New Providence

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
New Providence
Geografi
LokasiLautan Atlantik
Koordinat25°02′N 77°24′W / 25.033°N 77.400°W / 25.033; -77.400
KepulauanBahamas
Luas207 km2 (80 bt2)
Panjang34 km (21.1 mi)
Lebar11 km (6.8 mi)
Aras tertinggi5 m (16 ft)
Pentadbiran
Bahamas Bahamas
Demografi
Populasi248,948
Pop. density1,594 /km2 (4,128 /sq mi)

New Providence adalah pulau yang paling ramai penduduk di Bahamas, yang mengandungi lebih daripada 70 peratus daripada keseluruhan populasi di Bahamas.[1] Ia juga menempatkan ibu kota negara Bahamas, Nassau. Pulau ini pada asalnya adalah di bawah kawalan kolonial Sepanyol berikutan penemuan dunia baru benua Amerika oleh pelayar Christopher Columbus, kerajaan Sepanyol menunjukkan minat dalam membangunkan pulau itu dan Bahamas secara keseluruhan lalu menjadikanya sebagai jajahannya.

Nassau , bandar terbesar di New Providence sebelum ini dikenali sebagai bandar Charles tetapi telah musnah teruk dibakar oleh Sepanyol pada tahun 1684. Ia telah dibangunkan semula dan dinamakan Nassau pada 1695 oleh Nicholas Trott sebagai penghormatan kepada Prince of Orange-Nassau yang menjadi William III dari England. Ketiga-tiga cabang Kerajaan Bahamian dari segi eksekutif, perundangan dan kehakiman adalah beribu pejabat di New Providence bermula saat itu. New Providence juga berfungsi sebagai hab komersial utama di Bahamas. Ia juga merupakan ibu pejabat kepada lebih 400 institusi awam, perbankan, syarikat-syarikat amanah, dan hotel di negara kepulauan ini. Pelabuhannya menjadi pintu masuk utama dengan lebih dua pertiga daripada empat juta pelancong yang melawat Bahamas setiap tahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://web.archive.org/web/20071017091035/http://www.blurtit.com/q702844.html Seventy percent of the Bahamas population lives on New Providence

Koordinat: 25°02′N 77°24′W / 25.033°N 77.400°W / 25.033; -77.400