New Police Story

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
New Police Story
Poster filem Hong Kong
PengarahBenny Chan
PenulisAlan Yuen
Dihasilkan olehBenny Chan
Jackie Chan
Willie Chan
Barbie Tung
Solon So
DibintangiJackie Chan
Nicholas Tse
Daniel Wu
Charlie Young
Charlene Choi
Ken Lo
Lui Kai-chi
Disunting olehYau Chi-wai
Muzik olehTommy Wai
Diedarkan olehJCE Movies Limited
Emperor Motion Pictures
China Film Group Corporation
MGN Filmes
Tarikh tayangan
23 September 2004
Masa tayangan
124 minit
NegaraHong Kong
BahasaKanton
Pecah panggungHK$21,109,502 Million

New Police Story ialah sebuah filem aksi dari Hong Kong tahun 2004 arahan Benny Chan. Filem ini ditayangkan di Hong Kong pada 23 September 2004.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem New Police Story mengisahkan tentang Inspektor Chan Kwok-wing yang mahu melupakan kejadian pahit setahun lalu ketika dia harus melihat bagaimana kumpulan polis di bawah pimpinannya kalah ditangan kumpulan perompak muda yang diketuai oleh Joe Kwan.

Dia dihantui kegagalan masa lalu yang membuatnya kehilangan semua anak buahnya ketika itu. Inspektor Chan dibiarkan hidup oleh Joe Kwan sebagai contoh yang memalukan bagi pihak polis. Ketika Chan sedang terperuk dalam kepahitannya, datang seorang polis muda bernama Frank Cheng Siu-fung. Frank mengaku bahawa dia ialah adik kepada salah seorang polis yang dipimpin oleh Chan. Akhirnya, Frank berjaya menyakinkan Chan untuk membuka kembali kes kumpulan perompak muda yang diketuai oleh Joe Kwan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]