Nicolae Ceaușescu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nicolae Ceaușescu
Nicolae Ceausescu.png
Gambar rasmi Ceaușescu bertarikh 1988
Setiausaha Am Parti Komunis Romania
(juga sebagai "Setiausaha Pertama Parti Pekerja Romania sehingga 24 Julai 1965)
Dalam jawatan
22 Mac 1965 – 22 Disember 1989
Didahului oleh Gheorghe Gheorghiu-Dej
Digantikan oleh Jawatan dimansuhkan
Presiden Romania pertama
Dalam jawatan
28 Mac 1974 – 22 Disember 1989
Perdana Menteri
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Digantikan oleh Ion Iliescu
Presiden Majlis Negara Romania
Dalam jawatan
9 Disember 1967 – 22 Disember 1989
Perdana Menteri
Didahului oleh Chivu Stoica
Digantikan oleh Jawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir (1918-01-26)26 Januari 1918
Scornicești, Olt, Romania
Meninggal dunia 25 Disember 1989(1989-12-25) (umur 71)
Târgoviște, Dâmbovița, Romania
Tempat persemadian Perkuburan Ghencea, Bucharest, Romania
Kerakyatan Romania
Parti politik Parti Komunis Romania
Pasangan Elena Petrescu (kahwin 1947–1989)
Anak-anak
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Templat:Country data Socialist Republic of Romania
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Romania
Tahun perkhidmatan 1948–1989
Pangkat RO-Army-OF7.png Leftenan Jeneral

Nicolae Ceaușescu  ([ni-ko-la-é cé-au-syés-ku], 26 Januari 1918[1][2] – 25 Disember 1989) merupakan seorang ahli politik Romania berfahaman Komunis. Beliau menjawat sebagai Setiausaha Am Parti Komunis Romania dari 1965 hingga 1989, serta merupakan pemimpin Komunis kedua dan terakhir negara tersebut. Beliau juga merupakan ketua negara dari tahun 1967 sebagai Presiden Dewan Negara, dan dari tahun 1974 pada masa yang sama sebagai Presiden Republik, sehingga penggulingan beliau sewaktu Revolusi Romania pada tahun 1989.

Sebaik sahaja beliau memegang tampuk kekuasaan negara, beliau melonggarkan penapisan dan secara terbuka mengutuk serangan Czechoslovakia oleh Pakatan Warsaw dalam suatu ucapan pada 21 Ogos 1968 yang menjadikannya begitu dikenali. Tempoh kestabilan yang diwujudkannya sangat singkat, bagaimanapun, pemerintahannya secara mendadaknya menjadi bercirikan kuku besi, lalu dianggap sebagai salah satu pemerintah yang paling menindas di Eropah Timur. Polis rahsianya iaitu Securitate bertanggungjawab atas tindakan pengawasan awam serta teruk penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam negara, dan beliau menyekat dan mengawal media akhbar dengan langkah-langkah yang dianggap paling keras, paling ketat dan kejam di dunia. Pengurusan ekonomi yang teruk akibat usaha-usaha perdagangan minyak yang gagal pada tahun 1970-an membawa kepada hutang asing yang melambung di Romania; pada tahun 1982, banyak keluaran pertanian dan industri negara tersebut dieksportkan sebagai usaha melangsaikan hutang tersebut. Kekurangan makanan yang diikuti dengan penurunan taraf hidup yang drastik, membawa kepada pengagihan berat makanan, air, minyak, bahan api, elektrik, obat, dan keperluan lain. Kultus individu yang diwujudkan untuk Ceaușescu turut menjadi begitu kuat, diikuti oleh nepotisme yang meluas serta kemerosotan hubungan asing yang sengit bahkan dengan Kesatuan Soviet juga.

Pada 17 Disember 1989, Ceaușescu mengarahkan pasukan tenteranya agar menembak para penunjuk perasaan anti-pemerintah di Timișoara yang dilihat mengancam kedudukannya dalam politik, lalu banyak kematian dan kecederaan. Berita yang membongkarkan beliau sebagai pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut mengakibatkan rusuhan besar-besaran dan kekacauan awam yang merebak di seluruh negara.[3] Kesemua kejadian kemudiannya dikenali sebagai Revolusi Romania, iaitu satu-satunya penggulingan anti-komunis yang ganas dalam kalangan kebangkitan rakyat yang berlaku serata benua Eropah pada tahun 1989.[4]

Nikolae dan isterinya Elena melarikan diri dari ibu kota Bucharest menaiki helikopter mereka namun ditangkap oleh anggota tentera yang berpaling tadah. Mereka segera dihukum mati pasukan penembak[5] setelah dibicarakan dan didapati bersalah atas dakwaan sabotaj ekonomi dan pembunuhan beramai-ramai[6] pada 25 Disember tahun yang sama. Jawatan beliau diambil alih oleh Ion Iliescu, salah satu tokoh yang memainkan peranan utama dalam revolusi negara tersebut. Hukuman mati dihapuskan tak lama kemudian.[7]

Anugerah dan kehormatan[sunting | sunting sumber]

Pingat dan anugerah negara asing

Sebahagian gelaran kehormatan asing ini ditarik balik selepas runtuhnya pemerintahan Ceaușescu.

Argentina

  • Kalung Darjah Si Pemebebas Jeneral San Martin (Orden del Libertador General San Martín, 1974)

Austria

Brazil

  • Darjah Negara Buruj Pari (Ordem Nacional do Cruzeiro do Sul,1975)

Bulgaria

  • Pingat Pergunungan Balkan (Орден „Стара Планина" / Orden "Stara Planina", 1983)

Cuba

  • Orden del José Martí (1973)
  • Twentieth Anniversary Commemorative Medal of the Assault on the Moncada Barracks (1976)

Denmark

  • Kesateria Darjah Gajah (Elefantordenen, 1980; kemudiannya disingkirkan pada 23 Disember 1989)

Filipina

Jerman (Barat)

Jerman (Timur)

Iran

  • Pingat Peringatan Ulang Tahun ke-2500 Penubuhan Empayar Parsi (Empayar Iran, 14 Oktober 1971).[10][11]

Itali

  • Knight Grand Cross decorated with Grand Cordon besar Darjah Merit Republik Itali (21 Mei 1973)

Kesatuan Soviet: ditarik kembali pada tahun 1990

Malaysia

Norway

  • Salib Besar Darjah Diraja Norway Santo Olaf (disingkirkan pada 1989)

Perancis

Portugal

  • Kalung Darjah Santo Iago Berpedang (Ordem Militar de Sant'Iago da Espada, 14 Oktober 1975)

Sweden

United Kingdom

  • Kesateria Salib Besar Darjah Paling Terhormat Bath (Most Honorable Order of the Bath, 1978; disingkirkan pada 24 Disember 1989)

Yunani

  • Pingat Emas Athens (1976)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ceaușescu". September 2010. Dicapai 28 December 2012. 
  2. ^ "Ceauşescu, între legendă şi adevăr: data naşterii şi alegerea numelui de botez". Jurnalul Național. 
  3. ^ "Nicolae Ceaușescu — president of Romania". Encyclopædia Britannica. 
  4. ^ Ratesh, N. (1991). Romania: The Entangled Revolution. Praeger Publishers.
  5. ^ "Nicolae Ceaușescu". Biography.com. 
  6. ^ Boyes, Roger (24 December 2009). "Ceaușescu looked in my eyes and he knew that he was going to die". The Times. London. 
  7. ^ "DECRET-LEGE nr.6 din 7 ianuarie 1990 pentru abolirea pedepsei cu moartea, pentru modificarea şi abrogarea unor prevederi din Codul penal şi alte acte normative". Dicapai 12 April 2016. 
  8. ^ "Reply to a parliamentary question" (PDF) (dalam bahasa German). m/s. 277. Dicapai 13 October 2012. 
  9. ^ "President's Week in Review: April 7 – April 13, 1975". Official Gazette of the Republic of the Philippines. Diarkibkan daripada asal pada 12 July 2015. 
  10. ^ "Grand State Banquet". Diarkibkan daripada asal pada 2 March 2004. Dicapai 12 April 2016. 
  11. ^ "Account Suspended". 
  12. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1984" (PDF). 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]