Niccolò Machiavelli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Niccolo Machiavelli)
Jump to navigation Jump to search
Niccolò Machiavelli
Info kelahiran 3 Mei 1469
Firenze, Itali
Kematian 21 Jun 1527
Firenze, Itali
Pekerjaan Ahli falsafah, penulis, diplomat, ahli politik
Genre Falsafah Renaissance, Realisme, Republikanisme Klasik
Subjek Politik, teori ketenteraan, sejarah


Niccolò Machiavelli ([nik-ko-lo ma-kia-vél-li] 3 Mei 1469 — 21 Jun 1527) merupakan seorang sejarawan, ahli falsafah, penyokong humanisme dan penulis berasas di Firenze semasa Zaman Pembaharuan. Beliau merupakan salah seorang pengasas utama sains politik moden.[1]

Beliau lebih dikenali melalui karya nukilannya Il Principe ("Sang Penguasa") di mana ia menghujahkan bahawa seseorang penguasa baru harus menstabilkan kuasanya agar struktur politik kelilingnya kukuh. Tulisan itu juga menekankan perlunya sedikit kekerasan demi melindungi keutuhan kedudukan pemerintah dari sebarang unsur atau saingan yang mencabarnya, yakni menghalalkan cara melalui matlamat yang ingin dicapai. Perkara ini dihujahkan perlakukannya demi menjaga reputasi penguasa, di mana penguasa lebih baik digeruni secara besarnya daripada disanjung tinggi, kerana pemerintah yang disayangi itu mengekalkan kuasanya melalui rasa tanggungjawab manakala pemerintah yang digeruni melakukan perkara yang sama dengan menimbulkan rasa takut terhadap hukuman salah laku.[2] Karya ini kadangkala dikatakan sebagai salah satu karya pertama yang menyentuh bidang falsafah moden - terutamanya falsafah politik moden - di mana terdapat fahaman bahawa sesuatu kebenaran yang berkesan itu dianggap lebih penting daripada sebarang ide yang abstrak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Von Dehsen, Christian D.; Harris, Scott L. (1999). Philosophers and religious leaders. The Oryx Press. m/s. 117. 
  2. ^ Machiavelli, Niccolò (1532). Il Principe. Italy. m/s. 120–21. 
Niccolò Machiavelli

Pautan luar[sunting | sunting sumber]