Neurotransmiter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Neurotransmitter)
Jump to navigation Jump to search
Struktur sinaps biasa

Neurotransmiter , juga dikenali sebagai penghantar neuron atau penghantar impuls, merupakan sekumpulan bahan kimia dalaman yang menghantar isyarat merentasi sinaps dari satu neuron (sel otak) ke satu neuron lain yang disasarkan.[1] Neurotransmiter dilepaskan daripada vesikel sinaps melalui rekah sinaps, di mana mereka diterima oleh reseptor pada sinaps saraf yang lain. Terdapat pelbagai neurotransmiter yang disintesis dari bahan duluan seperti asid amino, bahan ini mudah didapati daripada diet harian dan hanya memerlukan proses biosintesis yang singkat agar bisa ditukar ke dalam bentuk neurotransmiter.

Bahan ini memainkan peranan yang sangat penting untuk organisma menjalankan rutin seharian. Para saintis masih belum tahu dengan tepat berapa banyak neurotransmiter yang wujud, tetapi lebih daripada 100  jenis bahan kimia yang telah dikenalpasti berkaitan dengan fungsi neurotransmiter.[2]

Mekanisme[sunting | sunting sumber]

Neurotransmiter disimpan dalam sinaps dalam bentuk vesikel sinaps, vesikal-vesikel ini berkelompok di bawah membran sel dalam terminal akson yang terletak di sebelah prasinaps. Neurotransmiter dibebaskan dan tersebar ke seluruh dalaman rekah sinaps lalu ia terikat dengan reseptor yang khusus di permukaan membran postsinaps.[3]

Kebanyakan neurotransmiter diperhatikan bersaiz sekecil suatu molekul asid amino tunggal, namun ada juga neurotransmiter yang barangkalinya mempunyai saiz sebesar molekul protein yang lebih besar atau berbentuk peptida. Neurotransmiter yang dibebaskan hanya boleh didapati dalam rekah sinaps dalam masa yang singkat sebelum diuraikan oleh enzim, diangkut semula ke dalam neuron presinaps melalui proses penyerapan kembali, ataupun terikat kepada reseptor postsinaps. Walau bagaimanapun, pendedahan jangka pendek reseptor untuk sebuah penghantar neuro biasanya mencukupi untuk menyebabkan tindak balas postsinaps seperti penghantaran impuls.

Sebagai tindak balas kepada potensi tindakan ambang atau potensi elektrik bergred, sebuah penghantar neuron dibebaskan di terminal presinaps. Pembebasan dalam ukuran dasar yang rendah juga boleh berlaku tanpa sebarang stimulasi elektrik. Penghantar neuron yang dikeluarkan mungkin boleh bergerak merentasi sinaps untuk dikesan dan diikat dengan reseptor dalam neuron postsinaps. Pengikatan neurotransmiter boleh mempengaruhi neuron postsinaps sama ada melalui satu sinaps rencatan atau sinaps ujaan. Neuron ini mungkin akan berhubung dengan banyak lagi neuron - sekiranya jumlah jumlah ujaan pada neuron lebih tinggi berbanding jumlah rencatan, maka neuron itu berkemungkinan dapat dirangsang. Ia akhirnya akan mewujudkan keupayaan tindakan yang baru di akson hilok supaya dapat neurotransmiter dapat dihantar lalu maklumat dapat disampaikan kepada neuron lain yang berdekatan. [4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Neurotransmitter di Kamus Perubatan Dorland
  2. ^ Cherry, Kendra. "What is a Nuerotransmitter?". Dicapai 6 Oktober 2014. 
  3. ^ Elias, L. J, & Saucier, D. M. (2005). Neuropsychology: Clinical and Experimental Foundations. Boston: Pearson
  4. ^ Robert Sapolsky (2005). "Biology and Human Behavior: The Neurological Origins of Individuality" (edisi ke-2). The Teaching Company.  - rujuk halaman 13 dan 14 daripada buku panduan sampingan buku teks ini

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.