Nibong Tebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nibong Tebal 高淵 merupakan pekan berpendudukan dan juga pekan makanan laut kepada negeri Pulau Pinang di bawah kawasan parlimen P047 sampailah Desa Jawi, terletak di tepi sungainya, iaitu Sungai Kerian. Ia juga dibahagikan kepada Nibong Tebal Utara dan Selatan dengan Sungai Kerian ini dan bersempadan dengan negeri Perak dan Kedah.

Nibong Tebal juga adalah terletak sebelah Lebuhraya Utara-Selatan sahaja. (dekat Jawi exit). Terdapat juga stesen keretapi Nibong Tebal sini. Lintasan landasan keretapi yang bersejarah juga dilihat dekat sini lagi. Tapi sekarang, ia sudah digunakan motokar bagi mengekalkan sejarah tanah air lagi. Kaum majoriti di Nibong Tebal merupakan kaum Melayu dan Cina.

Bandar Nibong Tebal juga menyambung sampai ke Jalan Parit Buntar, merupakan sebuah pekan yang unik di Malaysia dan juga merupakan pekan ketiga sampai dari Pulau Pinang. Ia terletak 11 km dari Parit Buntar dan 30 km ke Bukit Mertajam. Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia dan APITI (Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai) terletak di Nibong Tebal. Nibong Tebal juga boleh dikenali sebagai 'bandar membaca'.

Nibong Tebal terkenal dengan Cheang Kee, sebuah restoran China yang istimewa di sekolah lama budaya Hakka. Penduduk dari bahagian pulau dan dalam perjalanan seringkali singgah merasai keenakan bubur ketam yang popular. Sekolah paling tua di Nibong Tebal ialah Methodist Primary & Secondary School.

Terdapat juga bandar satelit di Nibong Tebal sini. Tapak Pasar Malam Nibong Tebal adalah terletak di Taman Nibong Tebal Jaya. Makanan dijual di sini adalah makanan pelbagai jenis seperti dilihat di pasar Malam Taiwan.

Lagi satu kawasan satelit sini ialah Taman Pekaka. Kerian Sentral juga merupakan kompleks satelit dekat pekan Nibong Tebal. Nama sungai di sini ialah Sungai Kerian yang membahagikan pekan ini kepada Nibong Tebal Utara dan Nibong Tebal Selatan.

Kawasan[sunting | sunting sumber]

  • Nibong Tebal Utara
  • Nibong Tebal Selatan

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

  • Jejambat Bersejarah Landasan Kereta Api
  • Mydin Mall
  • Kerian Sentral Mall.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • SJKC Pai Teik
  • SMK Seri Nibong
  • SMK Tunku Abdul Rahman

Tempat Tinggal[sunting | sunting sumber]

  • Taman Bukit Panchor
  • Taman Pekaka
  • Taman Ilmu