Gawai Antu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ngajat Ngemai antu pala)
Lompat ke: pandu arah, cari

Gawai Antu dikenali juga sebagai Gawai Hantu ia merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia. Perayaan ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan persediaannya mengambil masa dua hingga tiga tahun. Pada malam Gawai Antu, acara ngalu/menyambut petara diadakan di ruai dengan cara mengadakan satu perarakan secara besar-besaran oleh pemuda-pemudi yang berpakaian tradisional.

Gawai Hantu merupakan perayaan menraikan mereka yang telah meninggal dikalangan Saribas, Iban Krian. Upacaranya termasuk upacara beburong bagi merasmikan, sebelum diikuti dengan pengorbanan ayam atau babi. Ia juga dimeriahkan lagi dengan permainan sabong ayam, persembahan piring dan membaca mentera pengap. Sambutan perayaan ini menjadi amalan tradisi, juga diujudkan oleh suku kaum berdasarkan pegangan hidup yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tujuan upacara ini adalah bagi mendapatkan bantuan pahlawan nenek moyang yang terkenal tanpa mengira bilakah dia mati.[1]

Pada masa dahulu, gawai antu hanya dilakukan setiap satu generasi, sekitar tiga puluh tahun sekali di sesebuah rumah panjang.[2], [3]

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).[4] Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [5]

Pesta Gawai Dayak yang disambut sebagai menyambut musim menuai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]