Nugini Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari New Guinea Belanda)
Nugini Belanda
Nederlands-Nieuw-Guinea
1949–1962
Bendera Papua Barat
Lambang Nugini Belanda Papua Barat
Bendera (1949–1961) Lambang Nugini Belanda
Cogan kata"Setia, Djudjur (Jujur), Mesra"
Lagu kebangsaan"Wilhelmus" (Belanda)

Hai Tanahku Papua
Lokasi Papua Barat
StatusTanah jajahan Belanda
Ibu negaraHollandia (sekarang Jayapura)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Belanda
Bahasa Melayu Papua
Agama
Kristian (rasmi)
Animisme (rakyat/etnik)
Era SejarahPerang Dingin
• Didirikan
27 Disember 1949
• Dibubarkan
1 Oktober 1962
Keluasan
1955420,540 km2 (162,370 bt2)
Populasi
• 1955
420,000
Mata wangGulden Nugini Belanda
Didahului oleh
Diganti oleh
Hindia Timur Belanda
Pihak Berkuasa Eksekutif Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Sekarang sebahagian dari Indonesia

Nugini Belanda (Belanda: Nederlands-Nieuw-Guinea) merujuk kepada wilayah Papua Indonesia ketika ia merupakan sebahagian daripada Hindia Timur Belanda sehingga tahun 1949, kemudian sebagai wilayah luar negara Kerajaan Belanda dari tahun 1949 hingga 1962. Ia pernah dikenali secara lazim sebagai New Guinea Belanda (bahasa Inggeris: Dutch New Guinea). Ia mengandungi wilayah yang kini menjadi dua provinsi paling timur Indonesia, Papua dan Papua Barat yang ditadbir sebagai satu provinsi sehingga tahun 2003 di bawah nama Irian Jaya.

Semasa Revolusi Indonesia, pihak Belanda melancarkan 'tindakan-tindakan polis' untuk menawan wilayah daripada Republik Indonesia. Namun, cara-cara keras pihak Belanda telah menarik rasa tidak setuju antarabangsa. Berikutan peralihan pendapat antarabangsa kepada menyokong Republik Indonesia, Belanda berjaya pada tahun 1949 berunding untuk pemisahan Nugini Belanda daripada penempatan Indonesia yang lebih luas, dengan nasib wilayah yang dipertikaikan akan diputuskan pada hujung tahun 1950. Namun, pada tahun-tahun mendatang Belanda mampu berhujah dengan berjaya di PBB bahawa penduduk asli Nugini Belanda mewakili kelompok etnik yang terpisah daripada rakyat Indonesia dan oleh itu tidak boleh diserapkan ke dalam negara Indonesia.

Sebaliknya, Republik Indonesia, sebagai negara pengganti Hindia Timur Belanda, mendakwa Nugini Belanda sebagai sebahagian daripada wilayah semulajadi sempadannya. Pertikaian terhadap Nugini merupakan faktor penting dalam penurunan cepat hubungan antarabangsa Belanda dan Indonesia selepas kemerdekaan Indonesia. Pertikaian tersebut meningkat kepada konflik tahap rendah pada tahun 1962 berikutan tindakan Belanda pada tahun 1961 untuk menubuhkan Majlis Nugini.

Berikutan Kejadian Vlakke Hoek, Indonesia melancarkan kempen penyusupan yang dirancangkan untuk memberi tekanan kepada pihak Belanda. Menghadapi tekanan diplomatik daripada Amerika Syarikat, sokongan dalam negeri yang semakin pudar dan ancaman Indonesia yang berterusan untuk menyerang wilayah tersebut, Belanda memutuskan untuk melepaskan kawalan wilayah yang dipertikaikan pada bulan Ogos 1962, bersetuju terhadap Cadangan Bunker dengan syarat bahawa sebuah pungutan suara untuk menentukan nasib akhir wilayah akan dilakukan pada tarikh kemudian. Wilayah tersebut ditadbir secara sementara oleh PBB sebelum dipindahkan kepada Indonesia pada tanggal 1 Mei 1963. Sebuah pungutan suara, iaitu Akta Pilihan Bebas, akhirnya diadakan pada tahun 1969 tetapi keadilan pilihan raya tersebut dipertikaikan.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

  • Bone, Robert C. The Dynamics of the Western New Guinea (Irian Barat) Problem (Cornell U.P. 1958)
  • Finney, B.R. "Partnership in developing the New Guinea Highlands 1948–68," Journal of Pacific History 5 (1970),
  • Henderson, William, West New Guinea. The dispute and its settlement (1973).
  • Lijphart, Arend, The trauma of decolonization. The Dutch and West New Guinea (New Haven 1966).
  • Markin, Terence. The West Irian Dispute (U of Michigan Press, 1996).
  • Penders, C.L.M., The West New Guinea debacle. Dutch decolonisation and Indonesia 1945–1962, Leiden 2002 KITLV
  • Ploeg, Anton. "Colonial land law in Dutch New Guinea," Journal of Pacific History (1999) 34#2 pp 191–203
  • Pouwer, Jan. "The colonisation, decolonisation and recolonisation of West New Guinea," Journal of Pacific History (1999) 34#2 pp 157–79
  • Saltford. John. The United Nations and the Indonesian Takeover of West Papua, 1962–1969 (2003)

Bahasa Belanda[sunting | sunting sumber]

  • Doel, H.W. van den, Afscheid van Indië. De val van het Nederlandse imperium in Azië (Amsterdam 2001).
  • Drooglever, P.J., Een daad van vrije keuze. De Papoea’s van westelijk Nieuw-Guinea en de grenzen van het zelfbeschikkingsrecht (Amsterdam 2005).
  • Huydecoper van Nigteveld, J.L.R., Nieuw-Guinea. Het einde van een koloniaal beleid (Den Haag 1990)
  • Gase, Ronald, Misleiding of zelfbedrog. Een analyse van het Nederlandse Nieuw-Guinea-beleid aan de hand van gesprekken met betrokken politici en diplomaten (Baarn 1984).
  • Geus, P.B.R. de, De Nieuw-Guinea kwestie. Aspecten van buitenlands beleid en militaire macht (Leiden 1984).
  • Jansen van Galen, John, Ons laatste oorlogje. Nieuw-Guinea: de Pax Neerlandica, de diplomatieke kruistocht en de vervlogen droom van een Papoea-natie (Weesp 1984).
  • Klein, W.C. e.a., Nieuw-Guinea, 3 dln. (Den Haag 1953/1954).
  • Meijer, Hans, Den Haag-Djakarta. De Nederlands Indonesische betrekkingen 1950–1962 (Utrecht 1994).
  • Idem, "`Het uitverkoren land'. De lotgevallen van de Indo-Europese kolonisten op Nieuw-Guinea 1949–1962", Tijdschrift voor Geschiedenis 112 (1999) 353–384.
  • Schoorl, Pim (red.), Besturen in Nederlands-Nieuw-Guinea 1945 -1962 (Leiden, 1996).
  • Smit, C., De liquidatie van een imperium. Nederland en Indonesië 1945–1962 (Amsterdam 1962).
  • van Holst-Pellekaan, R.E., de Regst, I.C. and Bastiaans, I.F.J. (ed.), Patrouilleren voor de Papoea's: de Koninklijke Marine in Nederlands Nieuw-Guinea 1945–1960 (Amsterdam, 1989).
  • Vlasblom, Dirk, Papoea. Een geschiedenis (Amsterdam 2004).
  • Wal, Hans van de, Een aanvechtbare en onzekere situatie. De Nederlandse Hervormde Kerk en Nieuw-Guinea 1949–1962 (Hilversum 2006).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]