Nescafé Kick-Start

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nescafe Kick Start)

Nescafé Kick-Start ialah judul bagi sebuah rancangan realiti Malaysia yang mencari bakat baru serta menggalakkan golongan muda melancarkan kerjaya atau pekerjaan impian mereka. Juara keseluruhan setiap musim ditentukan melalui campuran penilaian juri dan undian penonton. Rancangan ini sudah menghabiskan empat musim sejak bermula pada tahun 2004.

Musim pertama (2004-05)[sunting | sunting sumber]

Rancangan Nescafé Kick-Start dilancarkan di 8TV (dengan bantuan TV3) dan menyaksikan enam belas peserta yang layak ke pertandingan dibahagi kepada empat kumpulan, yang mana hanya seorang dari setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya melalui penilaian juri dan undian penonton. Selepas selesainya pusingan ini, siaran rancangan ini berehat sebulan untuk memberi laluan kepada rakaman pengembaraan keempat-empat finalis.

Aidan Aquinas Chew Ker-Sih dinobatkan sebagai juara musim pertama kerana ideanya yang merupakan EZY-AID, sistem yang membantu pemandu mencari ruang meletak kereta dengan lebih cepat, mudah, dan menjimat masa, sekaligus merangkul hadiah tunai RM180,000 sebagai modal untuk melancarkan syarikat beliau iaitu Vigilant Systems.[1]

Musim kedua (2005-06)[sunting | sunting sumber]

Mulai musim ini, Kick-Start beralih ke TV3 sebagai penyiar utama. Formatnya berubah dari musim pertama, kali ini 12 orang peserta disingkirkan satu demi satu melalui penilaian juri sehingga tinggal empat orang untuk ditentukan bersama para penonton.

Francis Yong Fah Guok, seorang pelajar Universiti Sains dan Teknologi Malaysia,[2] menjadi juara musim ini dengan idea program ganjaran kitar semula di sekolah, diekori Hayati Mohd Ehsan selaku naib juara untuk idea pembangunan "manga Malaysia."

Musim ketiga (2006-07)[sunting | sunting sumber]

Oh Joo Nee menjadi juara wanita pertama dalam sejarah rancangan ini dengan idea membuka studio tarian sendiri. Studio itu dinamakan "Let's Dance" dan terletak di Pulau Pinang.[3]

Musim keempat (2008)[sunting | sunting sumber]

Noor Hazmy bin Mohd Noor (aka "Laloque"), seorang pelajar bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Multimedia Melaka, merangkul hadiah utama RM150,000 untuk merealisasikan cita-cita beliau membuka sebuah pusat permainan paintball tertutup.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "17 of Malaysia's Most Outstanding Individuals". FACES. 2005-08-01. Dicapai pada 2008-04-25.
  2. ^ "The final four in Nescafe Kick-start". The Star. 2005-12-29. Dicapai pada 2008-04-25.
  3. ^ "Nescafe Kick-Start Season 4 Begins". SkorCareer. 2008-03-17. Dicapai pada 2008-04-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]