New Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
State of New Mexico
Negeri New Mexico
Bendera New Mexico Mohor negeri New Mexico
Bendera Mohor
Nama samaran: Land of Enchantment (Tanah Pesona)
Cogan kata: Crescit eundo
Peta Amerika Syarikat dengan nama New Mexico ditonjolkan
Bahasa rasmi none
Bahasa pertuturan Bahasa Inggeris 82%
Bahasa Sepanyol 29%,
Bahasa Navajo 4%[1][2]
Demonim New Mexican
Ibu negeri Santa Fe
Bandar raya terbesar Albuquerque
Kawasan metro terbesar Albuquerque
Keluasan  Kedudukan ke-5
 - Jumlah 121,593 batu persegi
(315,194 km²)
 - Lebar 342 batu (550 km)
 - Panjang 370 batu (595 km)
 - % air 0.2
 - Latitud 31° 20′ U ke 37° U
 - Longitud 103° B ke 109° 3′ B
Penduduk  Kedudukan ke-36
 - Jumlah 2,009,671 (2009)[3]
 - Kepadatan 16.2/batu persegi 
6.27/km² (ke-45)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Wheeler Peak[4]
13,161 ft  (4013.3 m)
 - Purata 5,692 ft  (1,735 m)
 - Titik terendah Red Bluff Reservoir[5]
2,842 ft  (865 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
6 Januari 1912 (ke-47)
Gabenor Susana Martínez (R)
Leftenan Gabenor Diane D. Denish (D)
Senator A.S. Jeff Bingaman (D)
Tom Udall (D)
Delegasi Dewan A.S. 3 Demokrat (Senarai)
Zon waktu Mountain: UTC-7/-6
Singkatan NM US-NM
Tapak web www.newmexico.gov
Ruins of original church, Taos Pueblo New Mexico.jpg

New Mexico ialah sebuah negeri di bahagian barat daya Amerika Syarikat. Mengikut sejarah, ia telah diduduki oleh orang-orang asli Amerika dan pernah menjadi sebahagian kawasan wizurai Sepanyol Baru, sebuah provinsi Mexico serta wilayah Amerika Syarikat.

Di antara negeri-negeri di Amerika Syarikat, New Mexico mempunyai peratusan orang Amerika-Sepanyol yang tertinggi terdiri dari pendatang baru dan keturunan penjajah Sepanyol). Negeri ini juga mempunyai peratusan orang asli Amerika yang ketiga tertinggi selepas Alaska dan Oklahoma, dengan kebanyakannya suku Navajo dan Pueblo). Kerana ini, demografi dan budaya negeri ini adalah unik dengan pengaruh kebudayaan Sepanyol, Mexico dan India Amerika.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sempadan timur New Mexico terletak pada 103° B bersebelahan Oklahoma, dan 3 batu (5 km) di sebelah barat 103° B bersebelahan Texas. Di sempadan selatan, dua pertiga darinya bersempadan dengan Texas, sementara selebihnya dengan dua buah negeri Mexico iaitu Chihuahua dan Sonora. Sempadan baratnya bersebelahan dengan Arizona yang terletak sepanjang 109° B. Latitud 37° U membentuk sempadan utara dengan Colorado. New Mexico, Colorado, Arizona dan Utah bertemu di Empat Sudut pada sudut barat laut New Mexico.

Muka buminya berbeza-beza dari gurun yang berwarna merah mawar, mesa pecah ke puncak gunung yang dilitupi salji. Walaupun New Mexico dikenali kering, gunung-gunungnya yang dilitupi dengan hutan tebal melitupi sebahagian besar negeri ini terutamanya menghala ke utara. Sebahagian Banjaran Gunung Rocky dan Sangre de Cristo (Darah Christ) yang mengunjur utara-selatan, mengapit kedua-dua sisi Rio Grande dari kawasan rumput ternak utara yang berceranggah ke tengah negeri.

Kaktus, pokok yuka, pokok renek kreosot, semak pokok renek, dan rumput gurun melitupi dataran separa kering yang merangkumi bahagian selatan negeri ini.

Kerajaan persekutuan melindungi berjuta-juta ekar New Mexico yang indah sebagai hutan negara:

Tanah-tanah perlindungan yang lain termasuk tugu-tugu peringatan negara seperti berikut:

Pelawat-pelawat juga sering melawati pueblo-pueblo asli New Mexico yang masih wujud. Pelancong-pelancong yang melawat tapak-tapak ini membawa banyak wang ke negeri ini. Kawasan-kawasan menarik dari segi geografi dan berpemandangan indah termasuk Tugu Peringatan Negara Kasha-Katuwe Tent Rocks dan Kawasan Simpanan Negara Valles Caldera. Hutan Gila terletak di barat daya negeri ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Language Use, English Ability, and Linguistic Isolation for the Population 5 Years and Over by State: 2000" (PDF). United States Census 2000. United States Census Bureau. February 25, 2003. Dicapai pada 2010-03-28. 
  2. ^ Shin, Hyon B.; Bruno, Rosalind (October 2003). "Language Use and English-Speaking Ability: 2000" (PDF). Census 2000 Brief. United States Census Bureau. Dicapai pada 2010-03-28. 
  3. ^ "Annual Estimates of the Resident Population for the United States, Regions, States, and Puerto Rico: April 1, 2000 to July 1, 2009". United States Census Bureau. Dicapai pada 2010-04-11. 
  4. ^ Templat:Cite ngs
  5. ^ "Elevations and Distances in the United States". U.S Geological Survey. April 29, 2005. Dicapai pada 2006-11-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]