Ngabuburit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Masyarakat Muslim di Indonesia mempunyai tradisi yang beragam dalam menunggu waktu berbuka puasa atau disebut ngabuburit. Di Masjid Istiqlal, Jakarta (atas), kaum Muslim datang ke masjid menjelang waktu berbuka puasa dengan mendengarkan ceramah. Di Brebes, Jawa Tengah (bawah), terdapat Festival Tukar Takir untuk saling menukar takir yang diadakan di bulan Ramadan sambil menunggu buka puasa.

Ngabuburit (Bahasa Sunda: ᮍᮘᮥᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) adalah tempoh ditetapkan untuk menunggu panggilan azan untuk solat sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan[1] di mana pelbagai bentuk kegiatan seperti perjalanan, bermain, berbual, mencari takjil percuma, mengunjungi pasar atau menghabiskan waktu di taman. Selain itu, aktiviti ngabuburit juga boleh berbentuk aktiviti keagamaan seperti mendengar ceramah atau membaca Al-Quran.[2][3]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Menurut Lembaga Bahasa dan Sastra Sunda, ngabuburit adalah lakuran dari ungkapan ngalantung ngadagoan burit (ᮍᮜᮔ᮪ᮒᮥᮀ ᮍᮓᮌᮧᮃᮔ᮪ ᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) yang bererti "bersantai-santai sambil menunggu waktu sore"; ia diakar daripada . kata burit ᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) bermaksud "sore" atau "petang" yang biasa ditakrif antara usai waktu solat Asar hingga sebelum matahari terbenam.[4]

Acara seumpama[sunting | sunting sumber]

Hal ini turut diketahui dalam kalangan masyarakat Minangkabau khususnya di Limapuluh Koto dan Payakumbuh menggunakan bahasa setempat iaitu malengah puaso (Jawi: ملڠه ڤواسا) bermaksud melakukan aktiviti untuk "melupakan atau "mengalihkan" (malengah) rasa haus dan lapar ketika berpuasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ngabuburit". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Bandan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  2. ^ Liputan6.com (7 Mei 2019). "Kenapa Ada Istilah Ngabuburit Saat Bulan Puasa?". Liputan6. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  3. ^ "Ini Lho Asal Mula Istilah Ngabuburit yang Selalu Trend Dilakukan Setiap Ramadan. Sudah Tau Belum?". Boombastis. 30 Mei 2017. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  4. ^ Times, I. D. N.; Aini, Fera Nur. "Asal-usul Kata dan Tradisi Ngabuburit, Kamu Sudah Tahu?". IDN Times (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 8 Mei 2019.