Pergi ke kandungan

Nephtheidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nephtheidae ialah keluarga karang lembut dalam filum Cnidaria. Anggota keluarga ini dikenali sebagai karang teluki, karang pokok atau karang lembut anak kuda. Ia berwarna-warni dan boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk merah, merah jambu, kuning dan ungu. Ia popular dengan penggemar akuarium terumbu.[1]

Kebanyakan karang ini arboresen dan mempunyai tetunggul kecil di hujung dahan liatnya. Polip-polip karang ini biasanya menyentap pada waktu siang, memberikan nama alternatifnya karang brokoli kerana kemiripannya. Pada waktu malam, polip-polipnya muncul dan memanjangkan sesungut untuk makan, dan nampak seperti jambakan bunga di hujung dahan-dahannya.[2]

Daftar Dunia Spesies Marin memasukkan genus-genus berikut dalam keluarga ini:[3]

  1. ^ The Soft Corals, Order Alcyonacea; Use In Reef Aquariums Wet Web Media.
  2. ^ Corals of many colors: The Nephtheidae Family The Right Blue.
  3. ^ "WoRMS - World Register of Marine Species - Nephtheidae Gray, 1862". marinespecies.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-24.