berbanding dengan paleontologi.[2]

Jurang maklumat[sunting | sunting sumber]

Apabila komuniti sains menerima teori sintetik evolusi, taksonomi menjadi filogenetik.[3] Hasilnya, jurang maklumat meningkat dalam rekod fosil bagi spesies, terutamanya pada Homo sapiens. Para ahli antropologi yang menerima teori sintetik itu menolak idea bagi "manusia beruk" kerana konsep itu telah mengelirukan paleontologi dengan neontologi.[4] Manusia beruk, sebenarnya, sepatutnya menjadi primat dengan trait-trait yang patut mewakili apa-apa antara manusia dengan beruk-beruk besar. Jika konsep manusia beruk berdasarkan neontologi, fenotip kita akan menyerupai bigfoot. Oleh sebab konsep ini berdasarkan paleontologi, idea tentang manusia beruk mungkin dapat diwakili oleh fosil hominid.[5]

Takson ekstan lwn takson pupus[sunting | sunting sumber]

Neontologi mengkaji takson hidup (hidup) dan juga takson yang baru pupus, tetapi pengisytiharan takson sebagai pupus secara muktamad adalah susah. Takson yang pernah diisytiharkan pupus mungkin muncul semula pada masa depan. Spesies yang pernah dianggap pupus dan kemudian muncul tidak terubah bercirikan istilah "kesan Lazarus", atau juga dipanggil spesies Lazarus.[6] Contohnya, satu kajian menentukan bahawa 36% daripada kepupusan mamalia telah diselesaikan, sementara selebih 64% tidak mempunyai bukti secukupnya untuk diisytiharkan pupus atau telah ditemukan semula.[7] Buat masa sekarang, Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa menganggap sesuatu takson sebagai baru pupus jika kepupusan berlaku selepas 1500 C.R.[8] Mamalia yang paling baru dianggap pupus ialah monyet colobus merah Bouvier, yang dianggap pupus sehingga tahun 2015 apabila spesies ini ditemukan semula selepas tidak ada rekod penampakan selama 40 tahun.[9]

Kepentingan neontologi[sunting | sunting sumber]

Teori-teori asasi neontologi bergantung pada model-model biologi bagi pemilihan semula jadi dan penspesiesan yang menyambungkan gen, unit kewarisan dengan mekanisme evolusi, pemulihan semula jadi.[halaman diperlukan] Contohnya, para penyelidik menggunakan set-set data neontologi dan paleontologi untuk mengkaji kegigian-kegigian mencit berbanding dengan kegigian-kegigian manusia. Untuk memahami mekanisme-mekanisme genetik tersirat yang mempengaruhi variasi antara primat bukan manusia dengan manusia, kaedah-kaedah neontologi digunakan terhadap kaedah penyelidikan. Dengan penyepaduan neontologi dengan kaedah-kaedah penyelidikan biologi berbeza, ada kejelasan mengenai cara mekanisme-mekanisme genetik menyirati peristiwa-peristiwa besar dalam hal seperti evolusi primat.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ayala, Francisco J.; Avise, John C. (15 Mac 2014). Essential readings in evolutionary biology (dalam bahasa Inggeris). Ayala, Francisco José, 1934-, Avise, John C. Baltimore. ISBN 978-1421413051. OCLC 854285705. 
  2. ^ a b Shennan, Stephan (2009). Pattern and Process in Cultural Evolution (dalam bahasa Inggeris). University of California Press. m/s. 115. ISBN 978-0520255999. 
  3. ^ Masatoshi., Nei (1987). Molecular evolutionary genetics (dalam bahasa Inggeris). New York: Columbia University Press. ISBN 978-0231063210. OCLC 13945914. 
  4. ^ Bynum, William F. (Julai 2014). Dictionary of the history of science (dalam bahasa Inggeris). Bynum, W. F. (William F.), 1943-, Browne, E. J. (E. Janet), 1950-, Porter, Roy, 1946-2002. Princeton, New Jersey. ISBN 978-0691614717. OCLC 889248984. 
  5. ^ A., Shiel, Lisa (2011). Creature of controversy : a candid look at the hidden world of Bigfoot research & the men and women who hunt for a legend. Lake Linden, MI: Jacobsville Books. ISBN 978-1934631423. OCLC 818361503. 
  6. ^ Fara, Emmanuel (19 April 2000). "What are Lazarus taxa?" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 30 November 2017. 
  7. ^ MacPhee, Ross D.E; Sues, Hans-Dieter (7 Disember 2010). Extinctions in near time : causes, contexts, and consequences (dalam bahasa Inggeris). MacPhee, R. D. E. New York. ISBN 9781441933157. OCLC 887840635. 
  8. ^ Fisher, Diana O.; Blomberg, Simon P. (7 April 2011). "Correlates of rediscovery and the detectability of extinction in mammals". Proceedings of the Royal Society of London B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 278 (1708): 1090–1097. doi:10.1098/rspb.2010.1579. ISSN 0962-8452. PMC 3049027Boleh dicapai secara percuma. PMID 20880890. 
  9. ^ "Piliocolobus bouvieri (Bouvier's Red Colobus)". www.iucnredlist.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 1 Disember 2017. 
  10. ^ Grieco, Theresa M.; Rizk, Oliver T.; Hlusko, Leslea J. (7 September 2012). "Development". Data from: A modular framework characterizes micro- and macroevolution of Old World monkey dentitions (Data Set) (dalam bahasa Inggeris). Dryad Digital Repository. doi:10.5061/dryad.693j8.