Pergi ke kandungan

Ngô Quyền

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ngô Quyền
吳權
Ngô Vương
Tugu patung Ngô Quyền di Haiphong
Jiedushi Tĩnh Hải quân
Pemerintahan938–939
Didahului olehjawatan diwujudkan
Diikuti olehDương Bình Vương
Raja Dinasti Ngô
Pemerintahan1 Februari 939 – 14 Februari 944
Didahului olehdinasti diasaskan
Diikuti olehDương Tam Kha
Keputeraan(898-04-17)17 April 898
Đường Lâm, Tĩnh Hải quân, Tang China
Kemangkatan14 Februari 944(944-02-14) (umur 45)
Cổ Loa, Dinasti Ngô
Pemakaman18 April 944
Makam Ngô Quyền (di kawasan moden Đường Lâm, Sơn Tây, Hanoi)
PasanganDương Phương Lan
Dương Như Ngọc
Đỗ phi
AnakandaPutera Thiên Sách Ngô Xương Ngập
Putera Nam Tấn Ngô Xương Văn
Ngô Nam Hưng
Ngô Càn Hưng
Nama penuh
Ngô Quyền (吳權)
Nama diraja
Ngô Vương (吳王)
WangsaNgô
AyahandaNgô Mân
BondaPhùng Thị Tinh Phong
AgamaBuddhisme
Ngô Quyền
Vietnamese name
Vietnamese alphabetNgô Quyền
Chữ Hán
Nama rasmi
Vietnamese name
Vietnamese alphabetNgô Vương
Chữ Hán

Ngô Quyền (Templat:Lang-vi-hantu) (17 April 898 – 14 Februari 944), sering dirujuk sebagai Tiền Ngô Vương (前吳王; "Raja Ngô Pertama"), merupakan seorang panglima perang yang kemudian menjadi raja pengasas Dinasti Ngô di Vietnam. Baginda memerintah dari tahun 939 hingga 944. Pada tahun 938, baginda menewaskan Dinasti Han Selatan dalam Pertempuran Sungai Bach Dang di utara Haiphong moden. Pertempuran ini diraikan dalam sejarah negara Vietnam kerana ia menamatkan 1,000 tahun pemerintahan China ke atas Vietnam sejak 111 SM di bawah Dinasti Han Barat. Sebuah daerah pusat di Haiphong hari ini dinamakan sempena baginda.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ngô Quyền diputerakan pada tahun 898 Masihi di Đường Lâm (kini Daerah Sơn Tây, Hanoi, Vietnam utara) semasa zaman Dinasti Tang. Beliau merupakan putera kepada Ngô Mân, seorang pegawai berpengaruh di Phong, Annan (kini wilayah Phu Tho).[2] Keluarganya mendakwa mempunyai asal-usul yang kembali ke zaman raja-raja Hung,[3] dan menurut tradisi Vietnam, Ngô Quyền diputerakan dengan cahaya aneh serta tiga tahi lalat hitam pada belakangnya, yang dianggap petanda kegemilangan masa depannya. Namanya, "Quyền", bermaksud kuasa dan autoriti.[2]

Sejak tahun 905, Dinasti Tang kehilangan kawalan ke atas Jinghai kepada para pemimpin tempatan. Keluarga Khúc memerintah Annam secara bebas sehingga tahun 930, apabila Dinasti Han Selatan menyerang dan menyingkirkan keluarga Khúc.[4] Seorang naungan Khúc, Dương Đình Nghệ melancarkan pemberontakan pada 931 dan mengusir pihak Cina.[4]

Ngô Quyền berkhidmat di bawah Dương Đình Nghệ sejak 931 dan dinaikkan pangkat dengan pantas dalam tentera dan pentadbiran.[5] Pada 934, beliau dilantik sebagai gabenor tentera Ái Châu (kini wilayah Nghệ An). Dương Đình Nghệ menghargai bakatnya, memberikan salah seorang anak perempuannya, Puan Dương untuk berkahwin dengannya, dan menempatkannya di kawasan yang menjadi pusat kekuatan tentera Dương Đình Nghệ.

Selepas Dương Đình Nghệ dibunuh dalam rampasan kuasa pada 937 oleh Kiều Công Tiễn,[5] Ngô Quyền mengambil alih kawalan tentera dan berjaya menumpaskan pemberontak itu serta menghukum bunuhnya. Apabila menyedari bahawa Dinasti Han Selatan ingin mengambil kesempatan atas kekosongan kuasa, Ngô Quyền bersiap sedia untuk perang. Kemenangannya dalam Pertempuran Sungai Bach Dang akhirnya membuka jalan bagi kemerdekaan Vietnam.[6]

Mengalahkan Han

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 938, Maharaja Liu Yan dari Dinasti Han Selatan mengirim armada laut untuk menundukkan Jinghai. Ngô Quyền menjangka bahawa tentera Han Selatan akan berlayar melalui Sungai Bạch Đằng untuk mendarat di tengah-tengah Giao Châu dan menyebabkan kerosakan besar.

Bagi menghalang serangan ini, Ngô Quyền merancang perangkap dengan menanam ribuan pancang kayu besar di dasar sungai, tersembunyi di bawah air pasang. Beliau menggunakan bot cetek untuk memancing armada Han Selatan ke perangkap selepas air pasang naik. Apabila ratusan kapal tentera Han Selatan terperangkap dan tersangkut pada pancang, Ngô Quyền mengetuai serangan. Ratusan kapal musnah dibakar atau dirosakkan, ribuan tentera Han Selatan terbunuh, dan beberapa yang terselamat dikejar keluar dari Giao Châu. Dalam pertempuran itu, majoriti tentera Han Selatan termasuk Liu Hongcao, laksamana dan putera Maharaja Han Selatan, terbunuh.[7][

Taktik serupa kemudian digunakan semula oleh Lê Hoàn pada 981 dan Trần Hưng Đạo menentang tentera Mongol pada 1288.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Selepas menyingkirkan pemerintahan China di Vietnam dan diisytiharkan sebagai raja, Ngô Quyền memindahkan ibu kota ke kubu Cổ Loa, ibu kota Âu Lạc, kerajaan kuno Yue, menegaskan lanjutan tradisi Lạc Việt.[5] Baginda menguatkan upacara lama dan menyediakan aksesori berbulu, panji kuning, gong gangsa, dan gendang kulit rusa untuk semua tarian kuno bersenjata seperti pedang dan kapak perang, mengimbas kembali corak yang terdapat pada gendang Đông Sơn.[8] Bagaimanapun, walaupun menewaskan Han Selatan, Ngô Quyền juga memperkenalkan pentadbiran ala Cina yang mengekalkan etika Cina sehingga kepada warna pakaian.[9]

Kerajaan baharunya cepat menghadapi konflik dalaman yang berlarutan, bermula dengan perebutan kuasa antara keluarga Dương dan Ngô, yang bergilir-gilir memerintah sehingga pertengahan 960-an. Pewaris langsung Ngô Quyền gagal mengekalkan kesatuan negara. Selepas kemangkatannya pada 944, Dương Tam Kha merampas takhta untuk sementara waktu, sebelum dua putera Ngô Quyền, Ngô Xương Văn dan Ngô Xương Ngập, akhirnya menubuhkan pemerintahan bersama yang berlanjutan sehingga keruntuhan keluarga diraja pada 966.

Sejarah pertama Đại Việt oleh Lê Văn Hưu (abad ke-13), Antologi Roh Istana oleh Lý Tế Xuyên (abad ke-14), dan sejarah-sejarah seterusnya semua mengiktiraf kepentingan Ngô Quyền.[10]

Pertempuran Sungai Bạch Đằng berlaku pada musim luruh tahun 938. Ia diingati oleh rakyat Vietnam sebagai satu tonggak penting dalam perjalanan mereka menuju kemerdekaan negara. Pertempuran ini juga memberi kesan besar kepada rakyat ketika itu, kerana ia secara langsung membawa kepada pengabaian gelaran politik gaya Tang dan pengisytiharan 'raja' pertama Vietnam pada abad ke-10.

— K. W. Taylor[11]

Bapa
  • Ngô Mân
Ibu
  • Phùng Thị Tinh Phong
Isteri
  • Dương Thị Ngọc
Abang ipar
Anak-anak
  • Ngô Xương Ngập (?–954)
  • Ngô Xương Văn (935–965)
  • Ngô Nam Hưng
  • Ngô Càn Hưng
  1. ^ "Ngo Quyen, Vietnam King". britannica.
  2. ^ a b Taylor 1983, m/s. 267.
  3. ^ Ngô Vui 2014.
  4. ^ a b Kiernan 2019, m/s. 126.
  5. ^ a b c Kiernan 2019, m/s. 127.
  6. ^ Taylor 1983, m/s. 268.
  7. ^ Zizhi Tongjian, vol. 281.
  8. ^ Kiernan 2019, m/s. 139.
  9. ^ Taylor 1983, m/s. 213.
  10. ^ Pelley 2002, m/s. 177.
  11. ^ Taylor 1983, m/s. 269.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
Ngô Quyền
Tarikh keputeraan: 897 Tarikh kemangkatan: 944
Didahului oleh
Kiều Công Tiễn
sebagai Gabenor Tĩnh Hải quân
Raja Jinghai
939–944
Diikuti oleh:
Dương Tam Kha